Tuesday, April 14, 2015
Kemalangan Lamborghini Dan Ferrari Berlumba “Ala” Fast And Furious
Beijing – Kemalangan beberapa kereta mewah termasuk sebuah Lamborghini dan Ferrari ketika sedang berlumba di sini pada Sabtu lalu mencetuskan kontroversi di China.
Kemalangan berkenaan berlaku pada hari pertama tayangan filem aksi Fast and the Furious 7 di negara itu.
Gambar kereta Lamborghini hijau dan Ferrari merah yang remuk bersama beberapa buah kereta mewah lain mula tersebar di Internet.
Polis berkata, kemalangan yang berlaku di sebuah terowong di sini itu menyebabkan seorang cedera.
Sebelum ini kemalangan membabitkan kereta Ferrari pada Mac 2012 menyebabkan anak kepada Ling Jihua, sekutu rapat kepada Presiden China ketika itu, Hu Jintao terbunuh.
Dua penumpang wanita, seorang daripada mereka berada dalam keadaan bog3l cedera.
Kemalangan itu meningkatkan persepsi rakyat terhadap pegawai yang rasuah dan hidup mewah.
Sejak itu Jintao disiasat kerana rasuah dan dipecat daripada kerajaan.
Polis berkata, kemalangan kelmarin berlaku kira-kira jam 10 malam (waktu tempatan) ketika hujan lebat, kira-kira dua jam sebelum tayangan filem Fast and the Furious 7 bermula.
“Siapa nama mereka? Siapa bapa mereka?” kata seorang pengguna laman sosial Sina Weibo di China.
Portal berita Sina melaporkan, seorang pemandu yang terbabit dalam kemalangan berkenaan adalah pelajar.
Pihak polis turut dikritik hebat pengguna media sosial selepas merujuk kereta yang terbabit dalam kemalangan itu sebagai ‘kereta kecil yang membawa penumpang.’ – Agensi
Related Posts:
Suri Rumah Ketagih Judi Bingo Tanggung Hutang RM246,398 MERSEYSIDE, Britain – Seorang suri rumah menanggung hutang hampir £45,000 (RM246,398) kerana menggunakan lima kad kredit melebihi had selepas ketagi… Read More
Subhanallah!!! Video dan 5 Gambar Pantai Tanpa Laut Kebiasaannya kita hanya menemui pantai yang mempunyai laut yang luas. Namun di Sepanyol tedapat pantai yang dikenali sebagai sebagai The Gulpiyuri B… Read More
Sanggup Cipta Baju Besi Protes Raba Pyudara Dan Pnggung KABUL— Seorang artis muda Afganistan mencetuskan gempar di negaranya apabila mencipta baju besi berbentuk payudara dan punggung malah memakai pakaia… Read More
Pensyarah Saman Bekas Isteri Guna Benih Orang Lain LONDON – Seorang pensyarah memfailkan saman ke atas bekas isterinya sebanyak £83,500 (RM462,772) kerana mendakwa wanita berkenaan menggunakan sperm… Read More
Dunia kritik uniform krew penerbangan wanita yang digunakan dalam kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia Dunia kritik uniform krew penerbangan wanita yang digunakan dalam kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia | Uniform krew penerbangan wani… Read More
0 comments:
Post a Comment