Monday, April 13, 2015

Air M@ni Dan Embrio Lembu Dicuri

Le Roy (Amerika Syarikat) – Air m@ni dan embrio lembu berharga AS$70,000 (RM257,000) dicuri dari sebuah ladang ternak di Minnesota, kelmarin. Pemilik ladang Daniel Weness berkata, dia mengambil air mani dan embrio itu dari lembu yang diternaknya. Bekas untuk menyimpan air m@ni dan embrio itu saja bernilai AS$500 (RM1,800). “Memang ada pasaran untuk air m@ni dan embrio itu. Ramai penternak membelinya daripada Weness kerana mereka tidak perlu mengangkut lembu betina masing-masing untuk dikawankan dengan lembunya. “Mereka perlu membelinya dan melakukan permanian beradas terhadap lembu mereka,” kata syerif Mower County Mark May. Dia percaya pencuri terbabit menjual air m@ni dan embrio itu kepada penternak lain. “Ramai orang bersedia membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkannya,” kata May. Wennes memiliki 80 lembu di ladangnya dan setakat ini, dia tidak dapat mengesyaki pencuri berkenaan. – Agensi

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.