Sunday, April 26, 2015

[Video] Bomoh “Bedah Batin”

Bomoh ‘bedah batin’ atau ghaib sebenarnya tak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu di sesetengah tempat tetapi pada hari ini, pengamal perubatan tradisional yang pandai mengubat guna kaedah ini semakin jarang didengar. Cuma berbekalkan ranting dan sirih ‘pembedahan’ dilakukan dan apa yang paling menakjubkan, doktor istimewa dikenali sebagai Pak Teh ini melakukannya dalam masa singkat. Secara lahiriah tak nampak apa yang dilakukan Pak Teh melainkan pesakit mengeliat kesakitan ketika bahagian sakit ‘ditoreh’ tapi terpulanglah sama ada nak percaya atau tidak bahawa pengubatan sedang dijalankannya. Tak mengapa kalau ada yang tak percaya tapi apa yang pasti, ramai pesakit menunggu giliran untuk mendapatkan khidmat Pak Teh setiap hari. Daripada rakaman di bawah, dapat dilihat ada yang datang bawa tongkat tapi lepas berubat dah lupa tongkat masa nak balik.. ada tu pulak siap dipesan Pak Teh supaya segera dilumur air pinang sebab bahagian dada tengah ‘berdarah’ sampai habis lencun bajunya. Untuk faham apa yang kami maksudkan, sila tonton video di bawah

1 comment:

  1. Assalamualaikum. saya mencari perawat di sekitar Kelantan.sebelum ini ada teranmbil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.

    Ini email saya : tubuhsatu@gmail.com

    ReplyDelete

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.