Wednesday, May 13, 2015

Ibu Tak Tahu Mengandung Lahirkan Bayi Dalam Pesawat Air Canada

Seorang wanita yang dalam penerbangan dari Calgary, Kanada ke Tokyo, Jepun melahirkan seorang bayi perempuan tanpa mengetahui bahawa dirinya mengandung. Ada Guan dalam penerbangan Air Canada Flight 009 semasa beliau berasa sakit dan mengadu sakit perut. “Sesuatu jatuh daripada saya,” kata Ada Guan. Kemudian bapa kepada bayi bertuah itu, Wesley Branch mengangkat seluar beliau dan melihat kepala dan dia menjerit, ‘ Wah !’ Mak kepada Branch berkata kepada pihak media di sana bahawa Guan tidak mengetahui yang dirinya mengandung 37 minggu. Walaupun mengalami ketidakselesaan perut kebelakangan ini, Guan merasakan ianya hanya sakit perut akibat masuk angin. Beliau tidak terfikir ada bayi di dalam perutnya. Mujurlah terdapat tiga orang doktor di dalam pesawat tersebut yang membantu Guan melahirkan bayi tersebut. Beberapa minggu sebelum menaiki penerbangan ke Tokyo itu Guan ada melakukan pregnancy test dan ianya negative. Bayi perempuan itu diberi nama Chole. Ianya adalah hadiah paling bermakna buat Guan dan Branch kerana bayinya lahir pada 10 May iaitu Hari Ibu.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.