Friday, March 13, 2015
@nunya terkena dub@r saya
Selepas membuat pendedahan kepada media Indonesia, mendakwa dirinya mengalami gangguan seksual daripada bekas pengurusnya, Mohammad Arif Dollah, 30, sekitar November hingga Januari lalu, akhirnya penyanyi remaja popular, Tegar mendedahkan segalanya kepada media Malaysia pula bahawa pengakuannya itu semuanya benar.
“Saya mengaku mengalami gangguan seksual daripada Arif seperti menyuruh tidur dengan hanya memakai seluar dalam dan menemani saya mandi. Arif juga pernah menanggalkan tualanya di depan saya. Dia juga sering suka merapati saya hingga kemaluannya terkena dubur saya,” katanya pemilik sebenar Tegar Septian, 13, sambil menunduk malu.
Pengakuan tersebut dibuat dalam satu sidang media khas di Istana Budaya sejurus selesai mengadakan persembahan Muzikal Nusantara, di Istana Budaya, tengah malam tadi.
Jelas pelantun Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang itu, selama ini dia merahsiakan perkara tersebut kerana malu jika diketahui orang lain tentang apa yang dialaminya. Tambahan dia juga takut dengan bekas pengurusnya itu.
Bagaimanapun, Tegar akhirnya bersedia untuk berterus-terang selepas berjumpa dengan bekas anak tiri Arif yang dikenali sebagai Sufie Rashid, yang juga mengakui pernah menjadi salah seorang mangsa Arif.
“Selepas saya berjumpa dengan abang Sufie, dia menceritakan kepada saya apa yang terjadi pada dirinya sekitar 10 tahun lalu. Kata abang Sufi, dia pernah mengalami jauh lebih teruk daripada apa yang saya alami.
“Luahan abang Sufi membuatkan saya berani tampil ke depan dan mendedahkan perilaku buruk Arif. Saya mulanya takut untuk mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu dimarahi Arif.
“Jika saya mendedahkan perkara ini dia tidak akan membenarkan saya pulang ke kampung,” katanya dengan nada sedih.
Turut bersama Tegar pada sidang media tersebut ialah Sufie sendiri, pihak label Tegar iaitu pemilik Harpa Record, Handako Kusuwo serta bapa Tegar iaitu Jusup Suhardi.
Jelas Tegar lagi, selain gangguan seksual, Arif juga sering mempengaruhi dirinya dengan mengajak dia ke kelab malam dan memaksanya meminum minuman keras.
“Sepanjang di Malaysia, Arif sering mengajak saya ke kelab malam, dia juga memaksa minum minuman keras. Saya terpaksa menuruti kehendak dia kerana bimbang jika saya berdegil, dia tidak akan membenarkan saya pulang ke kampung.
“Selama tempoh berada di sini, dia ada membawa saya menumpang tidur di rumah kenalannya selain di hotel. Selama tempoh sebulan lebih saya tidak dibenarkan berhubung langsung dengan keluarga di kampung.
“Arif memberitahu kepada keluarga bahawa persembahan saya di sini terpaksa ditunda selama beberapa hari sebelum dapat pulang ke kampung.
“Selepas itu, keluarga gagal menghubungi saya dan menyebabkan mereka risau dengan keadaan saya. Lantas Pak Hanako datang ke sini dengan usaha sendiri untuk mencari saya,” dedahnya.
Tambahnya, dia pernah cuba untuk memberitahu ibunya tetapi ketika itu ibunya tidak mempercayai kata-katanya.
Dalam pada itu, Tegar turut menafikan berita mengenai keluarganya mula berlaku tamak dengan meminta wang persembahan Tegar seperti didakwa Arif.
“Semua itu tidak benar. Sebenarnya, ibu saya meminta wang yang memang hak saya kerana selama ini saya tidak pernah mendapat wang persembahan saya.
Kira-kira minggu lalu dilaporkan Tegar terpaksa kembali mengemis gara-gara ditipu oleh bekas pengurus yang sama.
Namun, dia sebenarnya berada di rumah ibu bapanya di Subang, Indonesia selepas ibunya sendiri ketika itu mengambilnya di lapangan terbang sejurus dia pulang ke Indonesia.
Sebelum mengakhiri sidang media, Handako berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Arif atas dakwaan gangguan seksual serta kecurian barang-barang berharga milik Tegar, seperti dua buah laptop peribadi, kamera jenis super-pro dan dua beg berisi pakaian untuk persembahan.
“Sebelum ini kami sudah melaporkan kepada Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA) dan juga laporan polis. Manakala laporan polis di negara ini akan kami buat sejurus menerima laporan penuh daripada pihak polis di Jakarta”, katanya.
Sementara itu, Tegar berkata:
“Semua yang berlaku ini memberi pengajaran kepada saya. Sudah namanya Tegar, jadi saya harus kuat. Saya Tegar”, lapor Malaysian Digest.
0 comments:
Post a Comment