Sunday, April 26, 2015
Tradisi Pelik Yang Menyakitkan Yang Mungkin Anda Belum Pernah Lihat!
1. MENGECILKAN KAKI
Tradisi ini diamalkan sejumlah wanita kelas pertengahan dan atas di China sebelum abad ke-20. Sejak usia 5-8 tahun, mereka mengikat empat jari kaki, kecuali ibu jari, ke bawah telapak kaki. Kain yang digunakan untuk mengikat kemudian dijahit untuk mencegah pertumbuhan empat jari tersebut dan membiarkannya menyatu dengan telapak kaki.
Dalam budaya mereka, bentuk kaki kecil adalah lambang kecantikan wanita. Bahkan, boleh meningkatkan ghairah seksual lelaki. Demi mendapat kehormatan di tengah-tengah masyarakat, mereka rela mengalami patah tulang dan jangkitan semasa proses pengikatan.
2.MEMANJANGKAN LEHER
Bagi suku pedalaman di Paudang, Thailand, memiliki leher panjang akan terlihat anggun dan cantik. Atas nama kecantikan, mereka nekat melakukan hal ekstrem dengan mengenakan kumparan logam di leher. Seiring pertambahan usia, kumparan ditambah sehingga tulang leher bertambah panjang alami.
3.PERENGGANGAN BIBIR
Bagi suku Mursi di Ethiopia, lambang kecantikan bukan leher panjang, melainkan bibir lebar. Tradisi yang dikenali dengan istilah 'Labret' ini dilakukan dengan cara membuat lubang di bahagian bawah bibir semacam tindik selebar 1-2 sentimeter. Lalu, meletakkan seperti piring bulat di dalamnya.
Setiap dua hingga tiga minggu, mereka mengganti piringan dengan diameter lebih besar. Ini berlangsung hingga dia bibir mencapai 15-25 sentimeter. Tradisi ini biasanya dilakukan para wanita sejak usia 13-16 tahun, atau menjelang perkahwinan.
4.KORSET EKSTRIM
Penggunaan korset jangka panjang yang superketat boleh menghasilkan pinggang kecil. Penggunaan korset ini bahkan boleh mengurangkan ukuran pinggang wanita sebanyak 7-10 inci secara semula jadi. Kaum wanita pada abad ke-19 dan 20 banyak yang melakukan teknik meratakan perut dengan cara ini. Padahal cara ini sangat berisiko menyebabkan rusuk retak, kerosakan organ, dan masalah pernafasan.
Related Posts:
INI PUN ADA!!! TAMAN PERMAINAN TAK SENONOH Alrite yaw..just tok nak tanya hangpa,masa kecik- kecik dulu hangpa selalu pi main kat taman permainan kan? Tok pun sama..main buai..jongkang-jongki… Read More
Perh!!! Gantung Kepak Ayam Salai Guna Penyepit Seluar Dalam! KALAU sekali lihat, pemandangan ini mungkin boleh disifatkan sebagai melucukan. Apa tidaknya, penyepit sebegini biasanya digunakan untuk menggantun… Read More
Manusia jadi roti…Yakkk boleh makan ker?? Nak makan pun rasa macam nak muntah. Tapi sebenarnya ini adalah Roti. Roti ini telah diukir menjadi anggota badan manusia. Sangat kretif,unik dan pe… Read More
Seminar Cium Duit Jadi Tanda Tanya? Beberapa keping gambar yang memaparkan sekumpulan individu mencium wang dalam satu program telah menjadi viral di media sosial, seterusnya mencetusk… Read More
Selfie Botol C0ca C0la Dan Pyudara SATU lagi trend terbaharu muncul demi meningkatkan kesedaran kanser payudara di kalangan wanita seluruh dunia. Untuk join hype ini, anda hanya perl… Read More
0 comments:
Post a Comment