Saturday, April 4, 2015
Perh!!! Topi Keledar Jet Pejuang Harga RM 1.46 Juta
WASHINGTON – Juruterbang yang menerbangkan jet pejuang paling canggih di dunia, F-35 Lightning II yang bernilai AS$1 trilion (RM3.66 trilion) akan dilengkapi topi keledar terkini berharga AS$400,000 (RM1.46 juta).
Topi keledar baharu itu akan membolehkan juruterbang melihat 360 darjah sekeliling pesawatnya melalui enam kamera inframerah yang dipasang sekitar badan jet pejuang tersebut.
Maklumat lain yang diperlukan untuk sesebuah misi seperti kelajuan, altitud dan sistem-sistem amaran juga akan dipaparkan terus kepada juruterbang melalui topi keledar tersebut.
“Apabila topi keledar itu dilaraskan kepada mata juruterbang, kita seolah-olah masuk ke dalam dunia lain dengan pelbagai maklumat disalurkan secara terus. Anda boleh melihat dunia melalui ‘mata-mata’ pada jet tersebut,” kata juruterbang ujian syarikat Lockhead Martin, Al Norman kepada akhbar Washington Post baru-baru ini.
Syarikat tersebut merupakan kontraktor utama untuk pengeluaran jet pejuang F-35. Pembangunan topi keledar canggih itu menghadapi banyak masalah sebelum ini sementara kos penyelidikannya dilaporkan telah menelan berjuta-juta dolar, lebih daripada peruntukan asal.
Jet pejuang F-35 Lightning II merupakan sistem senjata paling kompleks pernah dihasilkan Lockhead Martin dan akan terus dibangunkan dalam tempoh 50 tahun akan datang dengan anggaran kos AS$1.5 trilion (RM5.49 trilion). – AGENSI
Related Posts:
(Video) Sekurang-kurang 9 Maut Pesawat Terhempas Dalam Sungai Taiwan: Sekurang-kurangnya sembilan maut setelah sebuah pesawat TransAsia yang membawa 58 penumpang mendarat cemas di sebuah sungai di Taiwan, lapor… Read More
Dunia kritik uniform krew penerbangan wanita yang digunakan dalam kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia Dunia kritik uniform krew penerbangan wanita yang digunakan dalam kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia | Uniform krew penerbangan wani… Read More
Pensyarah Saman Bekas Isteri Guna Benih Orang Lain LONDON – Seorang pensyarah memfailkan saman ke atas bekas isterinya sebanyak £83,500 (RM462,772) kerana mendakwa wanita berkenaan menggunakan sperm… Read More
Cikgu Guna Cara Pelik Motivasi Pelajar Untuk memotivasi anak didiknya yang selalu mendapat markah buruk dalam peperiksaan, seorang guru di China telah mencari penyelesaian yang pelik lagi… Read More
Subhanallah! (VIDEO) 500 Pekerja Dari China Peluk Agama Islam Selepas Lihat Pengebumian Raja Abdullah Sifat kesederhanaan yang ditonjolkan dalam majlis pengebumian Raja Abdullah Abdul Aziz yang meninggal dunia pada baru-baru ini telah berjaya menarik… Read More
0 comments:
Post a Comment