Pada kotak rokok (kecuali rokok seludup) akan ada tertera perkataan “Amaran Kerajaan Malaysia, merokok merbahayakan kesihatan” , gambar-gambar ngeriss seperti kaki, janin, mulut dan sebagainya. Perokok pasif iaitu orang yang tidak menghisap rokok tetapi menghidu bau asap rokok dari rakan, suami dan sebagainya juga terdedah kepada penyakit kanser, apa lagi yang menghisap rokok. Pendek kata,merokok adalah merbahaya kepada kesihatan.
Tetapi ada penyelidikan yang mutakhir mengatakan yang sebaliknya pula. Menghisap rokok digalakkan pula kerana menghisap rokok dikatakan menghisap rokok ada kebaikannya tersendiri. malah menurut kajian statistiknya ada hubungan positif antara menghisap rokok dan kehidupan kita.
Dalam penerbitan jurnal terkini beliau, Ajoi mengatakan bahawa ada 3 kebaikan menghisap rokok:
1. Awet Muda; semakin banyak menghisap rokok semakin awet muda(ingat, hubungan positif tadi)
Oleh kerana merokok mengganggu kesihatan, ada yang yang mengatakan sebatang rokok dapat mengurangkan usia selama beberapa minit, maka dapat disimpulkan bahawa dengan menghisap rokok anda tidak akan menjadi tua. Mati muda bererti awet muda.
2. Anti Rabies;
Rabies adalah penyakit yang boleh membawa maut akibat gigitan binatang seperti gigitan anjing. Dengan menghisap rokok kita dengan mudah dapat menghindari gigitan anjing.
Caranya;
Lari saja, dalam masa 2 atau 3 minit, kita dah semput dan tidak sengaja akan membongkok. Anjing tadi menyangka anda akan mengambil batu. Seperti yang diketahui, anjing takut kena baling batu, kemudian dia pun lari tak cukup tanah…
So…selamatlah kita dari rabies.
3. Anti Rompakan
Pencuri biasanya akan datang pada tengah malam atau awal pagi semasa kita dibuai mimpi. Ok, semasa pencuri datang di tengah malam.
Tetiba
Kita ter UHUK… UHUK batuk dan batuk. Pencuri tadi mesti menyangka kita belum tidur.
So, batuk kita menyelamatkan kita dari rompakan. Hahahaha
Friday, July 31, 2015
MH370 : Botol Minuman Dan Botol Pencuci Pula Ditemui?
Jika sebelum ini beg pakaian yang rosak teruk ditemui berhampiran dengan kawasan serpihan di Pulau Reunion, kini botol minuman dan botol pencuci pula ditemui. Apa yang menarik perhatian, botol minuman itu mempunyai tulisan bahasa China manakala di botol pencuci pula mengandungi tulisa bahasa Indonesia.
Penemuan itu dilaporkan oleh media tempatan di pulau terbabit.
Selain itu, beberapa barang lain yang berkemungkinan dari pesawat itu dikumpul untuk mencari lebih bukti yang bermungkinan terkait dengan serpihan yang dikatakan dari MH370.
Pada 8 Mac tahun lalu, pesawat MH370 hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
Thursday, July 23, 2015
Miley Cyrus Hadiahkan Peminat Gambar Bog3l Lagi!!
BERT3LANJANG bulat dan berbog3l untuk tontonan umum bukanlah satu frasa baharu dalam kehidupan penyanyi Miley Cyrus.
Terbaharu, Miley kembali mencetuskan sensasi di kalangan peminatnya apabila tampil berbog3l sepenuhnya ketika sedang bercuti di sebuah pantai, baru-baru ini.
Bergaya sambil tangan sebelah kirinya memegang kepala, Miley menulis
mileycyrus1
Miley bagaimanapun menapis foto bog3lnya itu dengan meletakkan sticker di bahagian-bahagian sensitif terbabit.
Penyanyi berusia 23 tahun itu sebelum ini membuat pengakuan dia merupakan seorang bis3ksual dan kini sedang bercinta dengan model kelahiran New Zealand, Stella Maxwell.
Monday, July 20, 2015
Ema Kongsi Pengalaman Satu Malam Dengan Suami Orang?
Ema Bukan nama sebenar Ema, 25 tahun bekerja dengan satu syarikat konsultan yang tidak terlalu besar dan jawatan sebagai assistant, salah seorang rakan sepejabat di konsultan tersebut namanya Andy
Ema sangat mengkagumi dan meminati profil serta karakter Andy. Sebut saja semua hal yang baik, maka Andy memilikinya.
Otak yang cemerlang, sikap yang profesionaldan gentleman, penampilan yang selalu rapi and nice looking serta usia baru 34 tahun (waktu itu).
Ema pula adalah seorang wanita yang memiliki segala yang diidamkan oleh seorang lelaki,bentuk tubuh yang sempurna,paras yang cantik,fikiran matang serta bijak,berpewatakan ceria & suka tersenyum.
Disebabkan Ema selalu bertugas bersama Andy maka Ema akhirnya mulai meminati Andy lebih dari team partner & Ema membiarkan saja perasaannya kepada Andy tumbuh tanpa halangan.
Semakin hari dia semakin jatuh hati kepada Andy.
Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional di pejabat yang tidak membiarkan hal-hal pribadi mencampuri urusan pejabat membuat Ema semakin mengkagumi peribadi Andy.
Suatu hari urusan pejabat membuat mereka berdua harus pergi kebeberapa lokasi di seluruh Negara. Inilah ceritanya.
Untuk memudahkan pergerakan, mereka naik pesawat ke Penang dan menyewa kereta untuk melakukan perjalanan darat di sekitar B’worth , Perak, Kedah dan Perlis dalam rangka melakukan suatu survey khusus untuk kepentingan klien.
Entah bagaimana silapnya mereka, pada waktu malam menginap di sebuah hotel kecil. Sebenarnya Andy ingin memesan 2 kamar tetapi kerana hanya ada 1 kamar maka dia meminta pendapat Ema.
Kerana memang sudah sangat penat Ema setuju untuk sekamar dengan Andy (sebenarnya Ema agak “sedikit senang” dengan kondisi darurat tersebut)! Kerana berasa panas, maka Andy membuka jendela Hotel.
Masalahnya, bilik tersebut hanya memiliki 1 katil berukuran panjang dan tidak memiliki kerusi panjang. Tidak mungkin bagi Ema untuk meminta Andy tidur di lantai.
Jadi akhirnya mereka tidur sekatil setelah Andy berjanji bahwa dia tidak akan melakukan hal yang bukan- bukan.
Sebenarnya Ema tidak pernah tidur sekatil dengan seorang lelaki apatah lagi Andy adalah suami orang! Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar sangat kencang kerana tidur seranjang dengan lelaki sopan yang sangat diadmirekannnya.
Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhan kerana katilnya memang kecil.
Setelah setengah jam, angin malam yang masuk melalui jendela membuat Ema merasa kedinginan sehingga dia memberanikan diri bertanya kepada Andy:
“Abang Andy, Ema kesejukan nih. Boleh tak minta tolong supa tutup tingkap?”
Andy tidak langsung menjawab dan Ema berpikir Andy sudah tertidur sehingga dia berkata lagi: “Abg Andy…”
Kali ini Andy langsung menjawab: “Ema, kamu kesejukan ya? MAUKAH KAMU MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?”
Jantung Ema terasa berhenti berdetik.
Jantungnya langsung gemuruh mendengar pertanyaan Andy.
Dengan hati-hati ia bertanya: “Maksud abg Andy?” “Maksud saya, bolehkah Ema tolong tutupkan sendiri tingkap yang terbuka tu, seperti yang selalu dibuat oleh isteri saya dirumah?!”
Tekun betul korang bacakan.
– Kisah Benar
Wednesday, July 15, 2015
Mesti Bace!! ‘Microsleep’ Dalam Perjalanan Balik Kampung Undang Kemalangan
Pernahkah anda mengalami keadaan di mana semasa anda sedang memandu, anda terlelap, hilang tumpuan atau sebagainya dan apabila anda tersedar, anda sudah begitu rapat dengan kereta di depan anda, dihon oleh kereta lain kerana memasuki lorong dengan cara bahaya atau tiba-tiba sahaja terhantuk pada stering atau pintu di sebelah pemandu?
Saya pernah mengalaminya dan keadaan ini dipanggil microsleep.
Microsleep secara mudahnya boleh didefinisikan sebagai tidur yang singkat. Ingin saya tegaskan ianya tidak sama dengan napping atau Qailullah. Perbezaan paling utama ialah microsleep ialah satu perlakuan yang tidak disengajakan manakala napping adalah sesuatu yang dirancang.
Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal samada dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat singkat antara 2 ke 30 saat sahaja.
Ia biasanya diakibatkan oleh individu yang kepenatan tetapi masih mahu terus berjaga, memandu jarak jauh ataupun menggunakan komputer dalam jangka masa yang panjang. Ataupun apa-apa aktiviti yang berbentuk ‘monotonous’. Contoh paling mudah ialah memandu di jalan yang lurus.
Selain itu, microsleep juga boleh berlaku kepada mereka yang kurang tidur, kemurungan dan secara psikologinya penat. Tidaklah menjadi masalah yang terlalu besar sekiranya ianya berlaku semasa anda sedang mengadap komputer atau sedang duduk-duduk tetapi sekiranya anda sedang memandu, ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa.
Microsleep menyebabkan keadaan di mana sesuatu perlakuan yang sedang dilakukan itu terhenti / terganggu (suspended) secara tiba-tiba (behavioral microsleep) yang mengakibatkan dalam kes pemanduan, kemalangan ataupun hampir kemalangan.
Mengikut satu kajian yang dijalankan pada pemandu trak di UK dari tahun 1995 hingga 2001, hampir 20% kemalangan adalah disebabkan keletihan dan satu pertiga dari jumlah itu adalah disebabkan oleh fenomena microsleep ini.
Dilaporkan di US sahaja, anggaran 40,000 kecederaan dan 1500 kematian di jalanraya adalah diakibatkan oleh fenomena pemandu yang mengantuk atau tertidur semasa memandu. Itu tidak lagi termasuk satu lagi hasil kajian yang menunjukkan 55% pemandu memandu dalam keadaan mengantuk (sleepiness/drowsines) dan 23% mengaku pernah tertidur semasa memandu.
