Wednesday, April 8, 2015
Kisah Seorang Isteri yang Selalu Membaca بسم الله الرحمن الرحيم
Setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dan lain-lain. Selalu membaca بسم الله الرحمن الرحيم pada saat akan melakukan sebarang aktiviti.
Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut. Lalu suatu ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan: “Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik.”
Lalu sang isteri pun menerimanya dengan mengucapkan
بسم الله الرحمن الرحيم dan membuka almari dengan mengucapkan
بسم الله الرحمن الرحيم dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan
بسم الله الرحمن الرحيم dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan
بسم الله الرحمن الرحيم
Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sang suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut.Lalu ia kembali ke rumah dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu.Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan بسم الله الرحمن الرحيم dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.
Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari بسم الله الرحمن الرحيم.
Related Posts:
GEMPAR! Artis Ceramah Agama TERKANTOI Upload Gambar Intim Di Laman Sosial !! Artis melayu yang terkantoi upload gambar intim di laman sosial.. #Kali ini mengisahkan seorang artis memuat naik gambar intimnya dengan seorang wan… Read More
IBUBAPA JANGAN SAMPAI TERBELI BEG SEKOLAH MACAM INI UNTUK ANAK ANDA Beberapa keping gambar beg sekolah yang dikatan boleh didapati dipasaran mempunyai corak yang amat keterlaluan untuk digunakan apatah lagi diguna ol… Read More
Serius Memang Parah Dah Ko Nih !! Foto: Serius Memang Parah Dah Ko Nih!!! – Ini lah bahayanya jika biarkan akaun facebook tidak di sign off dari telefon bimbit. Inilah akibatnya… Me… Read More
Aktiviti Mencurigakan Dalam Kereta Waktu Hujan di RNR Berjaya Dirakam. Gambar aktiviti yang mencurigakan telah berjaya dirakam oleh lensa handphone seorang penumpang bas ketika hujan di sebuah RNR. Akitiviti yang menc… Read More
Pasangan suami dan isteri orang bersekedudukan dicekup kali kedua Jitra: Tindakan sepasang kekasih yang juga suami dan isteri orang memadu asmara membawa padah apabila mereka dicekup buat kali kedua kerana melakuka… Read More
0 comments:
Post a Comment