Thursday, April 23, 2015
Luluh Hati Suami, Cekup Isteri Aksi Henjut Dengan Mat Afrika
Kuala Lumpur: Luluh hati seorang lelaki sejurus menangkap isterinya sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki ‘Mat Afrika’ di dalam bilik hotel mewah di Bukit Bintang di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang kontraktor dilapor menyerbu bilik hotel bersama dua anak saudara dan diiringi anggota polis.
Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu mengesyaki isterinya mempunyai kekasih gelap dan sering datang ke ibu kota untuk bertemu lelaki warga Nigeria itu.
“Susulan itu lelaki berusia 50-an terbabit mengatur jerat dengan berpura-pura mahu pergi ke selatan tanah air atas urusan perniagaan.
“Lelaki itu bagaimanapun menggunakan kenderaan lain untuk memantau rumah sebelum mengekori isterinya itu yang didapati meninggalkan rumah,” katanya.
Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya mengekori wanita itu sehingga ke ibu kota.
Sumber itu berkata, lelaki terbabit yang yakin isterinya mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, di sini, bergegas ke balai polis berhampiran meminta bantuan pihak berkuasa untuk melakukan serbuan.
“Telahan lelaki itu terhadap kecurangan isterinya ternyata tepat apabila serbuan mendapati wanita itu sedang bersekedudukan dengan lelaki warga Nigeria.
“Malah ketika ditemui, wanita itu dilapor dalam keadaan tidak berpakaian lengkap,” katanya.
Sehubungan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut.
Dalam laporannya, lelaki terbabit yang juga ahli perniagaan menegaskan wanita terbabit masih isterinya.
Sementara itu, sumber Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah-Jenayah Syariah 1997)
Related Posts:
Kantoi!! Di sangkakan Suami, Isteri Mengaku Tidak Sedar Dip3rkosa Lelaki Lain Seorang wanita di Miri, Sarawak, tidak menyedari jika dirinya menjadi mangsa r0gol. menerut sumber beliau tersedar dari tidur ketika lelaki tersebut… Read More
Datuk L1wat Kanak-kanak Perempuan Mojokerto (Indonesia) – Seorang datuk berusia 67 tahun ditahan di sini kelmarin selepas disyaki meliwat seorang kanak-kanak perempuan. Supadi disya… Read More
Bekas Banduan “Gila 3eks” R0gol Gadis Sunti Dalam Bilik Air Berikutan tidak mampu mengawal nafsu serakah, seorang lelaki sanggup menceroboh rumah seorang gadis sunti di Kampung Gemunchor, Kuala Lipis, kira-ki… Read More
Wayar Sahaja Bukannya “Hook” Ala “Cangkuk”!! BEBERAPA hari lalu, tersebar satu gambar diambil seorang pengguna jalan raya yang sangsi dengan seorang pembonceng motosikal kerana dilihat seolah-o… Read More
Bimbang Tunang Tahu Tiada D@ra, Wanita Jumpa Bomoh Pulih D@ra Dir0gol Pula Seorang bakal pengantin dir0gol oleh seorang bomoh yang ditemui untuk membantu memulihkan daranya. Wanita berusia 22 tahun itu bertemu dengan bomoh… Read More
0 comments:
Post a Comment