Adalah amat penting bagi kita yang semestinya teruja memandu pulang ke kampung dan melawat sanak saudara untuk memastikan bahawa kita dalam keadaan yang bagus untuk memandu. Jangan dalam keterujaan kita itu, kita terlupa tentang peri pentingnya rehat dan tidur sekejap.
Salah satu yang mungkin kita boleh amalkan untuk mengelakkan kepenatan dan perasaan mengantuk yang melampau dalam kesibukan berjalan raya ini ialah dengan mengamalkan power napping.
APA ITU POWER NAP?
Power nap ialah perlakuan tidur sebentar antara 15-30 minit yang dilakukan untuk mengembalikan semula ketajaman minda dan ‘physical performance’. Masa yang terbaik untuk melakukan power nap ialah pada waktu tengahari.
Bagi kita umat Islam, perkara ini bukanlah sesuatu yang asing kerana ia adalah satu sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Waktu terbaik adalah bergantung kepada masa yang kita ada dan bagi orang Islam, masa yang digalakkan untuk melakukannya ialah waktu sebelum Zuhur (Qailullah).
Banyak kajian menunjukkan tidur sekejap ini adalah sangat baik untuk minda, fizikal bahkan dari segi emosi. Sains menyarankan tempoh optima melakukannya adalah antara 15-20 minit sahaja. Jadi mungkin anda boleh amalkan ini.
Perlakuan ini tidak digalakkan dilakukan lebih dari itu kerana kajian juga menunjukkan tidur lebih lama di waktu tengahari akan menyebabkan otak anda lebih lambat untuk berfungsi secara optima semula seolah macam komputer yang lambat ‘loading’.
Berhati-hari di jalan raya dan selamat memandu.
INGATLAH: 2 saat sahaja sudah cukup untuk malapetaka.
Dr Muhamad HKL
Its Ok Zul' Rumah Kecil, Tiada ‘Open House’ – Zul Ariffin
PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin tidak merancang untuk mengadakan majlis rumah terbuka pada Hari Raya Aidilfitri berikutan keadaan rumah kediaman keluarganya di Taiping, Perak terlalu kecil.
Zul berkata, rumah teres tersebut hanya mampu memuatkan dua buah keluarga yang mana tidak selesa untuk menjemput orang ramai atau peminatnya datang beraya.
“Saya tidak ada merancang untuk buat rumah terbuka di rumah saya kerana keadaan rumah saya kecil dan biasanya bila dua buah kerata datang sahaja sudah tidak ada tempat nak duduk.
“Kalau ingin mendirikan khemah pun agak sukar kerana laluan tersebut kecil dan boleh mengakibatkan kesesakan di kawasan tersebut,” ujarnya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Zul berkata, dia mungkin akan meraikan peminat menerusi rumah terbuka yang dianjurkan oleh produk yang mengambilnya sebagai duta.
“Insya-Allah, kalau tidak buat di rumah saya, mungkin saya dapat bersama di majlis rumah terbuka beberapa produk yang mengambil saya sebagai duta,” katanya.
Sementara itu, Zul berkata, Hari Raya ini merupakan masa untuk dia berjumpa dan melihat perkembangan kawan-kawan lama di kampung.
Katanya, kebanyakkan kawan-kawan lama sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai ramai anak.
Bagaimanapun, ketika diusik dengan pertanyaan adakah dia mahu mengikut jejak langkah mereka Zul berkata, dia masih belum berfikir ke arah itu.
“Biasanya balik kampung saya akan jumpa kawan-kawan lama, tapi susah juga sebab mereka sudah berkeluarga dan tidak dapat berjumpa lama.
“Saya masih selesa hidup bujang dan bebas untuk kemana-mana, saya lihat kawan-kawan saya macam susah untuk bergerak.
“Insya-Allah, memang nak berumah tangga tetapi saya belum ada masa untuk fikir ke arah itu lagi kerana sibuk dengan kerja,” ujarnya.
Kisah Sedih Pak Cik Tua Pura-Pura Hubungi Anak Di Aidilfitri Untuk Ubati Rasa Rindu
Perkongsian kisah ini di ambil dari laman Facebook Tuan Syed Azmi . Sangat menyentuh sanubari, kisah tentang seorang pak cik yang ditinggalkan di hospital kerajaan sanggup berpura-pura menelefon anak-anaknya yang tidak kunjung tiba sempena Aidilfitri. Ya allah! Sanggup seorang anak yang sudah berjaya meninggalkan orang tua mereka di hospital kerajaan pada musim perayaan. Tak boleh ke nak jaga mereka yang dah tua tu? Malu sangat ke?
Wahai anak-anak, sedarlah di sebalik kejayaan mu sekarang siapa yang sanggup berkorban? Siapa yang sanggup memerah keringat untuk membesarkan kamu? Sesungguhnya tanpa redha ibu dan bapa tiadalah kesenangan yang mampu kamu miliki.
Semoga kita mendapat pengajaran yang mendalam daripada kisah pendek ini. Jom ikuti kisah selanjutnya…
“The last time I did this I offered the elderly if I can call anyone for them. I heard the conversation and its the saddest phone calls.
One uncle calls his siblings asking for forgiveness. Crying slowly but simply just to say I am sorry on Raya day.
