Thursday, April 16, 2015

Tarian Bog3l Hadiah Dari Isteri Untuk Pengkebumian Suami

Taipei: Ahli keluarga dan rakan yang hadir pada majlis pengebumian seorang lelaki di sini terkejut selepas upacara itu dimeriahkan dengan persembahan tarian bog3l. Lebih mengejutkan lagi penari bog3l itu sebenarnya diupah oleh isteri si mati sendiri sebagai hadiah untuk suaminya. Pelawat majlis pengebumian yang berlangsung pada Ahad lalu itu pada mulanya hairan apabila lampu berwarna-warni tiba-tiba dipasang disusuli dengan muzik rancak Mereka terus terkejut apabila dua wanita yang hanya memakai pakaian dalam dan kasut tumit tinggi tiba-tiba keluar dan terus menari. Penari itu menari dalam keadaan yang mengghairahkan dan mereka menggeselkan tubuh mereka pada keranda si mati. Beberapa pelawat dilihat berebut-rebut merakamkan imej wanita berkenaan dengan telefon bimbit dan mereka seolah-olah lupa kepada rakan mereka yang sudah meninggal dunia itu. Menurut laporan akhbar The People’s Daily, lelaki itu yang dikenali sebagai Jian meninggal dunia baru-baru ini selepas diserang strok. Isteri Jian berkata, dia tahu suaminya suka melihat wanita cantik dan dia mahu memberikan hadiah yang akan dihargai lelaki itu pada majlis pengebumiannya. Keluarga dan rakan rapat Jian memberitahu mereka terkejut melihat persembahan itu, tetapi memahami mengapa isterinya bertindak demikian. “Wanita itu seorang yang setia dan sentiasa berada di sisi Jian ketika sakit sehinggalah dia meninggal dunia. “Saya yakin Jian pasti tersenyum ketika dalam perjalanan untuk dikebumikan,” kata seorang rakannya. Ada penduduk berpendapat tarian bog3l diadakan bagi menghiburkan si mati yang suka menonton tarian bog3l ketika hidup. – Agensi

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.