JOHOR BAHRU .. Seorang pemuda yang berusia 21 tahun hanya sempat sehari merasa nikmat pengantin baru. Mangsa di temui maut oleh pasangannya yang juga merupakan NENEK berusia 59 tahun pada keesokan hari selepas mereka di ijab kabulkan.
NENEK tersebut di temui masih berada dalam keadaan trauma. Beliau memberitahu, malam tersebut mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda malah seronok menikmati malam pertama. Menurut NENEK itu lagi selepas menyediakan sarapan untuk suaminya beliau mendapati suaminya masih terbaring dan sudah tidak bernyawa lagi dengan mulut berbuih.
Polis merasakan tiada unsur jenayah. Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut disebabkan terminum susu yang telah terlalu lama.... EXPIRED!!
Friday, September 4, 2015
GEMPAR!!! MAUT DI MALAM PERTAMA SELEPAS MENYENTUH ISTERI. PASANGAN BARU BERKAHWIN DI MINTA BERJAGA-JAGA!!!
Wajah Pengantin Perempuan Berubah Menyerupai Harimau?
PASIR MAS – Siapa sangka kerjaya sebagai mak andam yang bertanggungjawab mempersiapkan mempelai agar kelihatan cantik di hari persandingan turut mempunyai cabaran menggetarkan jiwa.
Apatah lagi pengalaman berdepan pengantin yang mempunyai saka harimau seperti pernah dilalui Norni Sahlawati Mustafa, 42.
Norni Sahlawati menceritakan, dia pernah melalui pengalaman agak mengerikan apabila melihat wajah pengantin perempuan yang disolekkan berubah menjadi seperti harimau.
Namun bagi ibu kepada tiga anak itu, ia merupakan asam garam yang perlu ditempuhi sebagai mak andam dan peristiwa itu tidak sedikit pun melemahkan semangatnya untuk meneruskan kariernya.
“Ketika sedang mengandam…tiba-tiba saya melihat wajah pengantin perempuan berubah menyerupai harimau. ALLAH SWT saja yang tahu bertapa takutnya saya ketika berdepan situasi itu.
“Mujurlah ketika itu saya tak mudah melatah dan mulut tidak henti-henti baca ayat al-Quran untuk memulihkan semangat selepas terkejut dengan peristiwa itu,” katanya menceritakan kembali pengalaman tersebut.
Menurutnya, sukar baginya mahu mengandam pengantin perempuan itu dalam keadaan sedemikian, namun kerja-kerja mengandam diteruskan dan terpaksa mengambil masa lebih dua jam.
Katanya, dia menguatkan semangat dan melaksanakan tugas mengandam sebaik mungkin bagi membolehkan majlis perkahwinan diteruskan dan setelah beberapa tahun berlalu, kejadian itu tetap segar dalam ingatannya.
“Cari rezeki dalam bidang andaman ni bukan semudah disangka. Seseorang mak andam perlu ada semangat yang kuat, banyak bersabar dan sentiasa meletakkan pelanggan sebagai nombor satu.
“Sudah hampir 12 tahun saya ceburi bidang ini dan alhamdulillah, berkat tunjuk ajar daripada ibu saudara sejak saya berusia 15 tahun, saya mampu bertahan dalam bidang andaman sehingga kini,” katanya.
Norni Sahlawati yang merupakan anak jati Tok Uban, di sini, kini memiliki sebuah kedai pengantin di jalan menghala Pasar Pasir Mas dan mempunyai 11 pekerja termasuk empat mak andam.
Minatnya dalam dunia andaman turut mendapat sokongan suami tercinta, Cik Ujang Omar dan Norni Sahlawati turut menawarkan pakej serendah RM1,000 mengikut kemampuan pengantin serta memiliki lebih 300 pasang pakaian untuk dipilih.
Doktor Bakar Janin Saya Yang Keguguran Lihat Kemudian Apa Yang Terjadi Pada Janin Tersebut Allahurabbi!!
Doktor Bakar Janin Keguguran Setelah Membuat Kajian|seorang wanita yang bakal menimang cahaya mata berdepan dengan cubaan dari pada Allah,apabila doktor mengesahkan bayi dalam kandungannya telah meninggal dunia,(keguguran) setelah 100 hari atau 3 bulan. dari situlah bermula satu cerita yang dikongsikan wanita bernama Aida Aleya Melalui akaun facebooknya untuk menjadi panduan kepada ibu-ibu yang mempunyai nasib yang sama agar mengambil pengajaran dari pengalaman beliau ini.
Pak Guard kurang ajar tendang dan acu cota pada pengemis?
Satu klip video yang memaparkan seorang pengawal keselamatan membelasah seorang wanita warga emas menjadi viral di internet. Klip video berdurasi 1 minit 32 saat itu menunjukkan pengawal keselamatan terbabit menendang wanita malang itu yang dilihat duduk di tepi kaki lima.
Klip video itu, menunjukkan lelaki berkenaan mengacu cota ke kepala wanita terbabit sambil mengancamnya sebelum beredar.
Tinjauan di ruangan komen mendapati, insiden berkenaan dikatakan berlaku di sebuah bank di Sandakan, Sabah. Sementara itu pengguna Facebook Juhan Junaidi berkata, wanita tua terbabit merupakan pengemis yang sering dilihat berada di kawasan berkenaan.