One lady calls her daughter, Datanglah Su, mak ada hadiah (referring a nice brooch I got for her)
One lady calls her neighbour asking how is she and ask her to take care of herself.”
pak cik tua pura-pura hubungi anak-anak di aidilfitri
Tapi ada satu pak cik ni yang disifatkan sebagai agak pendiam cuba membuat panggilan telefon, namun…
“The last phone call was by this quiet man. He said he wish to dial himself. He calls and talks to 5 of his children. But when I check my phone, he didn’t call anyone, he just act it out as if he is talking to his children. But its actually no one.
When I went out from the ward, I make a voicemail message. I went to the pakcik and said “ada orang nak cakap dengan pakcik” and handed him my phone and on my voicemail. The voicemail said “Ramai sayang ayah. Percayalah ye! Selamat Hari Raya!”.
He looked at me and smile. He is the only patient I Salam and cium tangan in hari Raya. That was my last hospital visit. Never again. Now u understand?”
Ya Allah, sampai macam tu sekali seorang bapa yang rindukan anak-anaknya? Wahai anak, pulanglah berjumpa ibu dan bapamu selagi mereka masih ada. Sesungguhnya kelak diri anda juga akan menjadi tua seperti mereka. Lupakan segala kepayahan hidup, senangi dan ceriakan Hari Rayamu bersama insan tersayang.
Sila share jika anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dijadikan pengajaran kepada semua.
Sumber: Kisah Benar via Syed Azmi
Facekini Trend Terbaru Elak “Sunburn” Muka
China – Takut muka terkena pancaran matahari? Ini jawapannya…..Facekini iaitu topeng muka yang sesuai dipakai bagi mengelakkan kepanasan ketika mandi di laut.
Fesyen yang diperkenalkan pada 2012, kini kembali semula dan digunakan oleh kaum wanita segenap lapisan usia.
Ia juga disukai oleh wanita pertengahan umur. Facekini dicipta oleh Zhang Shifan pada 2004 dan berada di pasaran pada 2006.
Topeng muka ini dihasilkan hasil cetusan opera China.
Ia menutup seluruh muka kecuali mata, hidung dan muka.
Meskipun Facekini kelihatan menakutkan namun ia popular di China terutama di Qingdao.
Ciptaan Zhang ini dipuji kerana ia 50 kali lebih baik daripada krim pelindung matahari dan ia juga mengelak pemakainya digigit obor-obor.
Tuesday, July 14, 2015
Suami Gampang!! L@curkan Isteri Hamil Dengan Pekerja Bangladesh
Suami Gampang Lacurkan Isteri Hamil Dengan Pekerja Bangladesh | PETALING JAYA: Seorang wanita mengandung tidak dapat menanggung derita selepas suaminya berulang kali memaksanya mengadakan hubungan seks dengan seorang pekerja Bangladesh untuk memenuhi nafsu seksualnya.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad pada Selasa berkata wanita berusia 27 tahun itu melarikan diri dari rumah selepas menerima panggilan daripada suaminya yang berusia 34 tahun kira-kira pukul 10.30 malam Ahad yang memberitahunya bahawa dia akan membawa pulang seorang lelaki Bangladesh untuk tidur dengannya.
“Takut dengan permintaan suaminya, wanita itu meninggalkan rumah dan meminta bantuan daripada pihak polis.
“Ini bukan kali pertama suaminya memaksa dia mengadakan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh berusia 26 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Nizam.
“Sebelum ini dia dipaksa mengadakan hubungan seks dengan Nizam sebanyak dua hingga tiga kali.
“Dia sedang mengandung tujuh bulan apabila suaminya meminta dia tidur dengan lelaki itu pada bulan Julai,” katanya.
Wanita itu mendakwa suaminya akan terangsang dengan melihat mereka melakukan seks dan kemudiannya akan mengadakan hubungan seks dengannya.
Dia juga berkata Nizam tidak dikenakan sebarang bayaran untuk tidur dengannya.
Dia telah dihantar ke Hospital Selayang untuk penilaian perubatan, menurut laporan.
“Kami menahan Nizam di kedai mainan di Chow Kit pada hari Isnin, manakala suami wanita itu ditahan di rumah pasangan itu di Taman Daya Kepong.
“Kedua-dua lelaki itu ditahan selama seminggu bagi membantu siasatan,” kata Ali.
Kes ini diklasifikasikan sebagai rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Kantoi!! Remaja Sanggup Tak Balik Raya Demi Kepuasan S3ks
ALOR SETAR – Tergamak seorang remaja perempuan berusia 22 tahun menipu ibu bapanya sendiri dengan mengatakan tiket bas sudah habis menyebabkan dia tidak dapat balik ke kampung.
Bagaimanapun, tembelang remaja perempuan itu pecah apabila dia ditangkap berkhalwat dengan teman lelakinya di sebuah bilik hotel.
Ekoran itu, gadis itu terpaksa pulang ke kampungnya yang membuatkan ibu bapanya terkejut apabila dimaklumkan terpaksa hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) untuk mengikat jaminya, Sabtu lalu.
Ketika ditahan oleh pegawai JAIK, pasangan itu dilihat berdua-duaan dalam keadaan yang mencurigakan. Namun ketika disiasat, mereka tidak memiliki hubungan yang sah.
