Monday, March 16, 2015
Pegawai MUIP Cabul Tiga Wanita?
Seorang bekas pegawai Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Negeri Pahang (Muip) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan, dekat sini, atas tiga pertuduhan mencabul tiga orang wanita.
Tertuduh dari Taman Rendang Permai, Pekan, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan pertama dibacakan jurubahasa mahkamah hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali dan pertuduhan kedua dan ketiga di hadapan Nor Aisah Mohamad.
Mengikut kertas pertuduhan yang berasingan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan dengan niat mencabul kehormatan tiga wanita yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 30 tahun, di pejabat Pengurus Tadika Pintar Al-Quran, Jalan Kubang Buaya, antara jam 9 pagi hingga 4 petang, 4 Mac lepas.
Dengan itu, tertuduh boleh disabitkan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau mana-aman dua daripadanya.
Mahkamah mengarahkan tertuduh di hantar ke Hospital Permai, Johor untuk dilakukan pemeriksaan mental dan menetapkan 10 April depan untuk laporan mental.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatinah Abu Bakar.
Related Posts:
Serius Memang Parah Dah Ko Nih !! Foto: Serius Memang Parah Dah Ko Nih!!! – Ini lah bahayanya jika biarkan akaun facebook tidak di sign off dari telefon bimbit. Inilah akibatnya… Me… Read More
Pasangan suami dan isteri orang bersekedudukan dicekup kali kedua Jitra: Tindakan sepasang kekasih yang juga suami dan isteri orang memadu asmara membawa padah apabila mereka dicekup buat kali kedua kerana melakuka… Read More
GEMPAR! Artis Ceramah Agama TERKANTOI Upload Gambar Intim Di Laman Sosial !! Artis melayu yang terkantoi upload gambar intim di laman sosial.. #Kali ini mengisahkan seorang artis memuat naik gambar intimnya dengan seorang wan… Read More
IBUBAPA JANGAN SAMPAI TERBELI BEG SEKOLAH MACAM INI UNTUK ANAK ANDA Beberapa keping gambar beg sekolah yang dikatan boleh didapati dipasaran mempunyai corak yang amat keterlaluan untuk digunakan apatah lagi diguna ol… Read More
Aktiviti Mencurigakan Dalam Kereta Waktu Hujan di RNR Berjaya Dirakam. Gambar aktiviti yang mencurigakan telah berjaya dirakam oleh lensa handphone seorang penumpang bas ketika hujan di sebuah RNR. Akitiviti yang menc… Read More
0 comments:
Post a Comment