Thursday, July 2, 2015

Lelaki Maut Ditetak Parang Oleh Sekumpulan Lelaki!

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut ditetak tiga lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di Sri Kota, Brickfields di sini awal hari ini. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Sharul Othman Mansor berkata dalam kejadian yang berlaku jam 5.45 pagi itu, mangsa, Loganeswaran Prancing, 25, ditetak bertubi-tubi oleh penyerangnya. Mangsa sebelum itu dilaporkan terjatuh apabila motorsikalnya terbabas dan melanggar sebatang tiang lampu. “Saksi yang melihat kejadian itu bergegas ke arah lelaki tersebut untuk membantu tetapi terkejut apabila mendapati sebilah parang terletak dalam raga motosikal mangsa. “Tidak lama selepas itu, dua motosikal yang dinaiki tiga lelaki tiba di situ dan mengarahkan saksi untuk beredar lalu menyerang mangsa,” katanya. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat. Pemeriksaan awal mendapati mangsa mati akibat tetakan bertubi-tubi di kiri kepala, hidung, pipi kiri, tangan kanan dan tangan serta jari kiri.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.