Monday, March 9, 2015
Pensyarah Saman Bekas Isteri Guna Benih Orang Lain
LONDON – Seorang pensyarah memfailkan saman ke atas bekas isterinya sebanyak £83,500 (RM462,772) kerana mendakwa wanita berkenaan menggunakan sperma orang lain semasa melakukan persenyawaan tabung uji (IVF).
Kes tersebut merupakan yang pertama membabitkan penipuan IVF di Britain.
Plaintif menyedari dia ditipu selepas mendapati anak yang disangka miliknya mempunyai wajah seiras teman lelaki kepada bekas isterinya itu.
“Keraguan plaintif ternyata benar selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan tuduhan itu,” kata satu sumber.
Ahli akademik berusia 60 tahun itu memfailkan saman di mahkamah tinggi di sini untuk menuntut wang kerosakan di bawah kesalahan kenyataan palsu yang disengajakan selain pemulangan bayaran penyelenggaraan dan faedah.
Tujuh bulan selepas bersalin, pasangan itu bercerai pada tahun 2007 dan berkongsi hak penjagaan anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.
Pasangan yang berkahwin pada tahun 2002 itu pada mulanya melakukan IVF di sebuah klinik pada 2004 tetapi gagal.
Selepas percubaan pertama itu, bekas isteri berusia 53 tahun tersebut dipercayai pergi ke sebuah klinik di Sepanyol bersama kekasihnya yang berpura-pura menjadi suami dan mendermakan sperma untuk ujian sama.
Bagaimanapun, bekas isterinya tidak mengaku salah, malah menuduh pihak hospital telah melakukan kesilapan dengan mencampur sperma orang lain.
“Adalah sesuatu yang mustahil bagi klinik mencampurkan sperma. Ini memang satu kes yang pelik,” kata pensyarah kesuburan di Universiti Sheffield, Prof. Allan Pacey. – Agensi
Related Posts:
Video Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya Jadi Viral Video Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya Jadi Viral | Sebuah video yang menunjukkan seorang ibu buta di Kanada melihat bayi yang baru dila… Read More
Perogol Bersiri Sasar Wanita Tua BANGKOK – Polis menggiatkan buruan seorang lelaki yang didakwa merogol lapan wanita veteran atau pertengahan umur serta membunuh dua daripadanya dal… Read More
Wanita nekad bakar diri sendiri dengan minyak tanah selepas bertengkar dengan suaminya 0Wanita nekad bakar diri sendiri dengan minyak tanah selepas bertengkar dengan suaminya | Akibat gagal mengawal emosi, seorang wanita nekad membakar… Read More
Wanita Ini Berkahwin Sebanyak 23 Kali Seorang wanita berusia 68 tahun menjadi wanita pertama pecah rekod melakukan paling banyak perkahwinan sepanjang sejarah. Wanita bernam Linda Wolfe… Read More
Ngeri! Remaja tersedar ketika pembedahan buang ketumbuhan di otak Ngeri! Remaja tersedar ketika pembedahan buang ketumbuhan di otak | Seorang remaja yang sedang menjalani pembedahan otak untuk membuang ketumbuhan, t… Read More
0 comments:
Post a Comment