Perkahwinan dibatalkan kerana pengantin lelaki kurang bijak | Gara-gara gagal menjawab soalan matematik yang dikemukakan, seorang pengantin perempuan mengambil keputusan nekad dengan membatalkan perkahwinannya yang berlangsung di Gulariapur, India Isnin lalu. Menurut tetamu yang hadir, wanita itu merupakan lulusan tahap 8 dan ingin menjadi seorang guru. Bapa pengantin perempuan, Srikrishna Babu Saxena, berasal dari Gulariapur menetapkan perkahwinan anak perempuannya Khushboo dengan seorang lelaki yang berasal dari Saraia, Omveer.
Semasa upacara perkahwinan bermula, salah seorang rakan pengantin perempuan memberitahu kepada wanita itu bahawa bakal suaminya itu gagal untuk membaca mentera perkahwinan dengan sempurna. Perkara tersebut menyebabkan Khusboo mengambil keputusan untuk bertanya beberapa soalan matematik kepada bakal suaminya sebelum mereka berkahwin. Walaupun pada mulanya dihalang oleh ibu-bapnya, Khusboo tetap melakukan perkara demikian kerana dia tidak mahu berkahwin dengan seorang lelaki yang buta huruf dan kurang bijak.
Pengantin lelaki gagal mengira wang syiling malah turut tidak mampu untuk membezakan antara nombor 69 dan 79. Selepas gagal menjawab beberapa soalan yang dikemukan Khusboo, dia nekad membatalkan perkahwinan dengan lelaki berkenaan. Sementara itu, penduduk kampung bangga dengan tindakan Khusboo malah bapanya turut memohon maaf kerana mengaturkan perkahwinan dengan orang yang tidak mempunyai berpendidikan. ” Kami hanya melihat lelaki berkenaan dari jauh, malah turut tidak dibenarkan untuk bercakap.
“Oleh itu, kami tidak boleh membuat penilaian dan mengetahui bahawa lelaki berkenaan kurang bijak,’ kata bapa pengantin perempuan dipetik Hindustantimes. Walau bagaimanapun, pengantin lelaki tersebut kemudiannya berkahwin dengan wanita lain pada Rabu. -AP
Thursday, December 10, 2015
Wednesday, December 9, 2015
Kenali Siapakah Presiden Yang Gila Lagi Kejam Dalam Sejarah?
Idi Amin Dada-bekas Presiden Uganda yang mati dalam buangan di Jeddah, Arab Saudi pada 17Ogos2003,dilabelkan sebagai gila,seorang badut,sadis,diktator,pembunuh kejam hingga kepada kanibal.
Dalam tempoh lapan tahun berkuasa 1971- 1979 - selepas mengulingkan Presiden Milton Obote, Idi Amin mendapat tempat di media serata dunia ekoran pelakuan ganjilnya.
Sesekali tindak-tanduknya kelihatan kejam,adakalanya berlagak bagai si dungu dan pada masa yang lain seperti terlalu bijak.Dia pernah mengarahkan empat lelaki kulit putih memikulnya di atas tandu, kemudian mengarahkan jurugambar merakamkan gambarnya itu untuk ditunjukkan kepada dunia bahawa bangsa kulit hitam lebih mulia dapipada orang berketurunan kulit putih yang selama ini menjajah negaranya.
Tanpa segan silu, Idi Amin membunuh secara kejam suku kaum lain yang cuba menentangnya kemudian menyimpan kepala-kepala mereka didalam petisejuk di istananya.
Disenaraikan serba ringkas perlakuan manusia aneh yang bernama Idi Amin Dada ini untuk difikir-fikirkan:
1.IdiAmin dilahirkan pada 1925, bagaimanapun tarikh yang sebenar tidak diketahui kerana tiada rekod yang jelas.Bapanya daripada Kakwa, suku kaum minoriti disempadan Uganda-Sudan,sementara ibunya daripada suku Lugbara. Kedua-dua suku kaum ini berkomunikasi menggunakan bahasa Sudan.
