Sunday, October 25, 2015

Pasti Anda TERKEJUT!! Bagaimana Kereta Wira Ini Boleh TERSANGKUT Di Pagar Rumah Orang

Baling, 25 Okt: Seorang pemandu kereta Proton Wira cedera ringan di kepala selepas kereta yang dipandunya "terbang" lalu tersangkut pada tiang pagar rumah dalam satu kejadian kemalangan di Kampung Teluk Teduri semalam. Mangsa, Mohd Khairul Zaini Abd Rahman, 24, dalam perjalanan dari rumahnya ke arah Pekan Baling dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu. Menurut mangsa, kejadian berlaku apabila dia tertekan pedal minyak sebaik menghampiri kawasan selekoh menyebabkan kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas. "Apabila sampai di kawasan selekoh, saya mahu menekan brek tetapi tertekan pedal minyak menyebabkan kereta hilang kawalan lalu terbabas. "Saya jadi panik dan tidak sedar kereta tersangkut. Apabila membuka pintu kereta barulah saya sedar tidak boleh turun kerana tergantung," katanya memetik laporan myMetro. Bagaimanapun mangsa bersyukur kerana terselamat dalam kejadian tersebut. Keretanya tersangkut di atas tiang pagar setinggi dua meter dalam kejadian terbabit.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.