Pasangan itu bagaimanapun memberikan alasan tinggal sebilik kerana pergaduhan keluarga dan lelaki itu menghantar barangan untuk kegunaan sewaktu bersahur teman wanitanya itu.
Difahamkan, remaja perempuan itu memaklumkan kepada ibu bapanya yang dia akan pulang ke rumah pada hari Ahad, tetapi dia sebenarnya balik lebih awal dari tarikh yang dimaklumkan.
Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang Jaik, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pelbagai alasan diberikan pasangan dalam Ops Ramadan di hotel sekitar Alor Setar itu.
Antara alasan diberikan pasangan ditahan khalwat berkenaan adalah pergaduhan keluarga dan menghantar barangan untuk kegunaan sewaktu sahur.
“Mengenai remaja perempuan tersebut, dia memaklumkan kepada ibu bapanya akan pulang ke rumah pada hari Ahad, namun sebenarnya dia balik awal dari tarikh dimaklumkan.
“Malah, remaja itu juga bertindak menyewa di bilik hotel berkenaan bersama teman lelakinya,” katanya.
Monday, July 13, 2015
Terbaik!! Bawak Pesawat guna KAKI? Are u Serious?
Ini ialah cerita mengenai Jessica Cox, 32, merupakan insan istimewa luar biasa yang berjaya membuktikan walaupun dia seorang yang cacat mampu untuk berdikari dan melakukan aktiviti yang ramai orang normal tidak dapat lakukan. Beliau yang berasal dari Arizona, Amerika Syarikat telah dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangannya tapi tahukah anda wanita istimewa ini mampu untuk mengemudi sebuah kapal terbang.
Apa yang dibuktikannya ini memang luar biasa yang ramai individu normal biasa tidak mampu lakukan, pada tahun 2008 dia berjaya memiliki lesen yang sah untuk mengendalikan pesawat. Menceritakan pengalamannya, dia telah menimba pengalaman di tiga buah negara, empat kapal terbang, dua orang jurulatih pesawat dan mencari pesawat yang sesuai, dia akhirnya berjaya menerima Guinness World Record kerana menjadi individu pertama yang boleh membawa pesawat menggunakan kaki.
Selain menerbangkan pesawat dia juga melakukan aktiviti lain dimana boleh memandu kereta dan aktiviti menyelam dengan menggunakan kakinya
Harap Polis Segera Berkas Individu Ini Provokasi Perkauman!!!!!
NAMPAKNYA ada beberapa individu sudah mula mengambil kesempatan kejadian pergaduhan di Plaza Low Yat untuk menyemarakkan lagi api perkauman dan pergaduhan demi kebencian mereka.
Mereka mula menggunakan laman sosial Facebook untuk menulis komen yang memaparkan semangat kebencian antara kaum.
Seorang lelaki yang menggunakan Facebook NG David lebih jahat apabila mengatakan orang Melayu boleh ditipu kerana bodoh.
“Kalau Melayu selalu kena tipu, pasal u orang bodoh lah broteher,” katanya.
Dia juga tanpa rasa takut mencabar agar konflik perkauman ala 13 Mei 1969 diadakan semula kerana dakwanya dia sudah menunggu lama untuk saat itu.
Dengan nada menghasut yang menebal, NG David mengatakan jika terjadi sekali lagi peristiwa seperti itu, dia kata “Orang Melayu akan semua balik ke dalam hutan,” dengan kurang ajar.
Selain dia, seorang lagi lelaki berbangsa Cina yang memang sengaja mencetuskan kemarahan bangsa Melayu turut menulis komen yang berbaur hasutan tambahan dia menuduh yang bukan-bukan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dengan nama akaun Jung Mao, dia bercerita pada awal pagi, pemuda yang dikatakan mencuri di premis jualan Oppo berkenaan sudah ditangkap tetapi mendakwa suspek berkenaan sudah dibebaskan.
“Ni ceritanya, pada awal pagi pemuda mencuri di Oppo dah kena tangkap, entah rasuah ke apa pencuri dilepaskan polis dan bawan geng nak balas dendam pada waktu malam.
“Akhirnya mereka kena belasah balik oleh orang Cina,” kata Mao yang kemungkinan besar bukan namanya yang sebenar.
Dia kemudian menuduh bahawa anggota polis kita teruk dan suka melepaskan penjenayah sesuka hati.
“Polis di negara kita memang tak guna dan lepaskan penjenayah sesuka hati,” katanya.
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu bertindak segera dan menyiasat dan memberkas individu ini yang jelas niat mereka memburukkan lagi rentetan kejadian yang berlaku di Low Yat supaya menjadi lebih buruk.
Sudah pastinya akan muncul lagi beberapa individu menggunakan kesempatan ini untuk terus memburukkan keadaan dan tindakan harus segera diambil.
Sunday, July 12, 2015
Gadis Bertudung Cantik Bangga Tayang Lidah Bertindik!!
Dah cantik bertudung litup tetapi sayang, terpapar sesuatu objek di bahagian lidah salah seorang gadis dalam gambar di atas. Lihat betul-betul, apa lagi kalau bukan bertindik.
Buat pengetahuan anda, bertindik di bahagian lidah ini adalah suatu yang amat menyakitkan.
