Wednesday, December 9, 2015

Gadis Republik Georgia Jadi ‘Mangsa’ Bog3l Terakhir Pl@yb0y

SEORANG gadis kelahiran Republik Georgia, Kristy Garett, 26 tahun; bakal menjadi penamat kepada model wanita bog3l yang sering kali terkandung dalam majalah luc@h Pl@yboy. Kristy terpilih bagi menghiasi Pl@yboy edisi Februari 2016 yang akan menjadi keluaran terakhir majalah itu sebelum ia diberi penjenamaan semula, Mac ini. Selepas ini, Pl@yboy tidak akan lagi mengeluarkan gambar-gambar dan kandungan berunsur luc@h dan aksi wanita bog3l sempena ‘kelahiran semula’ majalah yang diasaskan oleh Hugh Hefner itu.
Terharu dengan pemilihannya itu, Kristy berkata ini memang adalah impiannya sejak dari kecil untuk bergelar gadis Pl@yboy. “Ini adalah satu perkara yang besar buat saya. Menjadi wanita terakhir yang berbog3l untuk Pl@yboy membuatkan saya menangis kegembiraan,” katanya model yang fasih enam bahasa ini.
Model pertama yang menghiasi muka hadapan Pl@yboy ialah ikon simbol s3ks Hollywood, Marily Monroe yang diterbitkan pada Disember 1953. – MYNEWSHUB.CC

Kantoi!!! Wanita Hamil Hancurkan Kereta Suami Curang!!

BRASSILIA – Seorang wanita Brazil yang sedang hamil memusnahkan kereta suaminya selepas mendapati lelaki itu mempunyai perempuan simpanan. Pada mulanya dia memecahkan cermin sehingga hancur dan berlegar-legar di sekitar kereta suaminya. Dia yang sarat mengandung kemudian melompat ke atas bumbung kereta dan akhirnya, membaling batu ke arah tingkap belakang kenderaan berkenaan.
Insiden yang dirakam oleh penonton di tempat kejadian, menunjukkan wanita itu mengamuk selepas mendapati suaminya bersama dengan wanita lain yang dipercayai perempuan simpanan. Si suami dan wanita ketiga itu, dikatakan sedang makan tengah hari di sebuah restoran ketika ‘kantoi’.

Tuesday, December 8, 2015

Muhyiddin Bakal Di Pecat Dari UMNO Malam Ini?

Mesyuarat Majlis Tertinggi yang bakal diadakan pada malam ini dijangka akan panas dengan khabar angin kini bertiup kencang bahawa, Timbalan Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan di pecat dari jawatan dan berkemungkinan di pecat daripada UMNO. Ini berikutan beberapa tindakan yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin yang dilihat secara terang-terangan menentang Presiden parti sehingga menyebabkan perpecahan dalaman parti yang serius sejak akhir-akhir ini.
Menerusi satu sumber dalaman Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mohd Najib semalam semasa menyampaikan ucapan Amanat Presiden parti, beliau tidak kisah dan boleh menerima sebarang perbezaan pendapat. Namun beliau tidak dapat menerima tindakan Timbalannya yang sentiasa menyebarkan dakyah-dakyah songsang dan tidak selari dengan dasar-dasar kerajaan dan parti. Beliau sewajarnya mengadakan pertemuan berterusan dengan Datuk Seri Mohd Najib bagi menyuarakan apa sahaja ketidak puasan hati beliau, bukan menjadi hero jalanan mahupun di media-media sosial. Jesteru, Jawatankuasa Disiplin parti menerusi Majlis Tertinggi dijangka bakal mengambil tindakan tegas terhadap Tan Sri Muhyiddin malam ini. Tindakan yang sama juga mungkin akan diambil terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang dilihat antara individu yang bertanggungjawab mencetuskan perbalahan dalaman didalam UMNO.
Mungkin ada yang beranggapan tindakan ini merupakan antara tindakan yang kurang popular dan memungkinkan akan berlaku sedikit perbalahan.