2.Menyertai pasukan King African Rifles-sebuah unit khas untuk bangsa kulit hitam dalam Pasukan Tentera British-pada tahun1946 hanya sebagai tukang masak.Dia dinaikkan menjawat pangkat sarjan bukan kerana kebolehan,tetapi sikapnya yang pandai mengambil hati pengawai British dengan merelakan dirinya menjadi badut dalam banyak acara di kem.
3.Ketika memakai pakaian seragam tentera,Idi Amin pernah menyeksa anak bangsanya yang menentang penjajah British dengan mengerat kemaluan mereka hidup-hidup. Dia kemudiannya terkekeh-kekeh melihat mangsanya terkinja-kinja menahan sakit. Suatu ketika IdiAmin pernah berlari bogel dijalan raya diNakuru,selepas polis tentera cuba memberkasnya ketika 'buat hal' dengan isteri sahabat baiknya.
4.Sepanjang menjadi Presiden,IdiAmin membunuh lebih 500,000 rakyatnya daripada pelbagai suku kaum tanpa sebab-sebab tertentu. "Teragak nak bunuh,dia akan lakukan!" menurut bekas Menteri Kesihatan Uganda yang juga sahabatnya,Dr. Henry Kyemba.
5.Idi Amin sesekali akan mencampakkan mayat mangsanya ke Sungai Nil,di tempat yang banyak buaya.Dia akan bertepuk tangan dan bersorak-sorak gembira setiap kali buaya-buaya menyambar mayat yang dihumbankannya itu.
6.Senjata yang digemari ketika melakukan pembunuhan ialah pisau belati atau tukulbesi.Walaupun tiada bukti kukuh mengatakan Amin seorang kanibal- makan daging manusia- tetapi setiapkali ada wartawan bertanyakan perkara itu,Amin akan menjawab: "Cubalah sendiri...".Menurut laporan,peti sejuk di istananya sentiasa di penuhi daging,tulang dan kepala manusia.
7.IdiAmin membunuh salah seorang isterinya.Wanita malang itu dikerat-kerat,kemudian dia mengarahkan doktor mencantumkan mayat itu semula. "Supaya dapat anak-anak melihat mayat ibu mereka." katanya.
8.Dia pernah mengahwini lima wanita sekaligus. Daripada semua perkahwinan itu serta skandalnya dengan ramai wanita,termasuk seorang wanita kulit putih,IdiAmin dikurniakan 34 orang anak-halal dan haram!
9.Pada suatu majlis harijadinya,Amin menjemput rakan-rakan,terdiri daripada pengawai tinggi tentera dan polis kemajlis makan malam bersama keluarga di istana. Ditengah-tengah hidangan, dia meletakkan kepala manusia yang dihias indah seperti menu utama.
10.Menurut Duta Uganda ke Amerika ketika itu, Dr Solomon Asea,Idi Amin sepatutnya jadi pesakit dan tinggal dihospital, bukannya menjadi Presiden. "Amin tak siuman...kalau tak, takkan dia bermain gitar dan melalak-lalak menyanyi selepas membunuh."
11.Media Barat mengejek Amin sebagai badut selepas beliau mengutus surat kepada Presiden Nixon ketika itu, Richard Nixon semasa heboh skandal Watergate: "Saya akan minta sendiri pertolongan Tuhan untuk selesaikan masalah anda," tulisnya.
12.Idi Amin mengelar dirinya raja seluruh makhluk didarat dan hidupan dilaut. "Sayajuga adalah penakluk sebenar Empayar British" katanya pada suatu perhimpunan rasmi.
13.Selepas setahun menjadi presiden,Idi Amin mengusir lebih 50,000 bangsa India dari Uganda selepas cintanya ditolak seorang gadis India yang menetap diKampala.Akibatnya ekonomi negara itu tunggang-langgang kerana selama ini orang Indialah yang memacu ekonomi Uganda.
