Thursday, March 26, 2015
Lana Nordin Dan David (Daud) Nikah 15 Mei
Bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur, pelakon Lana Nordin, mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang bersama jejaka pilihan hatinya, David McKienzie pada 15 Mei 2015 ini.
Ditanya mengapa memilih tarikh tersebut, Lana menjelaskan tarikh tersebut dirasakan bersesuaian kerana selepas bulan Mei, jadual kerja mereka akan amat padat.
“Tiada apa yang istimewa dengan tarikh ini, cuma saya merasakan ianya adalah waktu yang sesuai, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat.
“Saya memilih bulan Mei kerana pada Jun depan, jadual bakal suami saya akan lebih padat lagi dengan aktiviti sukannya. Tiada apa yang saya harapkan untuk majlis itu nanti selain ianya berjalan dengan lancar,” kata pelakon ini lagi.
Tambah Lana, dia dan pemain bola tampar Olimpik Amerika Syarikat (AS) itu mula berkenalan pada Oktober tahun lalu di Singapura.
“Saya tertarik dengan David kerana perwatakannya yang lurus bendul dan jujur mahu memperisterikan saya. Malah, sebelum menerima lamaran David, saya pernah menguji sejauh mana ketulusannya memilih saya kerana perbezaan agama antara kami.
“Nampaknya dia begitu ikhlas dan telus untuk serius dalam hubungan kami seterusnya memilih saya sebagai teman hidup,” jelas Lana lagi yang senang kerana bakal suaminya begitu menjaga kesihatan.
-Media Hiburan
Related Posts:
Betul Ke Janna Nick ‘Anak Emas’ Shiela Rusly?? Sebelum ini drama bersiri popular ‘Syurga Nur’ telah berjaya menaikkan nama Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner. Kali ini pula lakona… Read More
Zahirah MacWilson Digelar Sial , Dituduh Perampas? Hati mana yang tidak sedih dan dapat terima jika diri digelar sial. Namun itulah apa yang perlu dihadapi oleh pelakon Zahirah MacWilson apabila diri… Read More
Masih ingat Janet Jackson adik perempuan Raja Pop Michael Jackson yang memeluk Islam 2 bulan lalu, inilah 6 foto wajah terbarunya yang pasti mengejutkan umat Islam Selepas pemberitaan yang simpang-siur selama kurang lebih tiga tahun belakangan ini, Janet Jackson akhirnya dinyatakan banyak media telah resmi meme… Read More
Nasha Aziz & Intan Ladyana Cintai Lelaki Yang Sama?Kisah asam pedas diangkat menyatukan tiga jiwa antara si dara, Jamaliah dengan lelaki bernama Jamal yang kemudiannya baru terbongkar rahsia bahawa lel… Read More
Selepas Pemergian Pak Yus, Inilah Yang Terjadi Untuk Kumpulan Jambu Dalam Juara Parodi Juri tetap JuaraParodi, Afdlin Shauki menjelaskan pelawak Tauke Jambu dan penyanyi Misha Omar belum membuat keputusan sama ada mahu terus bertandin… Read More
0 comments:
Post a Comment