Monday, April 20, 2015

MALUNYE!! Dihukum Orang Ramai Mengelilingi Pasar Raya

MELAKA - Padah cabul kehormatan seorang pekerja premis perniagaan di Dataran Pahlawan, seorang lelaki muda dihukum orang ramai kelmarin. Dalam kejadian pada jam 12.10 tengah hari itu, lelaki berusia 20 tahun itu dipaksa mengelilingi kawasan itu sebagai balasan selepas ditahan orang ramai kerana mencabul dan mencium pipi serta bibir seorang gadis berusia 18 tahun. Difahamkan, mangsa pada ketika itu berseorangan menjaga premis perniagaan di pusat beli-belah itu sebelum didatangi suspek yang menyamar sebagai pelanggan. Suspek berpura-pura melihat baju Melayu yang dijual kemudian terus memeluk, mencium pipi dan bibir mangsa sebelum melarikan diri. Mangsa bagaimanapun sempat menahan kaki suspek dan menjerit meminta tolong sebelum menyeretnya ke luar kedai. Orang ramai yang mendengar jeritan itu segera menangkap lelaki itu dan menghukumnya dengan menggantungkan kad tertera kesalahan dilakukan serta diarah berjalan di sekitar pusat beli-belah itu sebelum diserahkan kepada polis. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah. Suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.