PUCHONG – Keengganan beberapa tukang urut membuka pintu bilik di sebuah pusat urutan di Bandar Puteri di sini, membongkar kegiatan tidak bermoral dijalankan di premis terbabit.
Hasil serbuan dijalankan, tukang urut didapati dalam keadaan berbogel bersama pelanggan di atas tilam nipis di bilik tersebut.
Ketika serbuan kira-kira jam 12.05 pagi tadi, tukang urut terbabit pada mulanya enggan membuka pintu dan berdiam diri dalam bilik urutan.
Anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor kemudian terpaksa memecahkan pintu apabila arahan tidak diikuti.
MKL Crimedesk | Imigresen Putrajaya Cekup Tukang Urut Bog3l
Thursday, October 8, 2015
Malunya!!! Peninju MMA Terberak Masa Bertarung
SEORANG peninju Mixed Martial Arts (MMA) menempuh detik paling memalukan yang sukar dibayangkan boleh berlaku pada seorang manusia bertubuh gagah sepertinya.. terberak di khalayak ramai!
Kejadian memalukan ini dirakam ketika dua peninju sedang bertarung dalam acara ‘Ruckus in the Cage’ di West Virginia, AS.
Peninju kategori Heavyweight Daniel Cooper dan Travis Woolford sedang bergumpal apabila Cooper berjaya ‘mengunci’ Woolford.
Malangnya tekanan yang diterima mungkin tak dapat diterima dengan baik oleh tubuh Woolford hinggakan dia mula melepaskan hajat dalam gelanggang, pada waktu itu juga.
Perkara ini diketahui semua orang apabila Woolford bangkit berjalan lalu najisnya bertaburan.
Akibatnya pertarungan terpaksa dihentikan untuk kerja pembersihan gelanggang.
Promoter acara berpengalaman Chris Smith memberi komen, “Semua orang bercakap tentangnya sampai sekarang. Saya tak pernah tengok perkara sejijik selama bertahun-tahun terlibat dalam karier ini.”
Apapun tak payahlah pelik sangat sebab bak kata orang tua-tua… shit happens!
Suami Curang Dengan ‘Maid’ , Bini Dipenjarakan!!!
Seorang isteri bakal berdepan hukuman penjara satu tahun atau denda sebanyak SR50,000 (RM56,991) selepas bertindak membongkar kecurangan suaminya menerusi video yang dirakamnya.
Memetik laporan Standard Digital, isteri tersebut yang merupakan seorang wanita Arab yang tidak didedahkan identitinya itu dikatakan merakam video menggunakan telefon bimbit yang menunjukkan suaminya menggoda, mencium dan memeluk pembantu rumah mereka dalam kejadian di Gulf Kingdom, di sini.
Wanita tersebut memuat naik rakaman tersebut ke laman sosialnya dengan menulis kapsyen;
Hukuman minimum kepada suami kerana dia mempunyai skandal
Rakaman tersebut nyata menarik perhatian ramai pengguna media sosial di negara tersebut yang rata-rata menyokong tindakan wanita terbabit sambil menyifatkan ia mampu memberi pengajaran kepada suaminya yang curang.
Bagaimanapun, seorang peguam Arab terkenal, Majid Qaroob berkata, wanita itu boleh dikenakan hukuman penjara atas tuduhan memfitnah suaminya dengan merakam video tersebut.
“Dia berdepan hukuman sehingga satu tahun penjara atau denda sebanyak SR500,000 (RM56,991) kerana memfitnah suaminya mengikut undang-undang jenayah teknologi maklumat.
“Undang-undang ini termasuk hukuman tegas kepada sesiapa sahaja yang menggunakan telefon bimbit dengan kamera atau peranti lain untuk merakam gambar individu lain serta memfitnah mereka, kata Majid.
Wednesday, October 7, 2015
Robot Ini Jadi Pemuas Nafsu Laki Rakyat China?
Ni kalo bab2 gedik ni mesti ramai nak tengok
Kalo yang gedik tu mohon beli seorang satu…
Memiliki ketinggian 5.5 kaki, robot yang menggunakan kulit silikon halus dan otot serta kaki yang dapat dikendalikan dari jauh untuk bergerak-gerak seperti dalam gerakan yang sebenar.
Pameran Budaya S3ks yang diadakan di Xian, ibu kota China barat Wilayah Shaanxi ini diserbu orang ramai yang ingin melihat dua rangka model menggoyang-goyangkan badan mereka di pameran tersebut.
