Friday, July 3, 2015

Terbaik!! Lelaki Ini Bina Rumah Sendiri Untuk Elak Hutang

Bagi mengelakkan dari menanggung beban hutang, seorang lelaki membina sendiri sebuah rumah kecil untuk dirinya sendiri. Pemilik rumah mini itu, Joel Weber,25, berkata, dia sanggup hidup di rumah berkeluasan hanya 145 kaki persegi daripada terpaksa membayar kos sewa rumah yang tinggi di bandar Austin, Texas di mana tempat dia belajar. “Saya mahu sebuah tempat tinggal dan ia bakal menjadi satu yang berguna dan bebas hutang. “Biarlah ia menjadi satu pelaburan yang boleh diberikan semula kepada masyarakat dan bukan hanya menyewa rumah yang tidak mendatangkan hasil kepada saya”, katanya.
Weber akan memulakan pembelajarannya di Universiti Texas tahun ini berkata, kos menyewa sebuah rumah di Austin adalah sebanyak $800 sebulan untuk tinggal berhampiran kolejnya. Jadi, dia memutuskan untuk membina sebuah rumah kecil dan rumahnya itu disimenelan kos sebanyak $20,000. “Saya menyimpan sedikit demi sedikit, dan keluarga, rakan-rakan, dan masyarakat di sekeliling saya akan menderma bahan-bahan yang saya tiada. “Saya reka dan mempelajari cara-cara membina daripada tukang kayu dan juruelektrik secara sukarela. “Saya bekerja untuk mendapatkan sedikit duit. Ini adalah bagaimana kita memberi semula sesuatu kepada masyarakat”, katanya lagi. Walaupun kecil, dia tetap bersyukur apabila rumah itu berjaya disiapkan. “Semakin kecil rumah ini,, saya akan lebih aktif dan memudahkan saya untuk berpindah”. Kini rumah itu diletakkan di kampung halamannya di Dallas dan dia juga teruja untuk membawa rumah kecilnya ke Austin apabila memulakan sesi pembelajaran musim luruh ini. “Saya mungkin akan tinggal di rumah ini selama-lamanya dan saya okay. Mungkin 145 kaki persegi bukan untuk semua orang. “Inilah cara saya untuk hidup sederhana dan lebih bersyukur”, katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.