Monday, April 13, 2015
Panggang Diri Untuk Rawat Leukemia
China: Seorang lelaki yang menghidap penyakit leukemia mengambil keputusan memanggang dirinya sendiri sebagai kaedah alternatif merawat penyakit berkenaan.
Jia Binhui, 25, mengambil keputusan memanggang tubuhnya di atas bara api kerana tidak mampu membayar kos perubatan yang mahal di hospital.
Beberapa pakar perubatan memberitahu Binhui, suhu melebihi 42 darjah Celsius boleh membunuh sel kanser di dalam tubuhnya.
Binhui membina satu pemanggang khas di belakang rumahnya supaya dia boleh menjalani rawatan berkenaan pada setiap hari.
Dia disahkan menghidap leukemia pada 2013 dan telah menghabiskan semua wangnya menjalani pemindahan sumsum tulang.
Bagaimanapun, Binhui yang bekerja sebagai petani tiada wang untuk menjalani rawatan susulan di hospital.
“Saya mendapat idea untuk menjalani rawatan ini selepas doktor memberitahu saya bahawa suhu melebihi 42 darjah Celsius boleh membunuh sel kanser.
“Saya berharap rawatan ini berjaya dan saya tidak akan berputus asa,” katanya.
Menurutnya, pada setiap pagi dia mencari kayu dan ranting di ladang berhampiran sebelum dibakar di bawah dua batang kayu besar.
Apabila api itu tinggal bara dia akan berbaring di atas dua batang kayu berkenaan selama mana yang dia boleh bertahan.
“Saya merancang untuk menjalani rawatan ini selama beberapa bulan lagi sebelum pergi semula ke hospital bagi melihat sama ada keadaan saya semakin baik atau tidak,” jelasnya.
Related Posts:
Pengacara TV Berbog3l Kerana Christiano Ronaldo!!SEORANG pengacara wanita tampil bog3l sepenuhnya dalam sebuah program televisyen di Venezuela semasa berbincang mengenai pemain bola sepak, Christiano… Read More
[GAMBAR] DI JEPUN LELAKI LEBIH SUKA BERCINTA DAN BERKAHWIN DENGAN PATUNG BERBANDING WANITA! DI JEPUN LELAKI LEBIH SUKA BERCINTA DAN BERKAHWIN DENGAN PATUNG BERBANDING WANITA | Trend bercinta lelaki di Jepun berpindah dari bercinta dan kawin… Read More
Pelik Tapi Benar!! Wanita Koma Lahirkan Anak Sekumpulan doktor di sini mencipta sejarah tersendiri baru-baru ini apabila berjaya membantu kelahiran seorang bayi meskipun ibunya telah tujuh ming… Read More
Anai-Anai Tingkatkan Prestasi S3ks “Ala” V1agra Seorang lelaki yang menjalankan perniagaan khidmat mengawal serangga perosak mendakwa memakan hidup-hidup ratu anai-anai boleh merapatkan hubungan s… Read More
Video berjoget sampai terberak!! (VIDEO) KERANA TERLALU ASYIK MENARI WANITA TERBERAK DALAM SELUAR DALAM | Fenomena twerking, pertama kali dipopularkan oleh penyanyi Miley Cyrus bebe… Read More
0 comments:
Post a Comment