Saturday, July 11, 2015

Ade pulak macam ni!! Tak Perasan Anjing Belaan Rupa-rupanya Beruang

China – Bodoh atau buta. Seorang lelaki terpaksa mengambil masa selama dua tahun untuk menyedari bahawa haiwan peliharaannya bukan anjing sebaliknya adalah beruang hitam. Lelaki itu, Wang Kaiyu sememangnya adalah `kayu’ kerana dia menyangka dua ekor binatang yang dibelinya di Vietnam pada 2013 adalah anak anjing. Malah dia turut menyifatkan binatang tersebut tidak memilih makanan dan mesra dengan manusia hinggalah binatang yang dikatakannya anjing itu sentiasa lapar. Hinggakan pada satu masa, binatang berkenaan membawa balik ayam yang dilapahnya. Wang hanya menyedari binatang itu adalah beruang apabila dia melihat poster hidupan liar yang dilekatkan di balai polis. Dia kemudiannya menghubungi polis dan beruang berkenaan dihantar ke pusat pemuliharaan. Mengikut laporan, dua ekor anak beruang itu berada dalam keadaan yang sihat dengan berat masing-masing mencecah 50 kilogram.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.