Penduduk Kampung Hulu Batang Melaka percaya, dua harimau yang pernah menggemparkan kampung itu baru-baru ini, masih berada dalam kawasan hutan berdekatan.
Sidang Kampung Batang Melaka, Shariff Suboh berkata, kewujudan harimau di kampung itu dikuatkan lagi dengan kelibat dipercayai harimau dalam gambar seorang penduduk ketika berada di Jeram Kampung Hulu.
Menurutnya, individu bernama Norazlan Abd Ghani, 35, itu sedang berkelah bersama keluarganya sebelum seorang ahli keluarga merakam gambarnya yang duduk di atas batu berlatarbelakangkan hutan simpan Batang Melaka.
“Kita terkejut bila melihat gambar itu, di belakangnya dipercayai harimau dan kawasan itu merupakan kawasan air terjun dalam kampung tersebut.
“Sebab itu kita percaya dua ekor harimau itu masih berada dalam kawasan kampung ini,” katanya semalam.
Jelas Sharif, biarpun Jabatan Perhilitan Melaka telah memasang perangkap harimau sejak 2 Disember lalu, belum ada sebarang tanda mengenai harimau itu.
“Penduduk berharap pihak berkenan dapat terus memasang perangkap terbabit sehingga haiwan itu berjaya ditangkap,” katanya.
Menurutnya, pihaknya meminta penduduk kampung mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak merayau di kawasan tapak kaki harimau ditemui sebelum ini.
“Saya harap penduduk bersabar dan percaya dengan adanya kerjasama Jabatan Perhilitan Melaka, masalah ancaman harimau di kampung ini dapat diatasi tidak lama lagi,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini menyiarkan lebih 250 penduduk Kampung Hulu Batang Melaka, hidup dalam ketakutan sejak hampir sebulan lalu setelah digemparkan penemuan beberapa tapak kaki haiwan dipercayai harimau berdekatan kampung mereka.
Tuesday, December 8, 2015
Baca! Ini 7 Perangai Pelancong China Yang Tidak Disenangi
KEHADIRAN pelancong di mana-mana negara biasanya akan membuatkan orang tempatan berasakan negara mereka memiliki keunikan serta tarikan tersendiri berbanding negara lain.
Maka pelancong asing yang berkunjung lazimnya akan mendapat layanan istimewa dan sentiasa disenangi serta dialu-alukan kedatangan mereka oleh warga tempatan.
Walau bagaimanapun, kehadiran pelancong warga China di mana-mana negara pun nampak gayanya tidak begitu disenangi serta mengundang perasaan jengkel dalam kalangan pelancong negara lain mahu pun orang tempatan sendiri.
Mengapa mereka seolah-olah diboikot oleh semua orang? Apa kesalahan yang telah mereka lakukan? Dan kenapa kehadiran mereka tidak disenangi?
Berdasarkan beberapa sumber, di bawah ini merupakan 7 punca mengapa pelancong warga China tidak disenangi dan kurang digemari di seluruh dunia:
1. Tidak tahu bersabar / Tidak bertoleransi
Jelas perangai pelancong warga China yang tidak tahu bersabar mahupun tidak faham erti toleransi ini menjadi faktor utama mengapa mereka dibenci. Hal ini dapat dibuktikan melalui beberapa isu berkaitan yang pernah ditimbulkan.
Semalam berita mengenai pelancong China yang membuat kecoh di sebuah lapangan terbang di Bangkok telah mendapat perhatian netizen. Jelas sikap toleransi mereka sangat lemah rentetan isu penerbangan yang mereka naiki terpaksa digendalakan sementara.
Selain itu, video yang dimuat naik oleh seorang wanita Thailand yang menunjukkan sikap pelancong China yang tidak tahu beratur juga pernah viral sebelum ini.
2. Tidak bertamadun!
Pelancong dari China juga dikecam kerana sikap mereka yang keterlaluan serta tidak bertamadun ketika melancong.
Isu ini boleh dikaitkan dengan insiden seorang lelaki warga China yang pernah menjadi bualan media tempatan dan luar negara kerana bertindak tidak sopan selepas meramas buah dada patung bogel yang menjadi tugu di kawasan pelancongan popular di Huaqing Pool di bandar Xi’an.
Seorang lelaki warga China berkelakuan tidak senonoh ketika melancong.
3. Tidak bertimbang rasa.
Segelintir pelancong dari China jelas memiliki duit untuk melakukan apa sahaja tapi apa yang menyedihkan mereka tidak mempunyai etika serta tidak bertimbang rasa kepada orang di sekeliling.
Menurut sumber, mereka langsung tidak mempedulikan perasaan orang lain dan merasakan mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka suka.