14.Dia pernah melompat kedalam kolam renang dengan pakaian field marshall semasa menghadiri suatu majlis diplomatik kerana terlalu gembira.
15.Idi Amin gemar memakai terlalu banyak pingat pada bajunya sehingga dia kelihatan susah untuk bergerak. Pernah sekali bajunya koyak kerana terlalu berat dengan pingat yang entah dari mana dikutipnya.
16.Tidak ramai yang tahu,Idi Amin sebenarnya buta huruf dan tidak tahu langsung berbahasa Inggeris.Kerana itulah,dia mengambil masa yang panjang untuk menandatangani sesuatu dokumen.
Idi Amin menulis surat rasmi mengajak Presiden Tanzania,Julius Nyerere bertinju, semasa hubungan kedua-dua negara retak."Jika awak setuju saya akan ikat sebelah tangan saya kebelakang" antara yang ditulisnya. Bagaimanapun Nyerere tidak melayan hasrat Idi Amin itu.
Kejatuhan kerajaan pimpinan Idi Amin adalah kerana para balacinya yang terdiri daripada rakan dan kroni yang suka mengampu. Kebanyakan mereka pula adalah sepertinya- buta huruf!.
Akhirnya Idi Amin diusir dan menjadi pelarian di negara orang. Dia meninggal dalam buangan di Jeddah.
Idi Amin cukup seronok melihat orang lain takutkannya apatah lagi jika orang itu berkulit putih. Sekumpulan wartawan berkulit putih di paksa mengangkat sumpah taat setia sebelum dibenar membuat laporan.
SEMAKIN KURUS & WAJAH SEDIH FASHA SANDHA JADI PERHATIAN?
Semalam pelakon hebat Fasha Sandha telah memuat turun gambar dia bersama Ozlynn iaitu isteri kepada pelawak terkenal Johan.
Namun ramai di kalangan peminat yang memberi komen bahawa pelakon kesayangan mereka ini kelihatan semakin kurus dan wajahnya kelihatan sedih.
Ramai yang beranggapan ini mungkin disebabkan oleh kisah rumah tangganya yang dikatakan sedang bergolak.
Jumaat lalu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Fasha yang dibina bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, 39 atau lebih dikenali sebagai Jejai.
Turut dikaitkan adalah bekas isteri Jejai iaitu Nora Danish.
Fasha & Jejai berkahwin pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua orang anak.
Fuhh!! Publisiti Murahan Juara ‘Kejohanan Model P@yudara’ Dikecam
MEDIA China dikecam kerana terlalu meraikan pemenang bagi “Kejohanan Model P@yudara” yang dianjurkan buat kali pertama di negara itu bulan lalu, di wilayah Hubei.
Liputan diberi menunjukkan seolah-olah pemenang kejohanan itu menjadi idola masyarakat, walaupun hakikatnya pertandingan sedemikian sangat tidak senonoh.
Antara yang disiarkan, satu set gambar menunjukkan Jiang mendapat perhatian peminat di sebuah pameran kereta di wilayah Jiangsu.
Gadis dari Nanjing itu memenangi pertandingan yang diadakan pada 25 Oktober di bandar Xiangyang dengan ukuran dada saiz 34F.
Sejak diumumkan sebagai pemenang kebangsaan model p@yudara, Jiang telah mendapat banyak peluang menjadi model.
Gojes!!! 5 Artis Wanita Indonesia Yang Dilaporkan Gemar Bermasturbasi
Berbeza dengan artis di Malaysia, kebanyakkan artis di negara seberang, Indonesia bersikap liberal dan lebih terbuka. Mengikut laporan portal hiburan Indonesia, sebanyak 5 orang artis wanita mereka yang dilaporkan gemar bermasturbasi.