“Dia biasanya memaksa orang ramai memberikannya wang,” kata Juhan pada ruangan komen video terbabit.
Dalam video berkenaan, seorang lelaki dilihat menghampiri wanita itu selepas pengawal keselamatan meninggalkannya dan berbual ddengannya sebelum menghulurkan wang. Malah tindakan pengawal keselamatan berkenaan yang mengasari wanita itu menimbulkan kemarahan netizen.
Seorang lagi pengguna Facebook, AznIzam AzIz berkata, wanita berkenaan adalah pengemis dan sering berlegar di kawasan itu, tindakan pengawal keselamatan itu tidak wajar. “Beri sahaja sedekah kepadanya, bukan tendang macam itu.”
Video yang dimuat naik hari ini itu ditonton sebanyak 7,394 kali.
Elok Hantar Anak Melayu Dakwahkan Alvin Di US!!
Sikap dan perangai blogger seks, Alvin Tan jelas menjengkelkan dan menimbulkan kemarahan ramai orang akibat sikapnya yang amat suka mempersendakan Islam menerusi laman Facebooknya.
Jika kelmarin, menerusi beberapa laporan yang diterima mengatakan Alvin Tan menjadi sasaran Islamic State kerana sikapnya yang berterusan mempersendakan Islam, hari ini terdapat desakan untuk mentarbiahkan Alvin kembali kepangkal jalan.
Mungkin dalam hal ini, anak Melayu mungkin patut dihantar ke California untuk tujuan berkenaan. Jika difikirkan secara logik, penghantaran anak Melayu mungkin dapat merubah pandangan Alvin terhadap kehidupan Melayu dan Islam khasnya.
Mungkin dalam hal ini, peserta rancangan realiti Dai’ mungkin boleh membantu dalam usaha murni ini. Kita tidak mahu melihat kematian Alvin menjadi buah mulut pihak Amerika andai benar IS mahu mengambil tindakan keatasnya.
download (10)
Kita bimbang pihak Amerika akan menuduh Malaysia menaja IS untuk membunuh Alvin dan sekaligus mengundang campur tangan Amerika di Malaysia. Jadi cadangan untuk menghantar para peserta Dai’ yang terdiri dari ulama muda dan anak Melayu sendiri mungkin antara langkah yang bijak untuk menangani sikap biadab Alvin.
Panass!! Penerbit ajak artis berasmara dana di Hotel
SEORANG artis baru hendak mencipta nama mendedahkan perangai buruk seorang penerbit rancangan hiburan.
Menerusi ruangan gosip di Harian Metro, ceritanya bermula apabila artis berkenaan meminta bantuan daripada penerbit itu untuk memaparkan dirinya dalam program dikendalikan. Tambah pula sudah agak lama dia menghilang dan mahu membuat kemunculan semula.
Tapi kata artis itu, penerbit terbabit memberi alasan susah untuk memberikan tempat kepada artis terbabit dalam programnya kerana dia sudah tidak popular.
Perkara itu boleh dilakukan dengan syarat artis wanita muda dan montok itu mengikutnya ke hotel.
Tanggapan awal artis terbabit mungkin penerbit itu mengajaknya ke hotel kerana mahu mengadakan temubual, tetapi sangkaannya meleset apabila artis itu harus tidur dengannya sebelum temubual dibuat.
Bengangnya artis itu apabila penerbit rancangan hiburan itu membuat permintaan sedemikian. Dia tidak menyangka perkara itu berlaku kerana katanya, dia mengenali penerbit itu dan pernah beberapa kali berurusan tetapi tidak sangka dia melampaui batas.
Tuesday, September 1, 2015
Netizen Persoal Lelaki Tawaf Guna Hoverboard Ketika Tunaikan Haji?
Tindakan seorang lelaki yang berada Masjidil Haram, Mekah yang menunaikan tawaf menggunakan 2-Wheel Smart Electric Scooter nampaknya telah menerima pelbagai pandangan daripada netizens.
Tindakan lelaki berkenaan mula mendapat perhatian selepas ada jemaah telah merakam tindakan lelaki berkenaan dan dimuatnaik ke laman sosial di mana kebanyakkan mereka mempersoalkan adalah ibadah haji yang dilakukan lelaki berkenaan sah kerana tawaf mengelilingi Kaabah salah satu rukun haji.
Kebanyakkan mereka berpendapat jika lelaki berkenaan seorang yang sihat tubuh badan maka dia perlulah berjalan kaki untuk melakukan ibadah berkenaan.
“Jika dia mempunyai masalah kesihatan, dia sepatutnya menggunakan kerusi roda. Jika pihak berkuasa menutup mulut, maka kita mungkin mempunyai satu inovasi dan ciptaan baru untuk tawaf dan tidak lagi memiliki semangat tawaf itu sendiri,” lapor portal Al Marshad.
Seorang pengguna media sosial bernama Faisal Altolibi, “Penggunaan kenderaan dua roda ini tidak melambangkan sebarang pengorbanan kita dalam beribadat dan ia tidak sepatutnya di lakukan.”
Bagaimapun pihak berkuasa agama haruslah mengeluarkan panduan dan penerangan mengenai penggunaan teknologi moden ini sebagai panduan kepada umat Islam dalam mengejakan ibadah Haji kerana bimbang ia akan menjadi ikutan orang lain.