Patung robot yang bernilai 3,000 Pound (RM14841.00) boleh diselaraskan dan di programkan mengikut kemahuan pemiliknya serta turut diprogramkan untuk berkomunikasi dalam bahasa yang berbeza.
Ciri-ciri wajah, rambut dan saiz payudara dapat diubahsuai oleh pelanggan yang menempah robot tersebut agar mengikut keinginan mereka.
Robot s3ks ini dicipta untuk mereka yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk pergi keluar dan bertemu dengan perempuan.
Di Usia 48 Tahun, Pamela Teruja Untuk Berbog3l Lagi Di Usia 48 Tahun, Pamela Teruja Untuk Berbog3l Lagi
PELAKON s3ksi siri Baywatch, Pamela Anderson sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila tampil berbog3l dalam sebuah majalah, Flaunt.
Di kala usianya yang kini mencecah 48 tahun, Pamela menunjukkan bentuk badannya yang masih lagi bergetah seperti di zaman kegemilangannya dulu.
Laman Utama Utama & Sensasi Di Usia 48 Tahun, Pamela Teruja Untuk Berbog3l Lagi Di Usia 48 Tahun, Pamela Teruja Untuk Berbog3l Lagi
Foto Pamela yang digelar simbol s3ks Hollywood itu diambil oleh jurufoto profesional, David LaChapelle untuk edisi terbaharu majalah terbabit.
Dalam foto yang dirakam itu, Pamela yang juga merupakan bekas model Playb0y hanya menggayakan sebuah kasut boot tumit tinggi berwarna kuning dan badannya diilitupi dengan bahan glitter.
“Abg tak putus dengan Ratna, abg berkahwin dengan Ratna…” – Suami Curang
LEMAH lesu di perbaringan, saya memandang kosong ke dinding wad. Telefon bimbit kejap di tangan. Saya masih berkira-kira sama ada hendak menelefon suami atau tidak. Sudah beberapa jam saya dimasukkan ke wad bersalin ini, bayi ketiga hasil perkahwinan 10 tahun lalu, belum diazankan.
ALLAHUAKBAR… kuatkan semangatku. Janganlah KAU izinkan suami ke mari bersama perempuan itu. Rintih saya sebelum menggagahkan diri mencari kekuatan untuk mendail nombor suami. Hanya mendail dengan jari, tetapi kekuatan yang diperlukan ibarat segunung bongkah batu. Demi cinta dan demi anak ini, saya hubungi juga si pemilik hati.
“Assalamualaikum abang. Tia dah bersalin. Wad bersalin tingkat 3. Datang sendiri ya.”
“Ok kejap lagi abang sampai.”
Satu jam, dua jam, tiga jam, siang membawa ke malam. Suami ditunggu tak kunjung tiba. Entah ke sekian kalinya, saya tenggelam dalam lamunan air mata. YA ALLAH, berat sungguh ujian ini.
Di saat saya berjuang antara hidup dan mati, suamilah orang yang paling saya tunggu-tunggu untuk memegang tangan ini, mengucup dahi ini dan memberikan seluruh kata semangat buat saya meneruskan perjuangan. Nyawa yang saya perjuangkan adalah nyawa bayinya, zuriatnya, benihnya!
Tapi kenapa… kenapa setelah saya melalui tempoh getir itu seorang diri pun, suami masih belum menjejakkan kaki melihat saya?
Siapakah saya padanya? Astaghfirullah… saya beristighfar. Sudah jam 3 pagi. Bayi saya menangis minta disusukan. Saya mengangkat tubuh si kecil dan membawa bibirnya menyentuh dada yang tidak berair. Sudah berkali-kali mencuba, dada saya membengkak tetapi susu tidak mahu keluar. Doktor kata, saya perlu memujuk emosi.
Bagaimana doktor? Sudah tiga hari saya di hospital sejak mengalami contraction. Namun sehingga hari ini, suami tidak datang menjenguk. Saya buntu, lemah, kalah. Saya tak mampu harungi semua ini lagi.
Suami datang menjenguk
Pagi itu, ada sesuatu yang hangat menyentuh tangan saya. Dek kerana banyak menangis, mata ini terasa berat untuk dibuka. Saya usaha perlahan-lahan. Pandangan yang berbalam-balam tidak menghalang untuk saya mengenal siapa di hadapan mata. Saya peluk dan saya cium cinta hati saya itu. Sepuluh tahun berumah tangga, masakan saya mampu membenci dia meski pun selalu melukakan?
