Thursday, March 12, 2015
Yatt Hamzah Mohon Mahkamah Tangguh Kes Cerai
Pelakon Yatt Hamzah memohon kepada Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis untuk menangguhkan sebutan kes tuntutan cerai yang difailkan terhadap suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor pada awal Februari lalu.
Yatt menerusi peguam syarie, Nuraini Fauzi membuat permohonan itu selepas menyatakan ingin menyelesaikan masalah rumah tangga yang dihadapi mereka secara baik dan meminta tempoh sebulan untuk berbincang.
Nuraini ketika memberitahu mahkamah, pasangan itu yakin menerusi perbincangan secara mendalam ia dapat membuka ruang dalam menyelamatkan rumah tangga yang dibina selama enam tahun itu. Kes disebut dihadapan Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah.
Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 35, selaku plantif bagaimanapun tidak hadir pada prosiding itu. Dalam pada itu, Abdul Mutalib selaku defendan juga turut bersetuju dengan permohonan tersebut. Abdul Mutalib, 35, diwakili peguam syarie, Rafizal Ahamadin.
Kes berkenaan akan disebut semula pada 20 April depan. Sementara itu, Abdul Mutalib ketika ditemui diluar mahkamah enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan terbaharu kes berkenaan.
-rtky
Related Posts:
Nasha Aziz & Intan Ladyana Cintai Lelaki Yang Sama?Kisah asam pedas diangkat menyatukan tiga jiwa antara si dara, Jamaliah dengan lelaki bernama Jamal yang kemudiannya baru terbongkar rahsia bahawa lel… Read More
Zahirah MacWilson Digelar Sial , Dituduh Perampas? Hati mana yang tidak sedih dan dapat terima jika diri digelar sial. Namun itulah apa yang perlu dihadapi oleh pelakon Zahirah MacWilson apabila diri… Read More
Selepas Pemergian Pak Yus, Inilah Yang Terjadi Untuk Kumpulan Jambu Dalam Juara Parodi Juri tetap JuaraParodi, Afdlin Shauki menjelaskan pelawak Tauke Jambu dan penyanyi Misha Omar belum membuat keputusan sama ada mahu terus bertandin… Read More
Betul Ke Janna Nick ‘Anak Emas’ Shiela Rusly?? Sebelum ini drama bersiri popular ‘Syurga Nur’ telah berjaya menaikkan nama Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner. Kali ini pula lakona… Read More
Masih ingat Janet Jackson adik perempuan Raja Pop Michael Jackson yang memeluk Islam 2 bulan lalu, inilah 6 foto wajah terbarunya yang pasti mengejutkan umat Islam Selepas pemberitaan yang simpang-siur selama kurang lebih tiga tahun belakangan ini, Janet Jackson akhirnya dinyatakan banyak media telah resmi meme… Read More
0 comments:
Post a Comment