Individu yang menindik di bahagian lidah ini akan berlapar dalam satu tempoh masa demi mempercepatkan sembuh luka akibat organ berkenaan ditebuk.
Inilah padah kerana inginkan sesuatu yang cantik dan tampak lain daripada lain.
Sebenarnya pada pandangan penulis, bertindik atau lebih dikenali dengan nama piercing ini, haram walaupun di mana-mana bahagian badan termasuklah cuping telinga.
Terdapat percanggahan pendapat mengenai perkara ini, ada fatwa yang mengatakan bertindik itu hukumnya adalah ‘harus’.
Namun jika difikirkan bukankah amalan berindik itu sudah seperti mengubah sesuatu ciptaan Allah?
Bertindik ini asalnya merupakan amalan wanita Arab Jahilliah sebelum mereka memeluk Islam.
Setelah mereka memeluk Islam, amalan lama tersebut ditinggalkan dan tidak diteruskan.
Jadi mengapa masyarakat khususnya kita yang beragama Islam masih mengikut amalan masyarakat Arab Jahilliah kembali?
Serta apa bezanya bertindik di cuping telinga dengan bertindik di beberapa anggota badan seperti hidung, pusat dan kening ?
Maka reaksi para ulama akan berkata “Haram kerana perbuatan tersebut menyerupai golongan kafir”
Bukankah bertindik di bahagian cuping telinga itu sendiri sebenarnya merupakan ‘permulaan’ mengikut tradisi golongan kafir?
Tubuh badan kita, iaitu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki kesemuanya adalah milik Allah.
Kini ramai masyarakat Melayu Islam dan kebanyakkan Ulama memandang amalan bertindik sebagai perkara yang kecil, padahal hakikatnya perkara-perkara seperti inilah bakal ditanya di akhirat kelak.
Perang!! Video Amuk Sekali Lagi Di Low Yat?
Tindakan peniaga Low Yat menipu dikatakan antara punca pergaduhan di Low Yat semalam. Sepatutnya perkara ini ditangani oleh pihak polis bagi mendapatkan kisah sebenarnya. Namun tindakan yang disulami dengan kemarahan melampau telah mengundang pergaduhan yang berbentuk ‘repeat’. Menurut sumber, pergaduhan tersebut berulang pada malam ahad tadi dengan kehadiran yang lebih besar.
Malaysian Insider turut melaporkan bahawa ratusan orang berkumpul di luar Plaza Low Yat di Kuala Lumpur malam ini, sehari selepas 7 lelaki mengamuk di premis berkenaan selepas rakan mereka dikatakan dituduh mencuri telefon bimbit.
Seorang pemerhati mengambil gambar yang menunjukkan orang ramai berkumpul di luar bangunan, walaupun polis memberi amaran supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes itu kerana ia masih dalam siasatan.
Mereka telah bersurai dalam jam 10 malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad mengumumkan, pergaduhan malam tadi tidak bermotifkan perkauman tetapi semata-mata satu tindakan membalas dendam oleh sekumpulan belia yang tidak berpuas hati kerana salah seorang rakan mereka ditahan kerana didakwa mencuri telefon bimbit.
Rare!! Koleksi Baju Melayu Moden Yang Tak Masuk Akal 2015
1. Baju Melayu Hipster
Trend terkini semua nak Hipster! Bukan baju biasa je, baju melayu pun dihipsterkan.Walaupun kelihatan agak moden dengan konsep bercorak, tapi masih lagi mengekalkan stail tradisional. Moden + Tradisional = Hipster!
2. Baju Melayu Abang Sado : boleh See through gittew
Makin lama makin ramai abang sado. Maka sekarang wujudlah Baju Melayu yang direka khas untuk mereka. Selain di gym, abang sado kini dah boleh nak “belanja” lengan dan badan pada Hari Raya di rumah sanak saudara dan rakan taulan. Barulah orang nampak penat lelah mereka selama ini bina badan dengan penuh dedikasi.
3. Jubah ke Baju Mengandung?
Konfius sebenarnya bila tengok fesyen jubah ni. Semakin lama jubah menjadi semakin trendy dan bergaya. haha Selalunya jubah lelaki simple je, tapi rekaan kali ini memang benar-benar lain daripada yang lain. Unik kan?
4. Baju Melayu Teluk Belanga : Bow Tie
Fesyen Raya yang boleh kami kata agak up to date dan sangat rare. Kalau sebelum ini Baju Melayu Johor ada satu butang kat atas, tapi sekarang butang dah digantikan dengan bow tie bagi memberikan lebih aura moden kepada si pemakai. Macam ini baru betul bergaya di Hari Raya.
5. Kurta : “Not-So-Camo”
Sesuai untuk orang yang beraya di dalam hutan. Bayangkan keadaan hutan di sekeliling dipadankan lagi dengan baju ala-ala “kehutanan”, suasana Hari Raya pasti akan jadi lebih bermakna. Bak kata orang boleh dapat lebih feel. Bukankah itu apa yang setiap orang mahukan setiap kali Hari Raya?
6. Baju Melayu Batik
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Itulah peribahasa yang paling sesuai digunakan untuk Baju Melayu jenis batik moden ini. Dalam menampilkan ciri-ciri moden ke dalam pakaian, rekaan asli batik turut sama diselitkan bagi memberi keseimbangan. Sangat sesuai dikenakan oleh para jejaka yang pandai menilai seni dan budaya.
