Saturday, April 4, 2015

Al-Fatihah… Tan Sri Dr Jamaluddin Senyap-Senyap Bantu Panti Asuhan

Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis sebenarnya secara senyap-senyap tanpa sebarang publisiti media membantu sebuah Panti Asuhan di Pulau Nias, Sumatera, Indonesia. Perkara itu dimaklumkan oleh bekas wartawan Syahril A Kadir di laman Facebooknya malam ini. Menurut beliau, Allahyarham memberikan amanah kepadanya untuk menyampaikan wang zakat peribadi untuk anak-anak yatim mangsa gempa bumi yang pernah berlaku di pulau itu. “Saya ingin memberitahu, inilah rumah anak yatim di Pulau Nias, Sumatera Utara Indonesia yang dibantu Tan Sri Dr Jamaludddin ‘secara senyap-senyap’ sejak hampir 10 tahun lalu.
“Saya adalah orang yang akan dihubungi secara terus oleh Tan Sri untuk membawa sejumlah duit zakar peribadi beliau untuk anak-anak yatim mangsa gempa bumi ini terutama menjelang musim lebaran,” kata Syahril. Menurut beliau lagi, kali terakhir wang zakat peribadi Allahyarham dibawa ke rumah anak yatim itu ialah kira-kira empat bulan lepas. “Untuk pengetahuan semua, bukan ini sahaja sumbangannya malah banyak lagi terutama di dalam negara tetapi semua dibuat tanpa media dan publisiti,” katanya di laman Facebook. Daripada gambar yang dikongsikan Syahril ialah nama rumah anak yatim berkenaan iaitu Yayasan Panti Asuhan Yatim Piatu Al-Washliyah G. Sitoli. Turut dikongsikan ialah gambar beliau menyampaikan sendiri sumbangan berkenaan seperti diamanahkan.
Hari ini Dr Jamaluddin yang juga Pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), terkorban dalam satu nahas helikopter di Semenyih, Kajang petang tadi bersama lima penumpang yang lain. Turut terkorban, ialah Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias.
Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1951 merupakan bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Sewaktu menjadi menteri, Allahyarham merupakan antaranya yang memulakan program Angkasawan Negara sehingga membolehkan Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor menjadi rakyat Malaysia pertama menjejakkan kaki di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.