Friday, April 3, 2015

Wang Dalam Akaun Zamani Lesap, PA Tegur Peguam Zamani

Wang Dalam Akaun Zamani Lesap, PA Tegur Peguam Zamani | Pengurus peribadi kepada vokalis kumpulan Slam Zamani, Aalan Ahmad menyatakan dakwaan yang dibuat oleh peguam penyanyinya iaitu Ahmad Zaharil Muhaiyar melalui akaun Facebook peribadinya tiada berasas sama sekali. “Saya sudah bersama Zamani sejak 1994 dan dia tidak pernah cerita apa-apa kepada saya tentang kehilangan wang daripada akaun banknya. Persoalan di sini adakah benar kenyataan itu datang daripada mulut Zamani sendiri?,” katanya. Mnerusi status yang dimuatnaik Ahmad Zaharil, dia menyatakan Zamani ada memberitahu ke mana perginya wang hasil titik peluhnya selama ini dan siapakah membelanjakan wang tersebut. Sekiranya benar Zamani mengeluarkan kenyataan sedemikian dia yakin pihak peguam sudah melakukan siasatan dan membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan. Dia juga tidak mengetahui atas alasan apa atau kepada siapa status tersebut ditujukan selain mempertikaikan kenapa isu itu ditimbulkan. “Saya sudah bersama Zamani terlalu lama dan kenapa sekarang baharu isu sebegini ini ditimbulkan. Sekiranya benar apa yang didakwa itu keluar daripada mulut Zamani sendiri, lakukan siasatan kerana sebagai peguam dia lebih mengetahui caranya,” tambahnya lagi.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.