Wednesday, March 11, 2015
Sanggup Cipta Baju Besi Protes Raba Pyudara Dan Pnggung
KABUL— Seorang artis muda Afganistan mencetuskan gempar di negaranya apabila mencipta baju besi berbentuk payudara dan punggung malah memakai pakaian itu sambil mengelilingi ibu kota Kabul, lapor media tempatan.
Kubra Khademi, 27 tahun, bertindak demikian baru-baru ini sebagai bentuk protes susulan tingginya angka kes gangguan seksual terhadap golongan wanita di negara itu, malah beliau sendiri salah seorang mangsa pencabulan tersebut.
Baju perisai itu diperbuat oleh seorang tukang besi tempatan dengan harga 576 afghani (RM37) dan dia cuba berjalan di Kabul dengan pakaian tersebut bagi ‘mencekup’ lelaki miang yang cuba menyentuh buah dada dan punggungnya.
“Semua berjalan lancar dan ramai beri kata-kata semangat,” kata Kubra yang pernah dicabul beberapa kali semasa berusia 5 tahun oleh segelintir ‘kaki seks’ Afghanistan dan pengalaman ngeri itu turut dialami ramai wanita di negara tersebut.
Insiden silam itu memberi idea kepada Kubra yang berazam mereka pakaian dalam diperbuat daripada logam, sekali gus menyelamatkan mangsa daripada diperkosa jika kain baju wanita berkenaan tiba-tiba terlucut dan membangkitkan nafsu.
Namun, tindakan terlalu beraninya itu mengakibatkan dia kini terpaksa bersembunyi setelah menerima beberapa ancaman bunuh menerusi e-mel daripada pihak tidak dikenali, bahkan terpaksa meninggalkan kediamannya buat sementara waktu.
Lebih teruk, Kubra dicaci maki dan dilempar batu kecil oleh beberapa kumpulan pemuda yang marah melihat fesyen terbaharu wanita itu yang dianggap sengaja menonjolkan susuk payudara dan punggung mengiurkan kepada lelaki ‘lemah iman’.
Ini menyebabkan artis tersebut terpaksa menutup semula baju besi itu di dalam selubung jaket dan menyelamatkan diri dengan menumpang teksi untuk pulang ke rumah kerana didakwa tidak berpakaian tradisional burka. – Agensi
Related Posts:
Lagi! Orang Awam Ditelan Lubang di Tempat Menunggu Bas Jika sebelum ini kejadian tangga eskalator menelan seorang ibu yang meragut nyawanya telah menimbulkan kebimbangan di negara China dan juga kebimban… Read More
Di Usia 48 Tahun, Pamela Teruja Untuk Berbog3l Lagi Di Usia 48 Tahun, Pamela Teruja Untuk Berbog3l Lagi PELAKON s3ksi siri Baywatch, Pamela Anderson sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila tampil berbog3l dalam sebuah majalah, Flaunt. Di kala usia… Read More
GEMPAR!! Gadis Cantik 'Upload' Gambar 'Step By Step' Bunuh Diri Di Instagram Akibat Putus Cinta? Dilaporkan oleh chinasmack.com, seorang gadis dengan akaun Instagram bernama @ JojoTsai1012 membuat ramai orang merasa sedih dan prihatin. Dalam Ins… Read More
Gambar Luc@h Ganti Bahan Berita – Oriental Daily News Laman Facebook akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily News, telah digodam petang ini, dengan gambar lucah menggantikan bahan berita. Menurut akhbar … Read More
Netizen Persoal Lelaki Tawaf Guna Hoverboard Ketika Tunaikan Haji? Tindakan seorang lelaki yang berada Masjidil Haram, Mekah yang menunaikan tawaf menggunakan 2-Wheel Smart Electric Scooter nampaknya telah menerima … Read More
0 comments:
Post a Comment