Tuesday, July 14, 2015

Kantoi!! Remaja Sanggup Tak Balik Raya Demi Kepuasan S3ks

ALOR SETAR – Tergamak seorang remaja perempuan berusia 22 tahun menipu ibu bapanya sendiri dengan mengatakan tiket bas sudah habis menyebabkan dia tidak dapat balik ke kampung. Bagaimanapun, tembelang remaja perempuan itu pecah apabila dia ditangkap berkhalwat dengan teman lelakinya di sebuah bilik hotel. Ekoran itu, gadis itu terpaksa pulang ke kampungnya yang membuatkan ibu bapanya terkejut apabila dimaklumkan terpaksa hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) untuk mengikat jaminya, Sabtu lalu. Ketika ditahan oleh pegawai JAIK, pasangan itu dilihat berdua-duaan dalam keadaan yang mencurigakan. Namun ketika disiasat, mereka tidak memiliki hubungan yang sah. Pasangan itu bagaimanapun memberikan alasan tinggal sebilik kerana pergaduhan keluarga dan lelaki itu menghantar barangan untuk kegunaan sewaktu bersahur teman wanitanya itu. Difahamkan, remaja perempuan itu memaklumkan kepada ibu bapanya yang dia akan pulang ke rumah pada hari Ahad, tetapi dia sebenarnya balik lebih awal dari tarikh yang dimaklumkan. Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang Jaik, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pelbagai alasan diberikan pasangan dalam Ops Ramadan di hotel sekitar Alor Setar itu. Antara alasan diberikan pasangan ditahan khalwat berkenaan adalah pergaduhan keluarga dan menghantar barangan untuk kegunaan sewaktu sahur. “Mengenai remaja perempuan tersebut, dia memaklumkan kepada ibu bapanya akan pulang ke rumah pada hari Ahad, namun sebenarnya dia balik awal dari tarikh dimaklumkan. “Malah, remaja itu juga bertindak menyewa di bilik hotel berkenaan bersama teman lelakinya,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.