Thursday, May 14, 2015

Awie Difitnah Meninggal Dunia?

Penyanyi dan pelakon Awie meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak yang menyebarkan kembali fitnah yang mengatakan dirinya telah meninggal dunia. “Saya pun tak faham kenapa berita ini jadi viral semula. Saya dihubungi rakan-rakan dan media bertanyakan keadaan saya. Ada yang menelefon saya sambil menangis. “Berita ini sedikit sebanyak mengganggu jadual harian saya. Saya kena jawab soalan yang sama berulang kali daripada pelbagai pihak. Saya faham. Saya kena jawab sebab ini melibatkan emosi keluarga, kawan-kawan dan saya ada anak. “Kadang-kadang emosi ini kita tak boleh kawal. Ia boleh menjejaskan saya sebab tu saya tak nak balas apa-apa di Facebook sebaliknya akan guna saluran undang-undang. Kali ini saya tak kan berdiam diri. Saya akan bertindak. Tunggu dan lihat!” tegas Awie yang dipetik menerusi Sinar Harian. Berita ini mula tersebar apabila laporan di laman sosial Facebook dan viral di aplikasi WhatsApp mendakwa dirinya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lahad Datu, Sabah. Pun begitu, individu tersebut bukanlah Awie sebaliknya adalah tentang seorang lelaki yang mempunyai wajah mirip Awie. – Media Hiburan

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.