Suami baru je tengah tunggu lif nak pergi kerja, tapi isteri da bawa masuk jantan lain masuk rumah siap tak ngaku ada suami

Seorang wanita berstatus isteri bertindak biadap apabila menyeludup masuk ‘kekasih gelap’ warga asing ke dalam rumah beberapa minit selepas suaminya keluar bekerja. Harian Metro melaporkan dalam kejadian jam 7 pagi kelmarin, wanita berusia 30-an itu dikesan berdua-duaan bersama pasangannya di dalam rumah terletak di Bandar Baru Ampang, di sini. Sumber polis berkata suami wanita itu menyedari kecurangan isterinya selepas mendapati seorang lelaki tidak dikenali memasuki rumahnya ketika dia sedang menunggu lif. “Dia yang berasa curiga kemudian berpatah balik ke rumahnya. Dia kemudian mengendap di luar kediaman sebelum terdengar bunyi suara isteri dan lelaki tidak dikenali. “Suami wanita itu mendakwa terdengar soalan diajukan lelaki warga asing itu kepada isterinya berhubung tindakannya keluar dari rumah berkenaan,” katanya. Menurutnya, wanita itu sebaliknya tidak mengaku sudah berkahwin dan mendakwa si suami adalah pelanggan yang datang untuk mendapatkan rawatan urutan badan. “Suami wanita itu yang berang kemudian meminta bantuan jiran berhampiran untuk menahan isterinya dan lelaki warga asing itu. “Namun, wanita itu sempat lari keluar dari rumah sebaik pintu kediaman dibuka manakala lelaki warga asing itu berada di ruang tamu dalam keadaan ketakutan,” katanya. Katanya, suami wanita terbabit kemudian mengunci semula pintu rumah itu bagi mengelak kekasih isterinya melarikan diri. “Anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian sebelum menahan lelaki warga asing berusia 41 tahun itu. “Siasatan mendapati lelaki itu memasuki rumah pengadu tanpa kebenaran manakala si isteri pula masih menghilangkan diri sehingga kini,” katanya.

Akhir Zaman!! Imam Muda Kongsi Hidup Sebagai Seorang G@y

Minggu ini, kurator akaun Twitter @twt_LGBT mengejutkan pelbagai pihak.Dengan mendakwa dirinya “imam gay”, kurator yang hanya merujuk dirinya sebagai “Adik” mahu berkongsi pengalaman dan kisah hidupnya sebagai seorang umat Islam homos3ksual di Malaysia. “Saya seorang imam dan saya seorang homos3ksual. “Saya nak kongsi hidup sebagai seorang imam yang g@y,” demikian tulisnya. Selain berkongsi pengalamannya, Adik turut mencetuskan beberapa pertikaian dan konotasi berhubung ajaran Islam dalam aspek homos3ksualiti dan pendapatnya mengenai seorang Muslim homos3ksual. Dalam siri 30 tweetnya, dia mempertikaikan tiada spesifikasi tertentu dalam Islam berhubung makna homos3ksualiti dan mendakwa al-Quran hanya melarang serta membantah hubungan homos3ksual, jika ia membabitkan s3ks. “Tiada juga tidak dibenarkan. Larangan adalah bagi perbuatan s3ksual.”, Islam melarang hubungan s3ks luar nikah untuk individu heteros3ksual, konsep itu juga sepatutnya diguna pakai untuk golongan homos3ksual. Jelasnya, jika seseorang berkecuali daripada sebarang bentuk aktiviti s3ksual, maka hubungan homos3ksual tanpa sebarang bentuk s3ks boleh diterima oleh agama dan tidak boleh dianggap sebagai satu dosa. “Dengarlah, saya seorang imam bujang dan saya ada pasangan. Bujang: Tidak berkahwin dan tiada s3ks. “Mengikut undang-undang, s3ks tanpa perkahwinan adalah satu dosa. S3ks di luar tabii (lelaki dan wanita), satu dosa. Saya memilih untuk berkecuali daripada kedua-duanya,” jelasnya. Perdebatan dalam sosial media itu bertambah hangat. Pengguna Twitter @muhammadyusoffn terkejut dengan konsep imam homos3ksual dan mendakwa kurator telah menghina Islam dengan pendirian dan pandangannya. @rodakakiman berkata, ia tidak boleh diterima untuk seorang imam, seseorang yang biasanya berdiri di mercu ajaran Islam, untuk menerima homos3ksual, apatah lagi dirinya menjadi homos3ksual. @sfatimahk“Ia adalah gila untuk membayangkan konsep imam g@y,” “Saya tidak menentang g@y dan saya mempunyai rakan g@y juga. Tetapi untuk mengatakan g@y tidak bertentangan dengan Islam, ia amat salah dalam pelbagai cara,” Pengguna lain bagaimanapun terbuka kepada tanggapan mempunyai seorang pemimpin Islam yang homos3ksual. @meiameira “Anda seorang yang istimewa. Kita perlu lebih ramai orang bijak seperti anda.” @AlexandreIsz yang boleh menerima tanggapan mempunyai imam g@y berkata: “Hahah. Anda lucu. Jadi kita tidak perlu label. Sekurang-kurangnya kita tidak perlu dilabelkan oleh orang lain. Kita tidak memerlukan keakuran lain. ” Akaun Twitter twt_LGBT adalah medium untuk golongan l3sbian, g@y, dwijantina dan transgender (LGBT) berhubung dan berkomunikasi. Akaun ini beroperasi berdasarkan sistem kurator, di mana sukarelawan akan dipilih setiap minggu untuk berkongsi cerita dan pengetahuan mereka mengenai isu-isu berkaitan LGBT. Semua sekolah Islam utama mendapati homos3ksual menyalahi undang-undang.

