Wednesday, March 25, 2015

Guard Hospital C@bul Mangsa Bertelekung

IPOH – Tindakan seorang pengawal keselamatan mencabul seorang peguam di sebuah hospital mengundang padah apabila dia dicekup sendiri mangsa yang bertindak mengheretnya ke pondok polis berhampiran hospital, Jumaat lalu. Mangsa yang dikenali sebagai Hasnah, 28, berkata, dalam kejadian kira-kira 5.35 pagi itu, dia duduk di kerusi di hadapan unit rawatan kritikal (CCU) sambil menemani adik sepupunya berusia 16 tahun yang tidur di lantai koridor terbabit. Menurutnya, ketika kejadian, dia dalam keadaan lengkap bertelekung sementara tunggu subuh sedang berehat di kerusi yang disediakan di koridor hadapan wad terbabit. “Ia merupakan malam kedua saya dan adik sepupu menunggu nenek yang masih mendapatkan rawatan akibat sakit jantung yang dialaminya. Saya juga mengecam pengawal keselamatan yang sering melakukan rondaan setiap dua jam. “Pada waktu kejadian, saya melihat seorang pengawal keselamatan yang berbeza dari sebelum ini berjalan dari hujung koridor dan saya tidak mengesyaki apa-apa duduk secara santai dan memejam mata,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam. Hasnah berkata, lelaki berusia 40-an itu yang menyangka dia tidur bertindak memegang kemaluannya sebelum panik melarikan diri menerusi tangga kecemasan selepas dia menjerit sekuat hati. “Saya kemudian turun menuju ke pondok polis untuk membuat laporan telah terserempak suspek yang memegang topi keledar. Lelaki terbabit cuba melarikan diri namun, saya sempat tarik tanda nama yang dipakainya dan memegang kolar baju. “Dalam hati, saya mahu membelasahnya tetapi saya fikir waras dan mengheretnya ke pondok polis dan pihak berkuasa menangkapnya semula sebelum siasatan lanjut dijalankan,” katanya. Menurutnya, suspek yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak itu akhirnya direman untuk siasatan lanjut dan dia berasa lega apabila dalang kes cabul di hospital terbabit dapat ditangkap. “Sebelum ini ada pelawat yang menceritakan ada kes cabul terutama di tandas wad tetapi tidak dapat ditangkap dalangnya,” katanya. Beliau turut menyarankan kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di koridor wad yang terasing serta koridor yang sunyi demi keselamatan pelawat di hospital terbabit. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan. – Sinar

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.