4. Bersikap oportunistik.
Mereka juga dikatakan tidak akan melepaskan peluang yang ada. Boleh dikaitkan dengan sikap tidak bertimbang rasa. Pelancong dari China ini tidak akan bertolak-ansur walaupun terhadap orang yang lebih tua.
5. Pentingkan diri sendiri.
Sifat pentingkan diri sendiri ini sememangnya dibenci oleh masyarakat. Ia merupakan sisi buruk yang ada dalam diri seseorang individu
Ini juga merupakan faktor yang mendorong kepada kenapa pelancong dari China ini diboikot oleh seluruh masyarakat dunia.
6. Suka melakukan vandalisme serta merosakkan pemandangan.
Tabiat kebudak-budakan seperti menconteng nama sendiri di mana-mana dinding atau sesuatu tempat pelancongan untuk menunjukkan mereka pernah hadir dan datang di situ juga adalah satu daripada punca kenapa warga China ini dikutuk!
Baca! Ini 7 Perangai Pelancong China Yang Tidak Disenangi
Rasanya tidak perlu meletakkan simbol atau tanda seperti ‘Lin Quai was here’ dan sebagainya. Tiada siapa peduli dan tiada siapa yang mahu ambil tahu, ia hanya merosakkan pandangan serta kualiti benda yang menjadi tarikan kepada pelancong lain.
7. Pengotor!
Sikap yang terakhir ini merupakan sikap yang paling jelas ditunjukkan oleh segelintir pelancong China ketika melancong. Pengotor dan tidak tahu menjaga kebersihan! Isu seperti ini telah banyak berlegar di media sosial serta menjadi bualan hangat mana-mana media.
Sebagai contoh, isu terbaru yang pernah dilaporkan, seorang wanita dikatakan dengan sengaja telah membiarkan anaknya membuang air di tempat penyimpanan makanan di dalam sebuah pesawat. Baca cerita penuh di sini.
Wanita biarkan anaknya membuang air di tempat penyimpanan makanan dalam sebuah pesawat.
Kesimpulannya, pelancong warga China sememangnya perlu berubah dari segi sikap mereka yang menjengkelkan orang ramai ketika melancong bagi membersihkan kembali nama negara mereka.
Jika tidak, selama-lamanya mereka akan dikecam serta diboikot oleh seluruh masyarakat di dunia ini gara-gara sisi buruk yang ditunjukkan mereka itu.
– MYNEWSHUB.CC
Hati2 Kepada Wanita!!! Lelaki Bangladesh Penghantar Gas Cuba Ajak Surirumah Buat Hubungan S3ks
Para wanita suri rumah diminta lebih berhati-hati apabila memesan apa-apa yang memerlukan orang lain menghantar barangan yang dibeli ke rumah kerana ia membuka ruang kepada orang tidak diingini melakukan jenayah.
Seorang wanita berkongsi kejadian, penghantar tong gas dari Bangladesh cuba meminta untuk mengadakan hubungan terlarang sebelum ditolak oleh wanita berkenaan dan menghalau lelaki berkenaan keluar.
Wanita itu berkata, lelaki itu cuba melengahkan masa untuk keluar dari rumah berkenaan dengan meminta kebenaran memakai tandas dan juga meminta air untuk diminum.
“Ada air ka saya mahu minum,” kata Bangla.
“Rumah saya tak ada air, habis, tak masak air lagi,” jawab wanita berkenaan.
Sepanjang kejadian, wanita itu berdiri berhampiran pintu rumahnya kerana sudah berasa kurang selesa dan curiga dengan tindakan lelaki Bangladesh itu.
Lelaki itu kemudian cuba mengajak wanita itu untuk bersama-sama lakukan perbuatan sumbang.
“Saya punya perempuan sudah lari, boleh saya try u satu kali saja,” kata Bangla itu sambil mata dan jari dia menunjukkan ke bahagian bawah wanita itu.
Wanita itu kemudian memberi amaran akan membuat laporan polis kerana suaminya merupakan seorang anggota polis yang berkhidmat di Balai Polis Bandar Baru Bangi.
Barulah lelaki Bangla itu keluar dari rumah sebelum wanita itu bertindak mengunci pintu rumahnya.
Lelaki itu cuba menggunakan alasan bahawa kekasih atau isterinya sudah lari meninggalkannya untuk cuba merogolnya tetapi wanita itu bertindak pantas dan garang bagi menakutkan lelaki itu.
Video Terlampau Anak Artis Promote Ubat Ketat Mencengkam Tersebar?
Anak artis ini memang seksi.Kalau dilihat pada instagramnya dah tak macam orang melayu.Dia juga gigih promosi jamu ubat kuat mencengkam untuk kaum wanita.Namun dilihat ada beberapa video yang kurang sesuai dengan budaya kita.Apapun itu hak dia la nak buat apapun.Semoga Liana terus maju dengan bisnesnya.