7. Baju Melayu Aneka Jenis
Sekali pandang dah macam Referee daa! haha tapi apa pun koleksi yang menarik dengan ada poket petak di hadapan bagi menambahkan lagi gaya, mutu, dan keunggulan kepada para jejaka. Lepas raya, baju tu boleh pakai jadi casual pulak. Nampak tak konsep dia? Nampak tak? hehe
8. Jubah #Kipidap Ayahanda Rani Kulop
Inilah yang dinamakan bijak mengambil peluang. Sedang populariti mencanak naik, Rani Kulop tampil dengan jubah #Kipidap. Maklumlah, Ayahanda sekarang dah ada peminat, ramai followers, jadi mesti ramai yang mahukan penampilan macam idola mereka. Kalau yang ini, tak boleh kalau tak beli nanti kena report polis. Jaga-jaga!
Kantoi!! Lelaki Empat Isteri R0gol Anak Hingga Mengandung Dua Kali
KISAH kali ini yang menceritakan penderitaan mental dan fizikal yang dialami oleh Umairah (bukan nama sebenar) pastinya benar-benar membuatkan kaum wanita khususnya golongan ibu geram, sakit hati, benci, marah dan geli dengan perangai lelaki atau bapa yang berkelakuan seperti haruan makan anak.
Kisah ini diceritakan oleh seorang teman mengenai anak muridnya yang ditemui semasa mengikuti sebuah kursus.
Menurut teman ini, Raziah (juga bukan nama sebenar), dia tidak pernah menyangka Umairah mengalami masalah yang begitu berat pada usia yang masih terlalu muda remaja, iaitu 18 tahun.
Katanya, Umairah, nampak seperti remaja lain cuma dia agak pendiam. Satu malam, selepas selesai makan malam, Raziah akan melayani kumpulan muridnya dan berbual-bual dengan mereka.
Setelah hampir waktu untuk masuk tidur, Raziah pun mula hendak beredar, tiba-tiba Umairah mendekatinya dan berkata hendak berjumpa dengannya esok malam.
Hati Raziah mula berdebar-debar dan terfikirkan perkara buruk, namun dia tidak mendesak dan menunggu esok malam.
Keesokannya seperti dijanjikan, mereka berjumpa.
“Cikgu, saya mempunyai masalah yang sangat berat dan tidak tertanggung lagi. Sebenarnya cikgu, bapa saya telah ‘memakai’ saya sejak saya berumur lapan tahun sehingga sekarang.
“Emak tidak tahu dan saya tidak berani hendak memberitahu emak. Ayah mengugut jika saya memberitahu emak, dia akan melakukan yang lebih buruk daripada itu. Saya tidak mempunyai pilihan selain mendiamkan diri.
“Semasa saya hamil pun, ibu tidak perasan sehinggalah kandungan saya berusia tujuh bulan. Selepas itu ayah membawa saya ke tempat lain dan menyembunyikan saya sehingga saya bersalin. Apabila emak bertanya di mana saya, ada sahaja alasannya.
“Perkara ini saya pendamkan bertahun-tahun. Akibat perbuatan ayah, saya telah melahirkan dua orang anak. Kedua-dua bayi ini ayah jual kepada orang sebaik dilahirkan dengan harga RM3,000 seorang,” kata Umairah kepada Raziah.
Raziah terus bertanya kepada Umairah. Dia seperti tidak percaya ada juga bapa yang berperangai seperti haiwan.
Sambung Umairah lagi, selain pernah melahirkan dua orang anak, dia juga pernah dua kali menggugurkan anak, malah ayahnya sendiri yang melakukan pengguguran tersebut.
“Bukan saya sahaja yang menjadi korban ayah malah dua orang adik juga pernah cuba diperkosa, namun mereka menjerit dan mengugut hendak memberitahu emak.
“Saya benci dengan ayah. Tidak cukup dengan empat isteri, anak-anak juga hendak dijadikan tempat pelampias nafsu. Saya tidak tahu dengan siapa hendak mengadu. Saya lihat keempat-empat isteri ayah juga seperti kerbau dicucuk hidung,” ujar Umairah.
Termenung Raziah mendengar cerita Umairah dan terus teringat semasa perjumpaan pelajar bersama keluarga beberapa minggu sebelum itu lalu.
Dia terlihat bapa Umairah yang datang bersendirian dan dilihat agak pelik kerana kerap mengurut-ngurut belakang dan lengan anak perempuannya itu.
Walau semesra mana pun hubungan antara bapa dan anak, tidaklah sampai mengurut-ngurut belakang dan lengan anak dengan cara yang agak kurang manis.
Umairah pula dilihat amat tidak selesa dengan perlakuan bapanya dan cuba mengelak-ngelak.
Setelah mendengar cerita Umairah daripada mula hingga akhir, Raziah memberitahu Umairah dia akan membuat laporan polis.
Mulanya Umairah tidak bersetuju tetapi kata Raziah, kesalahan ayahnya begitu berat dan tidak boleh dimaafkan.
Semasa polis datang menangkap ayah Umairah, dia nampak seperti orang bodoh dan tidak membantah langsung.