Perh!!! Kereta Sangkut 3 Hari Jalan Sesak 48 Kilometer!!

Jika selama ini mungkin ramai beranggapan bahawa kesesakan lalulintas di ibu kota Indonesia sebagai teruk, mungkin kisah berlaku di Kenya baru-baru ini lebih dahsyat dan tidak dilaporkan begitu meluas. Kesesakan jauh lebih parah itu hanya akan anda temui jika berada di negara benua Afrika tersebut ekoran sistem prasarana tidak sepenuhnya baik, malah barisan panjang kenderaan boleh capai puluhan kilometer jarak jauhnya. Menurut laporan stesen penyiaran antarabangsa BBC, kesesakan rutin berkenaan sering terjadi di jalan utama menghubungkan antara bandar raya pelabuhan terkenal, Mombasa ke ibu kotanya, Nairobi sejak sekian lama. Di wilayah tersebut, jarak panjang kenderaan berbaris akibat kesesakan trafik boleh mencapai 48 kilometer dan semua pemandu sama ada suka atau tidak pasti akan terperangkap selama tiga hari sebelum tiba di destinasi. Situasi ini masih lagi dianggap biasa sahaja dan bukan pun pelik bagi penduduk, namun keadaan menjadi lebih bertambah buruk apabila hujan lebat dan jauh amat parah jika berlaku kes kemalangan waima bersifat agak kecil. Beberapa pemandu trak yang bosan menunggu terpaksa melintasi sisi kosong di bahu jalan tetapi keadaan hujan turun sangat lebat membuatkan jalan yang sebahagian masih berupa tanah merah, berubah jadi kubang lumpur. Meskipun sudah dianggap sebagai sangat parah bagi mereka yang tidak biasa mengalaminya, bagaimanapun kesesakan ini ternyata tidak seberapa jika dibandingkan dengan apa yang pernah terjadi di China pada 2010 lalu. Di negara ‘beruang panda’ itu, pernah berlaku kesesakan paling teruk dalam rekod sejarah dunia apabila barisan panjang kenderaan mencapai jarak 100 kilometer dan perjalanan mengambil masa selama 12 hari ke Beijing.

(11 Gambar) Inilah Wajah Sebenar Isteri Lan Kristal Yang Tidak Pernah Didedahkan Selama Ini!!

Masih ingat Lan Kristal yang bernikah dengan gadis berpurdah 6 tahun dahulu? Pada 5 Disember lalu, Lan Kristral dan isterinya telah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke enam. Thank you Allah SWT untuk tempoh 6 tahun yang teramat indah ini. Happy anniversary my love." Demikian kata Sheila di laman Instagram miliknya.
loading...

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.