Suami menguraikan pelukan. Saya senyum dengan air mata yang masih bersisa. Terlalu banyak yang ingin saya perkata. Banyak juga yang ingin saya tanya. Tidak tahu bagaimana hendak bermula, yang pasti momen itu seakan tidak mahu saya akhiri. Saya terharu. Saya peluk dan cium lagi wajah suami. Dia menyimpul senyum, menggenggam erat jemari saya sambil menggendong bayi kami.
“Abang dah azankan Adam. Doktor kata tunggu sehari lagi baru Tia boleh keluar wad. Jaga diri baik-baik ya.”
Adam? Nama yang cantik untuk bayi bertuah saya… Suami yang pilih. Saya akur segalanya…
“Abang pergi mana? Tia memandu ke hospital sendiri. Telefon abang tak dapat-dapat. Kan abang janji nak teman Tia bersalin? Dua anak kita abang tunggu, kenapa kali ini tak?” Terhambur juga persoalan yang membelenggu. Saya cuba menahan emosi. Saya tidak mahu kelihatan lemah sehingga boleh dipersendakan sewenang-wenangnya.
Suami hanya menunduk. Tiada jawapan untuk segala persoalan saya.
“Mas! Jangan lama. Udah telat.” Seseorang menjengah di daun pintu. Saya terkesima.
“Kenapa abang bawa dia ke sini? Kan Tia dah pesan supaya abang putus dengan dia? Abang nak Tia dan anak-anak atau nak dia? Jawab Tia abang!” Saya tak dapat mengawal marah. Sumpah dada saya ngilu bagai disiat-siat. Saya tarik baju suami. Marah saya sampai ke puncak. Saat itu saya rasa mahu berdiri dan menumbuk wajah Ratna tapi bilamana kaki bergerak, jahitan bersalin terasa koyak. Saya menjerit memegang ari-ari.
Suami kaget. Dia meletakkan Adam sebelum membantu saya membetulkan duduk. Akhirnya saya terpaksa menangis. Tiada sebarang kekuatan untuk saya waktu itu. Hanya air mata menghamburkan luluh hati.
“Abang minta maaf. Abang ingkar janji. Abang tak putus dengan Ratna, sebaliknya abang ke Medan, berkahwin dengan Ratna…”
Ya ALLAH… saya sembamkan muka ke dada suami. Akhirnya saya sedar, saya semakin tewas…
Dua minggu saya melalui tempoh berpantang tanpa suami di sisi. Dia di rumah bini barunya dan saya ditemani adik-beradik dan ibu yang tidak habis-habis mendesak untuk memohon penceraian. Merekalah yang menjaga saya berpantang.
Memang, sudah tiba masanya saya bertindak. Ini bukan kali kedua suami mengkhianati rumah tangga kami malah berpuluh-puluh kali dan ibu adalah orang yang paling lelah mendengar cerita yang saya pendam selama sepuluh tahun ini.
Melalui tempoh yang panjang sebagai seorang balu untuk membesarkan lima anak, ibu langsung tidak bersetuju cadangan adik-beradik agar saya bercerai, namun demi saat itu dia telah merelakan. Saya? Belum ada keputusan. Dalam hati selalu berdoa suami saya dikembalikan. Jika benar ini penganiayaan, saya mahu suami saya dikembalikan… dikembalikan…
Monday, October 5, 2015
Gambar Luc@h Ganti Bahan Berita – Oriental Daily News
Laman Facebook akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily News, telah digodam petang ini, dengan gambar lucah menggantikan bahan berita.
Menurut akhbar tersebut, akaun itu telah digodam pada kira-kira jam 1.45 petang ini.
“Kami sedang berkomunikasi dengan Facebook bagi mencari penyelesaiannya dan untuk menentukan sebab (digodam). Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.”
Ini adalah kali kedua laman Facebook akhbar tersebut menjadi sasaran. Akhir bulan lalu, sebahagiannya menjadi terhad untuk selama tiga hari.
Ketika diminta mengulas, Ketua Pengarang Eksekutif Oriental Daily News, Ding Lee Leong enggan membuat spekulasi tentang siapa kemungkinan penggodamnya.











