Tuesday, April 28, 2015
Johan Anggap Penulis Blog Tiada Etika??
Sering kecewa terhadap artikel yang dikeluarkan oleh penulis blog, Johan (Raja Lawak) mengambil keputusan untuk tidak lagi memberi ruang kepada golongan tersebut untuk menemubual dirinya di masa hadapan. Okay terasa kami di sini.
Bercakap kepada mStar Online baru baru ini, Johan meluahkan rasa kecewa dengan penulis blog hiburan yang kebanyakannya gemar membuat kesimpulan sendiri berdasarkan status di laman sosial tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu.
“Mereka ini semua nonsense (tidak berfaedah). Andaian yang mereka timbulkan selalunya akan membuatkan sesuatu perkara itu menjadi lebih kecoh”
“Saya tidak akan layan penulis blog dan saya berpendapat kehadiran mereka sebenarnya langsung tidak diperlukan. Jika ada sesiapa yang ingin temu bual dengan saya dan dia adalah blogger saya tidak akan layan,” ujarnya yang sudah beberapa menjadi mangsa.
Johan juga berkata beliau tidak kisah jika dikecam oleh penulis blog hiburan kerana merasakan pendiriannya itu bukan sahaja mewakili dirinya sendiri malah turut meliputi semua selebriti secara umum yang sering menjadi mangsa penulisan tidak tepat.
“Bukan saya sahaja tetapi ada artis lain lebih teruk kena dengan mereka apabila artikel memburuk-burukkan dan tidak mempunyai fakta dihasilkan. Buat apa hendak berasa takut sekiranya mereka hendak kecam,” tambahnya lagi.
Related Posts:
Siapa Kekasih Sebenar Zul Ariffin? Bukan pertama kali nampaknya pelakon Zul Ariffin dikaitkan dengan pelakon Singapura, Elfaeza Ul Haq dan kali ini kemesraan mereka ketika majlis Anug… Read More
PANAZ!! ARTIS JELITA TEMPATAN GODA LELAKI UNTUK 'TEST' DI RANJANG PANAS!! ARTIS JELITA TEMPATAN GODA LELAKI UNTUK 'TEST' DI RANJANG | Kadangkala tiket selebriti itu nyata suka dimanipulasikan sesetengah artis dan l… Read More
Subhanallah… Adam Corrie Tarik 15 Individu Peluk Islam Dengan Dakwah Subhanallah banyaknya pahala dia, pelakon yang sudah memeluk Islam, Adam Corrie memaklumkan beliau berjaya membawa 15 orang bukan Islam untuk memelu… Read More
Kasihanye... Artis Wanita Ini Tersilap Masuk Majlis.?? SS tidak tahu sama ada hendak ketawa, simpati atau apa dengan kejadian yang menimpa seorang artis wanita ini. SS mulanya kasihan namun apabila fiki… Read More
Michelle Yeoh Dan Jakie Chan Bercinta Selepas 30 Tahun MICHELLE YEOH TERIMA SEMULA CINTA JACKIE CHAN | Bintang filem bertaraf antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 52, bersedia ‘bercint… Read More
0 comments:
Post a Comment