Wednesday, July 1, 2015

Ahmad Maslan Dikutuk Teruk Di Laman Sosial, Rupanya Fitnah??

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini menerima banyak pahala daripada netizen yang mengutuk dan mengejeknya ekoran kenyataan dari Facebook menyentuh berkenaan kenaikan harga minyak. Bermula hari ini, harga bahan api RON95 naik sebanyak 10 sen manakala RON97 naik sebanyak 20 sen. Sejak pagi tadi, di laman sosial Facebook kononnya satu status Facebook daripada Ahmad yang mengulas berkenaan kenaikan harga itu. “Minyak naik RM0.10, tapi KFC ramai juga orang. Beban di mana?,” menurut status itu yang tertera padanya tarikh 1 Jun lepas.
Ahmad tampil menjelaskan bahawa status Facebook yang tersebar itu merupakan fitnah yang ditujukan terhadap dirinya dan dia tidak menulis sebegitu pada 1 Jun lepas. “Ini tweet palsu, kerja orang tak betul dan fitnah, 1/6 (1 Jun) saya tak ada tweet begitu, jika dimaksud hari ini, kan bulan puasa,” katanya. Kemudian beliau menjelaskan bahawa kenyataan palsu berkenaan merupakan status Facebook dan gambar yang digunakan di laman Facebook tidak sama dengan yang digunakan beliau di Twitter. Jelas, beliau difitnah ekoran kenaikan harga bahan api itu dan ramai juga yang terbabit sama dalam menyebarkannya serta ditambah pula kutukan yang begitu pedas serta ada yang mengejek. Bagaimanapun, biarpun sudah terbukti mereka bersalah memfitnah Ahmad, tiada pun seorang daripada mereka yang tampil dan membuat status mahupun tweet memohon maaf kepada beliau kerana terlibat sama memfitnah.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.