Wednesday, April 29, 2015
[Video]Lelaki Hina Muka Ahmad Maslan Macam Taiik B@bi Meninggal Dunia
Free Malaysia Today telah merakam sebahagian ceramah itu. Ia diadakan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan hanya dihadiri kira-kira 50 orang walaupun bersebelahan dengan pasar malam dan kedai makan.
Ahmad Maslan berkata, beliau datang ke Permatang Pauh semata-mata untuk menerangkan kebaikan GST yang tidak membebankan rakyat.
Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, beliau tidak kisah dikutuk mahapun dibaling batu asalkan rakyat mendapat penerangan sebenar kebaikan GST. Katanya, selagi rakyat marah dan ugut untuk membaling batu, selagi itulah beliau akan turun padang untuk memberi penerangan.
Dalam ceramah itu juga, Ahmad Maslan memberitahu beliau telah memaafkan bapa kepada seorang aktivis muda (Adam Adli) yang telah meninggal dunia kerana kemalangan. Katanya, walaupun arwah pernah menghinanya di laman sosial namun beliau telah memafkan dan mendoakan rohnya dirahmati di alam kubur.
“Saya tidak doakan dia kemalangan tapi dia kemalangan dan meninggal dunia. Saya maafkan beliau semoga beliau dirahmati di dalam kubur.
“Saya ingin menurunkan cukai rakyat, tetapi mereka kata muka saya macam taik babi, ibu saya pun dia kata khinzir kerana saya nak turunkan cukai rakyat,” katanya.
Ahli Parlimen Pontian itu berkata, GST merupakan usaha kerajaan untuk membantu rakyat dengan mengurangkan cukai daripada 10 peratus kepada enam peratus. “GST mengurangkan cukai dari 10 peratus kepada enam peratus. Semua barang kita pakai, baju, seluar, songkok, kasut, meja, kerusi, segala pinggan mangkuk 10 peratus cukai, tetapi GST menurunkan cukai itu kepada enam peratus,” katanya.
Dalam ceramah itu, beliau turut menyentuh isu tandas di KLCC yang dikenakan GST dan menimbulkan tidak puas hati orang ramai. Katanya, tandas itu untuk pelancong asing dan orang kaya yang tidak terkesan dengan GST. Beliau berkata, rakyat sepatutnya menggunakan kuasa memilih untuk menggunakan tandas percuma yang banyak disediakan di pusat beli belah itu. “Siapa suruh pergi tandas yang dibayar RM2, siapa suruh? Di KLCC ada banyak tandas yang tak berbayar, kenapa tak pergi tandas yang tak berbayar? “Saudara saudari ada kuasa yang pertama, kuasa untuk memilih. Kenapa dipilih tandas yang berbayar? Tandas yang berbayar hanya untuk pelancong dan orang kaya yang tidak ada apa-apa kesan bila bayar,” katanya.
0 comments:
Post a Comment