Monday, May 18, 2015

Kantoi!! Pakai kereta mewah tapi curi kasut kat masjid!

Semalam, kecoh apabila beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang lelaki berpenampilan segak bergaya telah berjaya ditangkap kerana mencuri kasut di sebuah masjid. Kejadian kecurian ini di laporkan berlaku di masjid wilayah Persekutuan dan apa yang mengejutkan adalah apabila mengetahui pencuri terbabit rupanya mempunyai kereta mewah jenis Mercedes.
Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pengawal keselamatan masjid menjumpai kasut-kasut yang dicuri di dalam bonet kereta Mercedes milik lelaki berkenaan.
Suspek telah diserahkan kepada pihak berkuasa. Bagaimanapun waktu kejadian tidak dinyatakan.
Melihat kepada penampilan pencuri terbabit pasti ramai tidak menyangka kerana lagak gaya dan penampilannya seperti orang bekerjaya. Mungkin penampilan sebegini untuk menutupi kegiatan gelap yang dilakukan oleh nya. Pencuri sekarang pun dah ramai yang bijaksana kan? Hurm

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.