Sikap terbuka artis-artis Indonesia ini untuk berkongi pengalaman 'di dalam kelambu' mereka dengan peminat-peminat mereka semestinya mendapat pelbagai reaksi negatif dan positif bergantung kepada dari sudut mana anda menilai perkara ini.
Berikut adalah artis yang tanpa segan silu berani menceritakan dengan teliti beberapa buah episod pengalaman dan fantasi mereka kepada umum.
Julia Perez
Ririn Setyarini
Dewi Persik
Tessa Mariska
Shinta clair
Terbaik!! 11 Fakta Ringkas Kekalahan Bruce Lee dengan Silat Gayong
Terlalu banyak cerita tentang punca kematian Bruce Lee di internet. Kalau fakta itu diperolehi dari Nusantara, ceritanya akan berkisar kekalahan Bruce Lee dengan Silat Gayong, tetapi jika fakta itu dari benua selain Nusantara dan Asia, ianya lebih kepada fakta tentang Bruce Lee dibunuh oleh isterinya sendiri. Ada juga yang mengatakan kerana Bruce Lee telah mengambil dadah secara berlebihan dan juga kerana sakit yang beliau alami kerana latihan fizikal yang berat serta berterusan.
Almarhum Dato Meor Abdul Rahman, Bruce Lee dan Dicky Dzulkarnaen.
Namun artikel saya kali ini akan lebih menjurus kepada fakta yang diperolehi dari versi-versi Nusantara yang disampaikan kebanyakkannya dari ahli pesilat Gayong sendiri. Walaupun ianya mempunyai banyak versi namun jalan ceritanya tetap sama. Fakta ini tidak mempunyai sebarang pembuktian secara rasmi tetapi ianya tetap segar di setiap ingatan ahli gayong sedunia.
1. Bruce Lee bukan mati disebabkan Dicky Dzulkarnaen (pelakon Indonesia) tetapi disebabkan MahaguruAlmarhum Dato Meor Abdul Rahman (ADMAR).
2. Tahun 1973 Bruce Lee menemui Dato Meor Abdul Rahman untuk mengajak anak gayong berlakon di dalam filem terbarunya. Dato Meor Abdul Rahman menolak kerana semestinya gayong akan ditewaskan oleh kungfu (Jeet Kune Do) di dalam filem tersebut dan ini boleh menjatuhkan nama baik dan maruah gayong.
3. Tapi Bruce Lee agak angkuh kerana ingin melihat gaya dan langkah gayong dari Dato Meor Abdul Rahman. Beliau tolak pelawaan Bruce Lee sebanyak 2 kali, kali ke-3 dipelawa Dato Meor Abdul Rahman terus terima tetapi bersyarat iaitu mestilah dilakukan di tempat yang tertutup. (Dah macam dalam Movie Ip Man)
Dato' Meor Abdul Rahman.
4. Bruce Lee banyak gunakan kaki semasa membuat serangan ke atas Dato Meor Abdul Rahman namun dengan mudah dielak. Dato Meor Abdul Rahman membuat satu pukulan iaitu ‘kipas senandung dalam senandung’ di rusuk Bruce Lee. Pukulan itu menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur.
5. Dato Meor Abdul Rahman memberikan Bruce Lee air penawar yang dibacakan doa untuk merawat kesan pukulan tersebut.
6. Selepas pulih dalam beberapa tempoh, Bruce Lee berhasrat untuk mencuba kehebatan seni mempertahankan dirinya terhadap silat. Dia pergi ke Indonesia untuk mencari Dicky Dzulkarnaen yang dikhabarkan juga cukup handal dalam silat.
7. Berita kekalahan Bruce Lee memang sudah diketahui oleh ramai mahuguru pertahankan diri termasuk Dzulkarnaen sendiri.
8. Bruce Lee sekali lagi dikalahkan apabila Dicky Dzulkarnaen menumbuk tapak kaki Bruce Lee. Tetapi kali ini tiada sebarang air penawar diberikan.
