Wednesday, July 15, 2015

Facekini Trend Terbaru Elak “Sunburn” Muka

China – Takut muka terkena pancaran matahari? Ini jawapannya…..Facekini iaitu topeng muka yang sesuai dipakai bagi mengelakkan kepanasan ketika mandi di laut. Fesyen yang diperkenalkan pada 2012, kini kembali semula dan digunakan oleh kaum wanita segenap lapisan usia. Ia juga disukai oleh wanita pertengahan umur. Facekini dicipta oleh Zhang Shifan pada 2004 dan berada di pasaran pada 2006.
Topeng muka ini dihasilkan hasil cetusan opera China. Ia menutup seluruh muka kecuali mata, hidung dan muka. Meskipun Facekini kelihatan menakutkan namun ia popular di China terutama di Qingdao. Ciptaan Zhang ini dipuji kerana ia 50 kali lebih baik daripada krim pelindung matahari dan ia juga mengelak pemakainya digigit obor-obor.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.