Monday, October 19, 2015

Harga Topup Prabayar Kembali Pada Asal 1 November Ini??

Para pengguna talian mudah alih prabayar nampaknya akan dapat menarik nafas lega bulan depan apabila harga pembelian tambah nilai perkhidmatan itu akan kembali seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 November depan. Pengumuman akan dibuat oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam). Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata Kastam telah membincangkan hal berkenaan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya pengguna idak lagi dikenakan bayaran tambahan. Dengan nada tegas, kerajaan tidak akan bertoleransi lagi dengan syarikat telekomunikasi yang gagal melaksanakan langkah berkenaan. Tindakan selanjutnya akan diambil jika Telco masih berdegil. “Macam mana Telco mahu caj, mereka kena fikirkan cara itu, yang penting rakyat beli RM10 dapat nilai RM10, kita mahu Kastam buat susulan dengan SKMM dan buat pengumuman pada 1 November ini,” katanya. Johari berkata demikia dalam sidang media selepas merasmikan Forum Pengguna 2015 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Dewan Razakian, Universiti Tun Abdul Razak di ibu negara semalam. Katanya, kerajaan tidak boleh menerima alasan daripada pihak Telco seperti sebelum ini bahawa sistem komputer mereka belum bersedia, kerana tempoh yang telah diberikan kepada Telco terlalu lama. “Jika pihak Telco masih memberi alasan tidak bersedia sekalipun, mereka perlu juga patuh pada arahan ini iaitu mengekalkan harga kad tambah nilai seperti asal. “Sebab, secara logiknya kalau pihak Telco tidak bersedia kenapa pengguna pula kena tanggung kos tambahan,” katanya. Perkembangan terbaru ini pastinya membawa harapan kepada banyak pengguna pra bayar khususnya mereka yang bergelar pelajar dan yang berpendapatan rendah. Diharapkan pada 1 November nanti, tiada lagi perubahan akan berlaku seperti sebelum ini apabila pengumuman sama ditangguhkan ekoran pihak Telco masih tidak bersedia.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.