Pesawat Tersadai Milik Siapa? Malaysia Airports Minta Pemilik Ambil Balik Atau Dijual?
Biasanya pemilik kereta yang tidak mampu membayar ansuran bulanan sahaja membiarkan kereta mereka tersorok dan tersadai, pemilik kapal terbang pun ada yang buat sampai begitu.
Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terdapat tiga buah pesawat jenis Boeing 747-200F tersadai di ruang parkir pesawat di lapangan terbang itu.
Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASB) di Sepang semalam telah mengeluarkan notis untuk pemilik berkenaan menuntut semula pesawat mereka sebelum tindakan diambil.
Menurut notis itu, pemilik pesawat itu gagal menjelaskan bayaran caj yang dikenakan terhadap mereka.
“Jika anda gagal untuk mengambil semula pesawat ini dalam tempoh 14 hari notis dikeluarkan, pihak kami berhak untuk menjual atau melupuskan pesawat tersebut dibawah Akta Penerbangan Awam 1969.
Notis tuntutan yang dikeluarkan Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd.
“Wang tersebut akan digunakan untuk membayar caj dan hutang syarikat seperti dinyatakan dalam akta berkenaan,” demikian menurut notis dari MASB yang disiarkan media hari ini.
Tiga pesawat tersebut dari jenis Boeing 747-200F dengan dua daripadanya berwarna putih dengan nombor pendaftaran TF-ARN dan TF-ARH manakala sebuah lagi berwarna putih mati dengan nombor pendaftaran TF-ARM.
Ketiga-tiga pesawat itu masing-masing diletakkan di ruang parkir KLIA lot B61, B62 dan M3.
Jika anda menaiki pesawat untuk penerbangan, sebelum berlepas anda akan pasti dapat melihat ketiga-tiga pesawat berkenaan tersadai di lapangan terbang itu dalam keadaan sudah semakin usang.
Adakah tiga pesawat itu mampu untuk terbang juga amat meragukan kerana sudah tersadai di kawasan lapangan terbang itu untuk satu tempoh yang agak lama.
Nampaknya, pihak MASB mungkin terpaksa menjawab perkara ini kerana mustahil pemilik tiga pesawat besar jenis Boeing 747 sebegitu tidak dapat dikesan.
VIDEO TUNKU JALIL BOMOH TERBAIK DARI LADANG MEMANG LUCU BILA TENGOK ALMARHUM DALAM VIDEO INI
Maybe ramai tak kenal lagi dengan beliau, maka hari ini I olls nak perkenalkan seorang ahli kerabat diraja Johor, Y.A.M Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail.
Orangnya tinggi lampai, badan agak kurus, tapi muka beliau sangat komersial. Biasalah, family kerabat Johor memang segak segak belaka.
Kalau tak salah, sejak dahulu lagi, empayar kerajaan Johor yang hebat telah menjalinkan banyak hubungan diplomatik dengan kerajaan Belanda dan British untuk tujuan perlindungan, perdangan dan sebagainya. Dan disebabkan itu, ramai putera-putera Johor yang bernikah dengan puteri dan golongan bangsawan daripada dua kerajaan Barat ini.Sebab itulah lani cucu cicit depa semua hemsem memsem.
Tunku Jalil ialah adinda kepada Tunku Ismail Idris. Beliau ialah anakanda ke empat daripada 6 adik beradik kepada ayahandanya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dengan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia.
Monday, December 7, 2015
Gambar Yahaira Anak Lisa Surihani Akhirnya Didedahkan..
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Kami amat bersyukur atas kehadiran Yahaira dalam hidup kami. Tidak pernah ada niat di hati untuk 'sorokkan anak' seperti didakwa sesetengah.
Cuma sebagai bapa, saya mahu anak saya membesar dengan cara paling normal dan sederhana. Anak yang dapat membesar seperti ibubapanya sendiri dulu dan kanak-kanak yang lain hari ini. Saya pos kan gambar kami sekeluarga kerana semalam hari bersejarah untuk kami dan hari yang penting buat Yahaira.
Dengan terbitnya gambar ini, insha Allah anak yang tidak berdosa ini tidak akan diberi pujian melampau mahupun dikeji. Janganlah juga ibunya terus dipersalahkan kiranya mahu anaknya membesar secara sederhana. Hidup sebagai selebriti tidak pernah di'pilih' oleh anak kami ini.
Untuk Yahaira, bila dah pandai baca & faham pos ni; Mummy & Daddy are doing this because we think it is best for you. We might not know it all but we are trying to bring you up like how your grandparents raised us. Jadilah seorang yang bertanggungjawab, seorang yang berguna kepada masyarakat dan hamba yang selalu di sisi Allah. Amin 12min

















