Tuesday, April 28, 2015
Dua Gadis Terima Saman Aurat Di Kelantan!!
KOTA BHARU – Dua gadis belasan tahun merayu penguat kuasa Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam (MDK-PI) tidak mengeluarkan notis saman aurat terhadap mereka yang baru sahaja bekerja di sebuah kedai makan di Peringat di sini.
Alasan mereka ialah tidak mengetahui memakai baju berlengan pendek dan ketat tidak dibenarkan ketika bekerja.
Namun, rayuan dua gadis terbabit tidak diendahkan, sebaliknya penguat kuasa MDK-PI tetap mengeluarkan notis saman kepada mereka tanpa kompromi.
Pegawai Undang-undang MDK-PI, Nazattul Aisya Hashim berkata, mereka diberikan notis saman terhadap individu dan dikompaun di bawah Undang-undang Kecil Seksyen 30.
“Mereka antara yang dikompaun dalam Ops Shisha dan Aurat yang dijalankan di kawasan Peringat dan Salor, di sini, semalam.
“Turut dikenakan tindakan, empat restoran iaitu sebuah di Peringat dan tiga di Salor, dengan rampasan alatan shisha bernilai RM 3,500, empat notis amaran dan tiga kompaun,” katanya kepada media.
Nazattul Aisya berkata, peniaga yang masih berdegil dan tidak ikut arahan ditetapkan, pihaknya tidak teragak-agak menarik semula lesen perniagaan, dan menutup terus operasi perniagaan mereka.
Related Posts:
Kantoi!! Beras Palsu Dari China,Awas!! BERAS PALSU - Pihak berkuasa di Singapura telah melaporkan bahawa terdapat beras palsu yang diperbuat dari plastik resin dan kentang atau keledek.B… Read More
Malaysia Bakal Menjadi Sebuah Negara Pulau Selepas Terusan Ini Wujud? Berlegar legar dilaman sosial apabila dikatakan pada 10 April 2015 lalu Kerajaan Republik China dan Kerajaan Thailand telah berjaya memetrai satu pe… Read More
Anak Najib Nafi Kaitan Dengan Skim Ufun?“Saya tidak terlibat dengan kumpulan tersebut dan sudah membuat laporan polis, memberitahu Bank Negara dan kedutaan Thai mengenai insiden tersebut apa… Read More
KADAR RESMI BAYARAN ZAKAT FITRAH 2015 1436H SETIAP NEGERI KADAR RESMI BAYARAN ZAKAT FITRAH 2015 1436H SETIAP NEGERI MALAYSIA | Umum mengetahui bahwa ummat islam yang berkemampuan diwajibkan membayar zakat … Read More
Kantoi! 6 warga emas dicekup tanpa segan silu makan di kedai makan bukan Islam Beberapa warga emas dicekup di sebuah kedai makan bukan Islam pada hari pertama Ramadan. – Astro AWANI BANDAR MELAKA: Hari pertama bulan Ramadan d… Read More
0 comments:
Post a Comment