Tuesday, April 14, 2015

Subhanallah… Adam Corrie Tarik 15 Individu Peluk Islam Dengan Dakwah

Subhanallah banyaknya pahala dia, pelakon yang sudah memeluk Islam, Adam Corrie memaklumkan beliau berjaya membawa 15 orang bukan Islam untuk memeluk agama itu sejak dia mula melakukannya pada 2007. Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah, 47, berkata ia berjaya dilakukan menerusi dakwah beliau setiap hari di Facebook dan Instagram. “Alhamdulillah, setakat ini ada sudah 15 orang saya berjaya bantu untuk memeluk agama Islam. Ramai terbuka hati menerusi dakwah yang saya lakukan di laman sosial Facebook dan Instagram. “Saya selalu memuat naik status tentang Islam, ia hanya status yang mudah dan semua umat Islam tahu, seperti potongan ayat-ayat Al-Quran yang memberi makna tentang kebaikan dan Islam itu mudah. “Daripada situ ramai yang bukan beragama Islam memberi mesej secara peribadi bertanyakan lebih lanjut tentang Islam,” katanya memetik laporan Mstar Online. Menurutnya, seorang lelaki India yang tinggal di Australia pernah menghantar mesej kepadanya untuk mengetahui beberapa perkara tentang Islam. Katanya, lelaki tersebut pulang ke Malaysia untuk melafazkan syahadah dan menganggap ayat-ayat yang saya muat naik itu memberi inspirasi kepadanya untuk memeluk agama Islam. “Ada seorang lelaki berbangsa India, dia orang Malaysia tetapi menetap di Australia. Dia sering bertanya tentang Islam dan maksud ayat-ayat yang saya muat naik di laman sosial. “Sehinggalah dia minta bantuan saya untuk menghubungi pihak tertentu bagi memeluk Islam. Selalunya, saya akan bawa mereka ke Perkim (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) atau seorang ustaz untuk mengetahui lebih lanjut serta cara untuk mengucap syahadah,” kata Adam. Beliau turut memaklumkan bahawa sedang dalam proses menjalankan projek ibadah Umrah bersama golongan mualaf yang tidak berkemampuan. Katanya, projek yang sudah diusahakan selama dua tahun itu akhirnya bakal dilaksanakan pada 10 Jun depan bersama 25 jemaah dari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). “Projek ini sudah dua tahun saya usahakan, namun banyak sangat rintangan terutama dalam hal dana dan penaja. Dulu saya pernah kena tipu juga, mereka kata ingin taja 40 jemaah, namun akhirnya diam tanpa sebarang mesej. “Kali ini, pelakon Adi Putra banyak menolong cari dana dan penaja untuk 25 jemaah, Insya-Allah jika tiada halangan kami akan berangkat menunaikan umrah pada 10 hingga 21 Jun depan,” kata Adam. Tambah Adam, dia masih mencari dana untuk duit perbelanjaan jemaah di tanah suci.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.