Entah dia buat-buat atau dia memang begitu, tidak tahulah. Lebih menyakitkan hati apabila dia menjawab kata-kata anggota polis yang menangkapnya.
“Encik, kalau kita tanam rambutan pun bila sudah berbuah kita hendak merasa dahulu. Macam itulah juga dengan saya,” kata ayah Umairah.
Ayah Umairah telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Sementara Umairah yang tamat sekolah dan cuba melupakan kisah pahitnya mendapat pekerjaan di sebuah hospital swasta.
Kantoi!! Video Pergaduhan Di Low Yat!!
Menurut laporan awal yang kami terima, pergaduhan ini tercetus kerana seorang pemuda dituduh mencuri handphone.
Menurut sumber lain pula, mangsa dikatakan membeli smartphones yang dikatakan original oleh penjual namun selepas diselidik, ianya bukanlah original seperti yang dikatakan.
Pembeli datang kembali ke tempat tersebut dan menuntut haknya dan berakhir dia dituduh mencuri phone dan ditahan pihak polis. Apabila di balai, mangsa menunjukkan bukti pembelian dan akhirnya dilepaskan oleh pihak berkuasa.
Mangsa yang tidak berpuas hati, datang kembali ke tempat tersebut untuk ‘repeat’ dan akhirnya tercetus pergaduhan.
Info lain:
kejadian sebenar.. saudara ni beli hp oppo di lowyatt..penjual tu kata barang ni ori dan bkn clone or AP.. jadi saudara ni pun beli.. bila balik saudara ni tunjuk la kt mber dia.. then didapati hp tu clone.. dengan perasaan yang hampa dan marah di kekang dengan mood raya yang hampir menjelang tiba.. saudara ini pun pergi semula ke outlet oppo berkenaan dan berlaku makian tidak puas hati.. lalu saudara ni pun ambil hp yang ori dan dia tinggalkan yang close tadi.. si penjual tidak puashati lalu buat report dan di tangkap oleh pihak management dan diserah di balai polis.. tapi polis telah lepaskan saudara ni kerana dia ada bukti kukuh dan mempunyai resit yang sah semasa beli.. disebabkan perkara ini.. saudara tersebut telah membuat repeat kembali disana.. – Hazrul Bin Zaini Hazrul
Saturday, July 11, 2015
Ade pulak macam ni!! Tak Perasan Anjing Belaan Rupa-rupanya Beruang
China – Bodoh atau buta. Seorang lelaki terpaksa mengambil masa selama dua tahun untuk menyedari bahawa haiwan peliharaannya bukan anjing sebaliknya adalah beruang hitam.
Lelaki itu, Wang Kaiyu sememangnya adalah `kayu’ kerana dia menyangka dua ekor binatang yang dibelinya di Vietnam pada 2013 adalah anak anjing.
Malah dia turut menyifatkan binatang tersebut tidak memilih makanan dan mesra dengan manusia hinggalah binatang yang dikatakannya anjing itu sentiasa lapar.
Hinggakan pada satu masa, binatang berkenaan membawa balik ayam yang dilapahnya.
Wang hanya menyedari binatang itu adalah beruang apabila dia melihat poster hidupan liar yang dilekatkan di balai polis.
Dia kemudiannya menghubungi polis dan beruang berkenaan dihantar ke pusat pemuliharaan.
Mengikut laporan, dua ekor anak beruang itu berada dalam keadaan yang sihat dengan berat masing-masing mencecah 50 kilogram.
Suami Paksa Isteri Jalan Separuh Bog3l
NANCHANG – Gara-gara marahkan isteri yang didakwa curang dengan lelaki lain, seorang suami nekad memaksa wanita tersebut berjalan separuh bog3l di tengah-tengah bandar Yushan, China, dengan memegang sepanduk kelmarin.
Portal berita Daily Mail melaporkan, Wang Ni, 33, turut dipukul suaminya dan dipaksa berjalan berkaki ayam dengan hanya memakai pakaian dalam sambil memegang papan tanda ‘Saya mahu jual badan saya’ di sepanjang jalan mengelilingi bandar Yushan.
Suaminya, Zhang, 37, yang tinggal di bandar lain kerana faktor pekerjaan dan memiliki dua orang anak perempuan bersama Ni, mendakwa isterinya itu curang walaupun mereka sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Insiden pergaduhan rumah tangga itu berlaku apabila Zhang pulang secara tiba-tiba ke rumah selepas keluar minum bersama rakannya yang menghasut, memberitahu isterinya itu curang.
Beberapa gambar menunjukkan Ni berjalan di sepanjang jalan di Yushan, Jiangxi dengan diiringi oleh sebuah kereta pacuan empat roda yang dinaiki suaminya.
Suaminya itu dilihat memandu perlahan-lahan di samping isterinya sambil melihat wanita itu dimalukan.
Hasil soal siasat mendapati, Ni tidak berlaku curang sekali gus membuktikan dakwaan suaminya itu silap, membuta tuli, dan mudah mempercayai orang lain tanpa membuat siasatan.
Zhang tampil memohon maaf melalui surat khabar tempatan, namun tidak pasti sama ada Ni menerima permohonan maaf yang dibuatnya itu. – UTUSAN