Tuesday, April 21, 2015

SubhanAllah!!! Hujan Lumpur Dan Langit Berwarna Merah Seperti Darah Di China

Fenomena alam misteri baru-baru ini berlaku di China. Penduduk di bandar China terkejut dan takut kerana hujan lumpur dan langit bercahaya seakan-akan darah berwarna merah nampak jelas di langit. Ramai daripada mereka mengkaitkan kejadian tersebut dengan tanda akhir zaman. Kejadian dahsyat yang berlaku pada pukul 2 petang hari Rabu (15/4) di Aershan City, Inner Mongolia.
Penduduk di bandar utara Aershan takut kerana akhirnya merasakan sudah hampir tiba kiamat apabila langit dibuka dan titisan air hujan jatuh dari langit seakan-akan lumpur.
Hujan Lumpur yang berlangsung hampir satu jam sebelum langit akhirnya kembali cerah. Tiada siapa yang tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Pihak berkuasa tempatan masih berdiam diri dan tidak mempunyai penjelasan mengenai hujan yang berwarna gelap seperti lumpur. Walau bagaimanapun, beberapa gambar fenomena misteri di Internet dan menimbulkan spekulasi yang dikaitkan dengan hari kiamat.
Ramai penduduk bimbang hujan lumpur boleh menyebabkan kesan yang serius terhadap kesihatan. Kebanyakan dari mereka persamaan kejadian ribut pasir yang menyerang Beijing pada hari yang sama.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.