Monday, March 9, 2015
Alyah Tak Pakai Cincin Kahwin
Sebelum ini pernah kecoh mengenai tindakan Alyah yang melanggar kereta milik suaminya, Datuk Ramli MS dan hari ini, rancangan Melodi sempat bertanyakan pula soalan mengenai tindakan Alyah yang tidak mengenakan cincin kahwin di jarinya.
“Saya memang tak pakai cincin kahwin. Kadang-kadang kita lupa. Saya bukan penggemar emas, hilang nanti susah nak jawab,” katanya apabila diajukan soalan tersebut sambil turut menjelaskan perkara tersebut tidak ada kena mengena dengan kejadian yang menimpanya sebelum ini.
“Sekarang sudah bulan Mac, apa yang jadi sebelum ini, saya dah tinggalkan di sana (bulan Januari) dah,” ujar Alyah menerangkan situasinya sekarang yang sudah melupakan perkara yang terjadi awal tahun ini.
Disentuh mengenai dakwaan dia menangis di belakang pentas setelah membuat persembahan pada Anugerah Juara Lagu 29 Januri lalu, Alyah memberitahu, punca dia menangis adalah kerana terharu dengan sokongan individu yang membantu dia menjayakan persembahan pada malam tersebut.
Malah menurut Alyah, pada malam persembahan itu juga dia sebenarnya berada di dalam keadaan yang tidak berapa sihat.
-rtky
Related Posts:
Umie Aida Jamin Suami Keluar Tahanan RM10,000? Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan pertuduhan dihadapi oleh suami Umie Aida yang juga bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Ser… Read More
PALING MENGEJUTKAN!!! Apa yang dilakukan oleh Achey Bocey dan isterinya ke atas keluarga Allahyarham Harun Salim Bachik pasti buat korang terdiam tanpa seribu bahasa Sekiranya anda tidak tahu, bakat Achey telah digilap menerusi program Bintang Mencari Bintang di mana mentornya ialah Allahyarham Harun Salim Bachik… Read More
Biar betul!!! Emma Maembong Hamil Anak Pertama? Emma Maembong Mengandung Anak Luar Nikah | Pelakon terkenal, Emma Maembong telah disalah anggap oleh pekerja farmasi yang menyangka aktres cantik it… Read More
Kantoi!! Amir Ukays Bersenjatakan Pistol Ditahan Polis? Peserta program Gegar Vaganza 2, Amir Ukays ditahan pihak polis selepas dipercayai memiliki senjata api kira-kira pukul 1.45 pagi Rabu. Laporan mSt… Read More
Meghan Trainor ‘Comolot’ Ghairah Atas Pentas!!! PASANGAN duet, Meghan Trainor dan Charlie Puth mencetuskan sensasi di kalangan peminat mereka apabila bercium mesra di atas pentas ketika mempersemb… Read More
0 comments:
Post a Comment