9. Dipercayai, kesan dari tumbukan itu menjadikan Bruce bertambah parah ditambah dengan kesan pukulan oleh Dato Meor Abdul Rahman sebelum ini.
Fakta Ringkas Kekalahan Bruce Lee dengan Silat Gayong2
10. Menurut anak muridnya (Daniel Inosanto) yang juga menyambung legasi Bruce Lee dalam mengajar Jeet Kune Do, Bruce Lee dilihat banyak membaca tentang ilmu Pencak Silat sebelum kematiannya.
11. Daniel Inosanto juga telah memasukkan seni silat dalam seni mempertahankan diri untuk diajarkan kepada anak muridnya.
Daniel Inosanto
Semua cerita tentang kekalahan ini tidak disebarluaskan kepada dunia kerana ingin menjaga nama baik Bruce Lee dan demi menjaga keharmonian antara pengamal seni mempertahankan diri seluruh dunia. Bagi saya sendiri, setiap seni mempertahankan diri mempunyai kelebihan masing-masing. Tidak perlu menunjukkan siapa kuat siapa lemah.
Saya juga melihat, sesetengah pengamal persilatan tidak mahu perkara ini dihebahkan kerana dalam diri mereka itu tidak mahu timbul sebarang sifat angkuh.
Iklan 'Terlajak Luc@h' D'H3rbs Dikecam?
KUALA LUMPUR: Sebuah video iklan produk kecantikan terkenal, D’Herbs mencetuskan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial apabila ia didakwa mempunyai unsur luc@h dan menghina golongan wanita.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook, Muah Setapak.com pada 4 Disember lalu, ia memaparkan kehidupan seorang suami yang seolah ‘tidak berpuas-hati’ dengan bentuk badan yang dimiliki oleh isterinya.
Video berdurasi 2 minit 40 saat itu menunjukkan seorang lelaki mengimpikan isterinya memiliki “payudara idaman”, selain turut menunjukkan lelaki terbabit sedang berhalusinasi.
Lebih mengejutkan, dalam rakaman tersebut ia turut mengambarkan isteri lelaki terbabit yang dilakonkan anak pelakon terkenal Normah Damanhuri, Liana Rosli sebagai ‘sekeping papan’.
Bagaimanapun, wanita tersebut berjaya membuat transformasi selepas meminum produk “Payu-Up Collagen” D’Herbs yang didakwa oleh pengeluar produk tersebut sebagai mampu “menganjalkan, menegang dan menggebukan payudara”.
Ternyata, kesan menggunakan produk tersebut, lelaki terbabit terpukau dan naik ghairah dengan perubahan isterinya.
Rakaman tersebut mengundang kritikan dan kecaman dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan ia sebagai ‘iklan terlampau’.
Menyedari video tersebut menerima reaksi negatif, pengasas syarikat D’Herbs Healthy Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri yang terkenal dengan ‘tagline’, “Terlajak Laris” tampil mendakwa bahawa video tersebut sebagai salah satu penyertaan daripada peserta bagi sebuah pertandingan parodi.
"Kepada yang join contest parodi/iklan Dherbs, saya mohon jaga sensitiviti masyarakat. Saya mewakili peserta yang terlibat memohon maaf," kata beliau di laman Instagram peribadinya,@aliffsyukriterlajaklaris, baru-baru ini.
Sementara itu, Liana Rosli pula menyatakan video tersebut dihasilkan bagi tujuan mempopularkan produk terbabit selepas menerima bayaran sebanyak RM400.
“Memang saya tahu, kita ‘shoot' untuk produk itu. Tapi saya tak jangka akan jadi viral macam sekarang. Buat masa ini, saya tak nak komen lebih, sebab tak nak ada mana-mana pihak sensitif lagi tentang isu ini,” ujarnya seperti dilapor ProjekMMO.
Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih 692,691 kali dan mendapat perkongsian lebih 6,000 pengguna Facebook.




















