Friday, October 9, 2015

Inilah Padah Memakai Seluar Ketat sgt!!

Pemakaian seluar ketat sering dianggap mengikut trend. Malah ada juga individu yang gemar memakai seluar ketat kerana ingin kelihatan lebih tinggi dan langsing. Adakah anda salah seorang penggemar fesyen seluar ketat? Nampak seksi tetapi sebenarnya pemakaian seluar ketat secara kerap boleh menjejaskan kesihatan.
Kajian telah menunjukkan bahawa individu yang gemar memakai seluar ketat berisiko terkena penyakit saraf yang kronik. Penyakit saraf ini dikenali sebagai Meralga Paresthica iaitu sejenis penyakit yang merosakkan saraf. Pesakit yang terkena penyakit saraf ini akan kerap merasa kebas dan sakit di bahagian kaki terutamanya di bahagian peha. Pemakaian seluar ketat juga boleh menyebabkan Kanser Melanoma, iaitu sejenis kanser kulit yang amat berbahaya. Tanda-tanda awal kanser itu adalah pembentukan tanda hitam pada bahagian kulit.
Kerap memakai seluar ketat juga boleh mengakibatkan penyakit Endometriosis di kalangan wanita. Endometriosis adalah sejenis penyakit yang menyebabkan gangguan kesuburan dan membahayakan rahim wanita. Padanan seluar ketat dengan kasut tumit tinggi secara kerap dan untuk tempoh yang lama akan merosakkan postur badan. Akibat tekanan, postur badan akan menjadi senget sebelah.
Kaum lelaki yang gemar memakai jeans ketat juga tidak terkecuali dari risiko terhadap kesihatan. Selain menggalakkan pembiakan kulat, lelaki yang gemar memakai seluar jean yang ketat juga berdepan dengan risiko kurang penghasilan sperma. Sebolehnya elakkan memakai seluar yang ketat. Anda bukan sahaja akan berasa tidak selesa tetapi ia juga menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar dari paras pinggang ke kaki. Jangan kerana terlalu ingin mengikut trend dan ingin kelihatan langsing, kesihatan anda pula yang terjejas.

1 comment:

  1. oo baru tahu pula padah pakai seluar ketat ni.. pasni kena nasihatkan orang rumah jangan pakai ketat-ketat

    ReplyDelete

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.