Sunday, April 26, 2015

[Surat Terbuka] Makan Supplement Boleh Buat Ovari Rosak?

Kepada yang suka makan supplement secara berlebihan, lebih baik berhati-hati. Kadang-kadang kita tidak tahu apa yang kita makan, ada baik dan buruknya. Lebih baik minta pandangan pakar ataupun doktor untuk dapatkan kesahihan produk yang kita makan. Takut tertipu, diri sendiri binasa. Ini adalah surat terbuka seorang wanita berhubung produk supplement yang semakin berlambak dijual di pasaran. Menurutsumber, wanita ini pernah menjadi duta produk supplement sebelum ini. Saya pernah ditawar jadi duta pada satu produk yang saya sendiri tak pernah guna. Sudahnya saya yang ajar penjual jangan menipu. Bagi saya cuba dulu untuk 2 3 bulan dan lihat hasilnya. Memang untuk 2 3 bulan pertama saya guna terlihat hasilnya dan saya terima tawaran itu. Namun masuk bulan ke 4 5 saya sudah mula mendapat maklumat dari sumber yang dipercayai bahawa produk yang saya gunakan itu berbahaya dan hanyalah diambil dari kilang yang dicampur bahan perasa serta glukose menjadi serbuk. Saya berhenti menggunakannya dan tarik diri dari jadi duta walau bayaran yang saya terima agak lumayan. Namun bukan wang saya lihat, tetapi kesannya pada pengguna lain. Saya tak sanggup menipu kerana fikir dosa pahala dan juga keberkatan. 3 minggu lepas tiba-tiba saya sakit dan doktor kata ovari saya rosak hingga terpaksa dibuang. Bila disoal apa yang saya makan? Saya tak boleh nak sebut sebab saya rasa sangat bodoh makan benda bukan-bukan. Walau baru makan tak sampai setahun tapi kesannya sangat dahsyat. Tokei terus diam seribu bahasa tanpa ajak bersemuka tahu-tahu sekarang dutanya sudah orang lain yang saya yakin lebih mementingkan duit, glemer tanpa fikir bahaya pada pengguna lain. Jika saya boleh berdepan dengan situasi begini, agak-agak tuan puan, lambakan produk yang ada dipasaran menggunakan duta sama ada dari golongan artis atau bukan artis itu benar-benar jujur atau kerana wang semata-mata? Sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri.
Kami tidak menuduh mana-mana produk berkaitan cuma kami mengambil inisiatif untuk menyampaikan pengetahuan umum kepada semua!

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.