Monday, March 16, 2015
Suri Rumah Ketagih Judi Bingo Tanggung Hutang RM246,398
MERSEYSIDE, Britain – Seorang suri rumah menanggung hutang hampir £45,000 (RM246,398) kerana menggunakan lima kad kredit melebihi had selepas ketagih bermain judi bingo secara dalam talian ketika dia bercuti sakit.
Kelly Nield, 32 memberitahu, dia berjudi selama lapan jam pada setiap hari dan menghabiskan semua wang simpanan bersama teman lelakinya.
“Ia seperti kitaran yang ganas kerana jika menang, kita mahu bermain lagi untuk mendapat lebih banyak wang. Namun, kita tetap mahu bermain lagi selepas kalah untuk mendapatkan kembali wang tersebut,” ujar ibu kepada seorang anak itu.
Ketagihan Nield bertambah teruk apabila dia pernah terfikir untuk membunuh diri dan mencederakan anggota badannya ketika dalam usaha untuk berubah.
Dia mula bermain bingo ketika menonton rancangan The Jeremy Kyle sewaktu bercuti sakit dari kerjanya sebagai pengasuh kanak-kanak pada 2012. – AGENSI
Related Posts:
Suami “Sewakan” Isteri RM23000 Sebulan!! Demi meraih wang pendapatan lumayan, seorang lelaki ini tergamak bertindak menyewakan isterinya kepada 2,742 orang pelanggan yang berurus niaga deng… Read More
Gadis Mirip Siti Nurhaliza Kena R0gol!!Demi mencari sesuap nasi di negara orang, wanita Rohingya ini diratah setiap hari beramai-ramai Wanita wanita Rohingya yang ditahan di kem transit si… Read More
Suami Isteri Didenda RM455,846 Kerana Lahirkan Ramai Anak? BEIJING:Sepasang suami isteri dari sini telah didenda sebanyak 700,000 yuan (RM455,846) hanya kerana memiliki ramai anak. Di China, menjadi kesala… Read More
Bukan Sebarang Tua Tapi Pencuri Barang Kemas Secara Profesional Agak-agak anda siapakah wanita warga emas ini? Jangan terkejut jika diberitahu bahawa wanita berusia 85 tahun ini adalah pencuri barang kemas profes… Read More
'Buah d@da diramas, kem@luan saya juga dijolok kasar di dalam kolam itu!! Puluhan lelaki pengunjung taman tema air di Hanoi, Vietnam tiba-tiba bertindak ganas. Gadis-gadis berusia 20-an tahun menjadi korban gangguan seks… Read More
0 comments:
Post a Comment