Wednesday, July 1, 2015

Terbaik!! Ini Weesay, Hasilkan Muzik Dengan Gitar Dari Tin Cat

INI betul-betul kisah yang unik, seorang lelaki Wesseh Freeman atau Weesay menjadi sensasi internet di negaranya pada tahun lepas kerana kebolehannya bermain gitar secara “strumming” dengan gitarnya sendiri. Dia bermain gitarnya yang diperbuat sendiri daripada sebatang kayu, tin cat dan menggunakan tiga tali. Permainan muziknya menarik minat peminat syarikat pengeluar kerepek kentang O! Chips di Liberia, Nikhil dan Sachin Ramchandani. Mereka meminta Weesay menulis satu lagu pendek untuk jenama mereka dan memuatnaik video berkenaan ke saluran Youtube yang kemudian menjadi viral. Klip video lagu itu dirakamkan selama dua setengah minit. Weesay, 37, merupakan seorang yang cacat penglihatan dan tidak mempunyai rumah, tetapi itu tidak langsung menjejaskan kebolehannya bermain gitar. “Menurut laman web Guitar World, fret di gitar ciptaannya dibuat daripada penyangkut baju dan boleh digerakkan, tetapi bunyinya masih enak didengar. “Instrumennya sepatutnya tidak sesuai dimainkan tetapi Weesay berjaya membuatkan ia sedap didengar,” katanya. Selepas video muziknya viral, keadaan menjadi lebih baik untuk beliau apabila seorang peminat dari Amerika menghantarnya sebuah gitar. Adik-beradik Ramchandani kemudian memulakan kempen Indiegogo, untuk mengumpul dana membantu Weesay supaya dapat kembali melihat dan untuk membelikannya sebuah rumah. Biarpun sasarannya iaitu untuk mengutip sehingga $70,000, kempen berkenaan hanya berjaya mengumpulkan sebanyak $1,000 dalam masa dua bulan.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.