Sunday, May 10, 2015
Terbaik!! Jutawan China Bawa 6,400 Pekerjanya Bercuti Di Perancis
Seronok kalau ada bos macam ini!
Seorang jutawan China membawa 6,400 pekerjanya bercuti selama empat hari di Perancis sekaligus memecahkan rekod dunia rantaian manusia di Cote D’Azur.
Pengerusi Syarikat Tiens Group, Li Jinyuan juga dikhabarkan menempah sehingga 140 hotel di Paris, dimana kumpulan pekerjanya itu dibawa melawat Louvre dan pelbagai tempat budaya di salah satu daripada bandar-bandar yang paling terkenal di dunia.
Mereka kemudiannya dibawa ke Cote D’Azur yang terkenal dimana Li Jinyuan menempah 4,760 bilik di 79 hotel empat dan lima bintang di Cannes dan Monaco.
Rombongan terbabit dibawa dengan 147 bas daripada hotel ke Promenade des Anglais di Nice, dimana pegawai Rekod Dunia Guiness mengesahkan rantaian manusia paling ramai di dunia.
Mereka kemudiannya menyusun barisan membentuk ejaan ‘Tiens’ sebagai satu bentuk meraikan 20 tahun perkongsian antara syarikat China dan rantau Perancis.
Related Posts:
Anak Najib Nafi Kaitan Dengan Skim Ufun?“Saya tidak terlibat dengan kumpulan tersebut dan sudah membuat laporan polis, memberitahu Bank Negara dan kedutaan Thai mengenai insiden tersebut apa… Read More
Kantoi!! Beras Palsu Dari China,Awas!! BERAS PALSU - Pihak berkuasa di Singapura telah melaporkan bahawa terdapat beras palsu yang diperbuat dari plastik resin dan kentang atau keledek.B… Read More
KADAR RESMI BAYARAN ZAKAT FITRAH 2015 1436H SETIAP NEGERI KADAR RESMI BAYARAN ZAKAT FITRAH 2015 1436H SETIAP NEGERI MALAYSIA | Umum mengetahui bahwa ummat islam yang berkemampuan diwajibkan membayar zakat … Read More
FB Promosi Mar1juana Atau G@nja Tidak Disekat SKMM? KUALA LUMPUR, 11 Mei – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) disaran agar menyekat laman Facebook yang dikesan giat mempromosikan ma… Read More
Malaysia Bakal Menjadi Sebuah Negara Pulau Selepas Terusan Ini Wujud? Berlegar legar dilaman sosial apabila dikatakan pada 10 April 2015 lalu Kerajaan Republik China dan Kerajaan Thailand telah berjaya memetrai satu pe… Read More
0 comments:
Post a Comment