Friday, July 3, 2015

Jijik! Langgan Pel@cur dengan wang minta sedekah

Tak sedar diri! Seorang lelaki yang berusia 70 tahun ditahan pegawai kebajikan di Jakarta kerana menggunakan wang hasil mengemisnya untuk melanggan pel@cur. Lelaki itu yang dikenali sebagai Tiban itu ditahan di kawasan Radio Dalam, Jakarta Selatan oleh sepasukan pegawai kebajikan, kelmarin. Ketika ditahan dia didapati membawa wang berjumlah Rp3.6 juta (RM1,019) yang diperoleh hasil daripada mengemis. Menurut Ketua Jabatan Kebajikan Jakarta Selatan Kismoyohadi, lelaki itu yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai keluarga sering dilihat meminta sedekah di Kebayoran Lama. Dia sudah dua kali ditahan kerana melanggan pel@cur di kawasan itu dan mengaku menggunakan wang hasil meminta sedekah itu untuk membeli keperluan diri dan untuk memenuhi nafsunya.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.