Friday, October 30, 2015

Bukan Sebarang Tua Tapi Pencuri Barang Kemas Secara Profesional

Agak-agak anda siapakah wanita warga emas ini? Jangan terkejut jika diberitahu bahawa wanita berusia 85 tahun ini adalah pencuri barang kemas profesional yang terkenal di Amerika Syarikat. Malah satu dokumentari mengenai jenayah yang dilakukan oleh Doris Payne ini telah diterbitkan pada 2013 bertajuk The Life and Crimes of Doris Payne. Sebijak mana pun Doris, dia bagaimanapun akhirnya ke lokap juga apabila berjaya ditahan selepas mencuri anting-anting Christian Doris bernilai RM3,000. Dalam dokumentari itu, Doris memberitahu dia tidak pernah menyesal kerana mencuri tetapi akan rasa menyesal jika ditangkap polis.
Meskipun Doris menyatakan dia mahu meninggalkan dunia jenayah itu beberapa kali sebelum ini, namun dia tidak berupaya melakukannya dan mencuri menjadi seperti satu ketagihan. Dia berjaya ditahan selepas taktiknya yang digunakan selama ini berjaya dihidu penjual barang kemas. Taktik berkenaan adalah dengan memakai pakaian mahal dan membawa beg tangan berjenama semata-mata untuk mengaburi mata penjual barang kemas. Ketika penjual mengeluarkan barang kemas yang mahal, dia akan cepat-cepat memasukkan salah satu barang tersebut ke dalam beg tangannya tanpa disedari oleh penjual. Bagaimanapun taktik itu telah lama diketahui oleh pedagang emas.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.