Saturday, July 4, 2015

Guru Berjaya Rakam Wajah Hantu Di Sebuah Rumah Lama!!

Seorang guru British mendakwa telah berjaya merakam imej wajah hantu pada kameranya selepas melawat rumah ‘berhantu’ milik ibu bapanya di Jamaica. Imej menyeramkan itu dipercayai wajah hantu salah seorang ahli keluarganya yang sudah meninggal dunia. Guru sekolah menengah berusia 42 tahun itu melawat rumah ibu bapanya di Clarendon dan menangkap gambar lukisan di dinding yang menunjukkan imej indah air terjun. Tetapi apabila dilihat di dalam kameranya, terpapar imej wajah yang menyeramkan itu.
Lelaki yang enggan dikenali itu berkata dia sendiri terkejut dengan imej yang merakamnya dan memberitahu ahli keluarganya. “Semua orang di rumah mula menjerit dan berlari. Saya tidak pernah tengok perkara sebegini. “Ia begitu menjijikkan dan membuat saya pening kepala”, katanya. Keluarganya percaya wajah itu adalah hantu dan menyifatkan rumah berkenaan juga berhantu. Mereka percaya itu wajah milik salah seorang saudara mereka yang tidak berpuas hati kerana telah dibawa ke rumah penjagaan sebelum dia meninggal dunia dan menyifatkan ‘saudara’ mereka kembali untuk menghantui rumah berkenaan. Kesemua mereka akhirnya meninggalkan rumah itu dan menyewa kediaman lain.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.